PUTRAJAYA:Kementerian Kesihatan (KKM) akan terus mencari strategi bagi menangani peningkatan jumlah kes COVID-19, kata Menterinya Datuk Seri Dr Adham Baba.
Beliau berkata antara langkah yang telah diambil ialah menambah kapasiti katil termasuk menukarkan beberapa hospital KKM kepada hospital COVID-19 atau hibrid COVID-19 sepenuhnya; pertambahan Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC), memperkenalkan pengasingan dan pemantauan di rumah untuk pesakit kategori satu (tidak bergejala) dan kategori dua (gejala ringan) selain kaedah kuarantin kendiri serta penglibatan hospital swasta untuk menguruskan pesakit COVID-19.
"Selain itu, perkhidmatan penjagaan utama juga telah menubuhkan Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di setiap daerah untuk menilai pesakit COVID-19 yang sesuai menjalani pengasingan dan pemantauan di rumah.
"Kami turut melibatkan doktor am dalam membantu KKM membuat penilaian pesakit dan memberi pendidikan kesihatan mengenai pengasingan dan pemantauan di rumah," menurutnya dalam kenyataan pada Khamis.
Kenyataan itu sebagai mengulas laporan portal berita bertajuk 'You don't see what we see: A doctor tells his story of being 'scared as hell' of COVID-19" pada Selasa.
Dr Adham berkata KKM juga meningkatkan kapasiti makmal untuk mengenal pasti pesakit COVID-19 lebih awal melalui kerjasama dengan pelbagai agensi, universiti dan makmal swasta bagi menjalankan ujian Tindak Balas Rantai Polimerase (RT-PCR) dan Antigen Rapid Test Kit (RTK-Ag).
Walaupun berlaku kekurangan tenaga kerja dan bekerja terlalu teruk terutama di Lembah Klang namun beliau berkata KKM sentiasa berusaha mengatasi masalah itu dalam menangani pandemik tersebut.
Sejumlah 3,617 petugas kesihatan telah digerakkan oleh KKM selain sukarelawan, badan bukan kerajaan (NGO), pasukan keselamatan dan pelbagai agensi lain sejak 2020.
"KKM juga telah memohon tambahan kakitangan dan juga latihan kepada kakitangan sedia ada untuk melaksanakan pelbagai tanggungjawab," katanya.
Bagi menangani situasi petugas kesihatan yang keletihan dan terjejas emosi, KKM mengambil inisiatif menubuhkan Talian Sokongan Psikososial di peringkat negeri dan pusat serta bekerjasama dengan beberapa agensi kerajaan dan NGO dalam menganjurkan aktiviti ini.
Katanya pasukan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial turut digerakkan ke hospital serta fasiliti kesihatan untuk menyediakan Pertolongan Cemas Psikologi kepada petugas kesihatan dan barisan hadapan yang memerlukan.
Dr Adham berkata KKM meminta orang ramai, majikan dan individu membantu mengenal pasti kontak rapat di kawasan mereka bagi membolehkan tindakan awal diambil oleh Pejabat Kesihatan Daerah berdekatan.
"KKM akan terus bekerjasama dengan semua agensi kerajaan dan bukan kerajaan bagi menguruskan pandemik ini.
"Kami meminta agar rakyat Malaysia mematuhi semua nasihat kesihatan yang diberikan dan SOP ditetapkan kerajaan seperti mengamalkan 3W (Wash - kerap mencuci tangan, Wear - memakai pelitup muka serta Warn - memberi amaran kepada ahli keluarga, rakan dan jiran) dan mengelakkan 3S (kawasan Sesak, Sempit dan Sembang dekat)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 28 2021
Dr Adham berkata KKM juga meningkatkan kapasiti makmal untuk mengenal pasti pesakit COVID-19 lebih awal. - Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
KKM batal notifikasi produk ZMY Magnetic Aura Night Cream mengandungi merkuri
Penjual dan pengedar produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk kosmetik terbabit dengan serta-merta.
KKM kenal pasti modus operandi penjaja makanan warga asing, perketat pemantauan
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengenal pasti modus operandi penjaja makanan warga asing di negara ini dan akan memperketat pemantauan bagi menangani aktiviti itu.
KKM tubuh jawatankuasa rangka mekanisme bangun semula klinik kesihatan di Sarawak
Kementerian Kesihatan (KKM) telah menubuhkan satu jawatankuasa bagi merangka mekanisme bagi pembangunan semula klinik-klinik kesihatan di Sarawak, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
KKM arah hentikan jualan 'Kingu Ginseng Candy'
KKM meminta mana-mana peniaga termasuk peniaga dalam talian yang mempunyai stok produk gula-gula 'Kingu Ginseng Candy' untuk menghentikan serta-merta penjualannya.
Pindaan Akta 50, rapatkan jurang Program Parallel Pathway dan Sarjana Tempatan
Cadangan pindaan Akta Perubatan 1971 (Akta 50) bertujuan menangani jurang antara Program Parallel Pathway (PPP) dan Program Sarjana Perubatan tempatan.
KKM keluar 1,639 notis dalam Ops Kebersihan dan Keselamatan Makanan bazar Ramadan 2024
1,639 notis dengan nilai kompaun berjumlah RM163,900 telah dikeluarkan dalam Operasi Kebersihan dan Keselamatan Makanan di bazar Ramadan.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
Pendaftaran produk semula jadi dengan tuntutan moden berkuat kuasa 4 April
Pelaksanaan pendaftaran produk semula jadi berdasarkan Guideline on Natural Products with Modern Claim telah diluluskan bagi memantapkan sistem kawal selia bagi produk semula jadi di Malaysia.
KKM cadang pindaan Akta 50 berkenaan program Parallel Pathway disegerakan
Langkah itu adalah bagi menyelesaikan masalah kekurangan pakar perubatan yang berkhidmat di fasiliti kesihatan kerajaan di negara ini.
KKM sahkan suplemen kesihatan 'Beni Koji Choleste Help' tidak berdaftar
RYR adalah bahan yang diekstrak atau dihasilkan melalui proses penapaian beras dengan menggunakan sejenis yis dikenali sebagai 'Monascus purpureus'.