Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan kes positif COVID-19 membabitkan seorang wanita mengandung yang pulang dari Ampang, Kuala Lumpur ke kampung halamannya di Kelantan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, mangsa yang sedang hamil 35 minggu melakukan perjalanan rentas negeri kerana mahu bersalin di kampung halaman.

Bagaimanapun, mangsa disahkan positif COVID-19 selepas menjalani ujian saringan kesihatan di sebuah klinik kesihatan di negeri tersebut.

“Tetapi apabila dilakukan ujian COVID-19 (mangsa) positif dan sekarang ini telah diasingkan dan diberi rawatan.

“Apa yang pasti adalah kita sedang menjalankan accurate case detection atau tindakan seterusnya untuk kontak rapat dan juga kita melihat kepada sama ada jangkitan tersebut didapati di kawasan red zone (Zon Merah - Ampang).

“Jadi kita sedang menjalankan siasatan dan bila kita dah ada keputusan baru kita maklumkan kepada semua,” katanya dalam sidang media harian di sini hari ini.

BACA: COVID-19: Kes baharu dikenal pasti di Kelantan, pesakit pulang ke kampung halaman