SEREMBAN: Kementerian Kesihatan (KKM) telah menyediakan garis panduan prosedur operasi standard (SOP) Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan sedia berbincang dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekiranya ia dilaksanakan.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata bagaimanapun pihaknya masih menunggu keputusan daripada jemaah menteri berhubung pelaksanaan PRN itu sebelum SOP berkenaan diperincikan.
"KKM sudah memberi pandangan kepada jemaah menteri semalam berkenaan SOP PRN Melaka dan kita serah kepada jemaah menteri untuk buat keputusan terlebih dahulu sama ada PRN diteruskan atau tidak.
"Sekiranya diteruskan maka KKM dah ada pandangan kita berkenaan SOP tertentu yang perlu diambil kira oleh SPR, terlalu awal untuk kita buat pengumuman biar jemaah menteri buat keputusan dulu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan wad kanak-kanak, mesin pengimbas MRI dan Pensijilan ISO 9001: 2015 Pusat Perubatan Mawar di sini, hari ini.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Melaka Bergolak: Kabinet tunggu pendirian Agong dahulu - PM
SPR menerima pemakluman rasmi berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka penggal ke-14 pada Isnin lepas daripada Speaker DUN Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, setelah kerajaan negeri dipimpin UMNO hilang majoriti dalam DUN.
Berdasarkan Fasal (4) Perkara 19 Perlembagaan Negeri Melaka, pilihan raya hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pembubaran DUN itu.
Dalam pada itu, Khairy berkata KKM telah pun memberi 'lampu hijau' bagi pemberian dos penggalak vaksin COVID-19 yang akan dimulakan pada minggu hadapan dengan Sarawak menjadi negeri pertama yang memulakan inisiatif berkenaan.
Beliau berkata perkara itu juga telah mendapat kelulusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NRPA), Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).
"Jadi sekarang kita sudah bersedia bila-bila masa, minggu depan kita dah boleh mula, saya dah bagi lampu hijau, kita akan melihat kepada penghantaran bekalan dan pada bila-bila masa kita boleh berikan kepada mereka yang layak terima," katanya.
Beliau sebelum ini berkata kumpulan rentan atau golongan berisiko tinggi yang dikenal pasti KKM akan diberi keutamaan menerima suntikan dos berkenaan termasuk kepada golongan berisiko tinggi berusia 60 tahun ke atas, serta mereka yang mempunyai komorbid serius.
Dalam perkembangan lain, Khairy berkata kerajaan sedang mempertimbangkan untuk membuat perolehan ubat antiviral COVID-19 daripada beberapa syarikat pengeluar farmaseutikal termasuk dari India namun perlu melihat keselamatan dan keberkesanannya terlebih dahulu.
Sementara itu, Khairy berkata keputusan membenarkan aktiviti rentas negeri sekiranya jumlah vaksinasi COVID-19 populasi dewasa mencapai sebanyak 90 peratus adalah tepat selain negara juga mencapai liputan vaksinasi yang luas ketika ini.
"Kita perlu percaya kepada rakyat, kalau kita tidak beri mereka merentas negeri, ini akan menyumbangkan kepada masalah seperti tekanan mental dan emosi, ada ramai yang sudah sampai setahun tak jumpa dengan keluarga dan ibu bapa mereka," katanya.
Jelasnya, jika negara perlu menunggu hingga 70 peratus daripada keseluruhan populasi rakyat divaksinasi, maka orang ramai perlu menunggu lebih lama untuk pembukaan sempadan negeri memandangkan 20 peratus daripada populasi adalah mereka di bawah 12 tahun.
"Tidak ada vaksin untuk kanak-kanak buat masa sekarang, masih lagi belum diluluskan oleh mana-mana regulator termasuklah Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA), takkan kita nak tunggu hingga 90 peratus populasi tahun depan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 09 2021
Khairy memberi kata-kata motivasi kepada pesakit semasa mengadakan lawatan pada Majlis Perasmian Wad Kanak-Kanak, Pelancaran Mesin MRI dan Pensijilan ISO 9001 : 2015 Mawar Medical Centre (MMC) hari ini. - Foto BERNAMA
1MDB: Mahkamah akan tentukan sama ada pendakwaan berjaya buktikan kes - Hakim
Muhammad Shafee berhujah bahawa pertuduhan terhadap anak guamnya adalah salah serta bertindih.
Lelaki ditahan bantu siasatan kes bawa 'kwantao'
Lelaki berusia 41 tahun itu ditahan di rumahnya pada 12.20 tengah malam selepas polis menerima laporang daripada seorang lelaki berusia 31 tahun pada 11.48 malam tadi.
Polis tumpas sindiket proses, edar MDMA di pusat hiburan
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah jenis MDMA di pusat hiburan dengan penahanan dua lelaki dalam serbuan di sekitar daerah Timur Laut.
SKM lulus bantuan RM246,000 menerusi Program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi
SKM meluluskan bantuan berjumlah RM246,000 menerusi SCOPE kepada Federasi Koperasi Pemborongan dan Peruncitan Malaysia Berhad.
Op Khas Pagar Laut: APMM rekod 121 tangkapan, rampasan bernilai RM9 juta
Sebanyak 121 tangkapan melibatkan 145 kes pelbagai kesalahan melibatkan rampasan bernilai RM9 juta berjaya direkodkan sepanjang pelaksanaan Op Khas Pagar Laut.
Jangan jadikan kes dera, abai kanak-kanak sebagai kandungan media sosial
Orang ramai atau mangsa penderaan dan pengabaian dinasihatkan tidak berkongsi video atau gambar kejadian itu sebagai kandungan media sosial.
AWANI Tonight: 23rd April 2024
#AWANITonight with Hafiz Marzukhi
- Ten killed after Navy helicopters collide mid-air
- Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
#AWANIenglish #AWANInews
- Ten killed after Navy helicopters collide mid-air
- Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
#AWANIenglish #AWANInews
10 Berita Pilihan - (23 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Buletin AWANI Khas: Siasatan nahas helikopter TLDM, apa perlu kita tahu?
AWANI Ringkas: Jasad Joseph Kurup selamat dikebumikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
KJ puas hati Lokman Adam minta maaf, setuju bayar pampasan
Dakwa plaintif, kenyataan fitnah dalam saman itu membawa maksud antaranya beliau menipu orang ramai dengan mendakwa telah diberi vaksin COVID-19.
Keluar Sekejap ambil alih podsiar Jugador TV, rancang terus perluas empayar
Keluar Sekejap mengumumkan pengambilalihan podsiar luar pertama, iaitu Jugador TV.
KJ akhirnya dapat isi PADU selepas identiti dicuri
Khairy Jamaluddin akhirnya berjaya mendaftar dalam sistem PADU selepas mendakwa akaunnya telah didaftarkan oleh individu yang tidak dikenali.
Kes saman KJ terhadap Jamal Yunos diteruskan
Kes saman fitnah bekas Khairy Jamaluddin terhadap Datuk Seri Jamal Md Yunos, berhubung satu kenyataan media ketika PAU 2022 akan diteruskan di Mahkamah Tinggi pada Selasa.
Selepas DJ, Khairy jadi model pula
KJ kini menjadi model untuk sebuah produk minuman tempatan dan baju Melayu untuk sebuah syarikat pengeluar pakaian raya terkemuka.
Pempengaruh diingatkan hati-hati kendali podcast - Fahmi
Kerajaan akan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa serta meneliti sebarang tindakan sekiranya perlu terhadap mereka yang membuat kandungan kurang membina.
‘On a serious note? Habis tadi tu tak serius?’... Rafidah minta KJ, Shahril 'tebalkan telinga'
KJ, Shahril sampai terkedu dengan jawapan 'savage' Tan Sri Rafidah. Ikuti kompilasi menarik dari podcast #KeluarSekejap episod ke-79 ini...
Akta Parlimen Berpenggal tidak demokratik - Khairy
Khairy berkata, cadangan Ahmad Zahid tidak demokratik tetapi jika ia usul seperti yang berlaku di UK, perkara itu boleh diperbincangkan.
Ganja dalam perubatan: Khairy serah kepada Menteri Kesihatan baharu
Keputusan sama ada penggunaan ganja dalam perubatan diteruskan atau tidak, diserahkan kepada Menteri Kesihatan yang baharu dilantik Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
COVID-19: Kes baharu cecah paras tertinggi tahunan, KJ dan Kian Ming saran lima langkah
Kes baharu cecah paras tertinggi tahunan iaitu 29,129 kes pada 11 Disember 2023, satu trend yang turut disaksikan di peringkat serantau dan global.