KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) tidak menolak cadangan untuk memberikan rebat kepada individu yang membuat pelaporan keputusan ujian saringan kendiri di aplikasi MySejahtera.
Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, inisiatif tersebut dilihat boleh menggalakkan setiap individu untuk melaporkan keputusan ujian masing-masing bagi membantu KKM memantau kadar positiviti kes COVID-19.
"Berkenaan dengan apa yang dibangkitkan oleh YB Bandar Kuching (Dr Kelvin Yii), ini satu masalah kerana bagi mereka yang melapor keputusan daripada ujian kendiri, keinginan untuk mereka melapor ialah apabila positif tetapi jika kes negatif, tidak ramai yang melapor.
"Sebab itu denominator kita ada masalah dan sekarang ini kita ambil denominator, kita campur jumlah saringan RTK-PCR, RTK antigen makmal dan RTK kendiri.
"Kalau campurkan semua ini (jumlah saringan), setakat 21 September kadar positiviti di peringkat kebangsaan ialah 9.95 peratus. Tetapi kita tidak tahu denominator sebenarnya kerana kita tidak tahu jumlah mereka membuat ujian saringan kendiri.
"Sebab itu saya suka pandangan YB Bandar Kuching untuk kita beri rebat kepada mereka yang melaporkan ujian mereka. Diharap ini salah satu cara untuk kita melaksanakan pelaporan kendiri yang lebih tinggi lagi," katanya pada sesi penggulungan perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat, pada Rabu.
Kelvin (PH-Bandar Kuching) sebelum itu mencelah dan mengemukakan cadangan agar KKM mempertimbangkan cadangan untuk memberikan rebat ke atas pembelian kit ujian saringan kendiri kepada mereka yang membuat pelaporan keputusan ujian kendiri.
Mengulas lanjut, Khairy berkata sehingga kini, sebanyak 18 kit ujian kendiri telah mendapat kelulusan pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) selaras dengan Akta Peranti Perubatan 2012.
Selain itu katanya, MDA juga sedang membuat penilaian ke atas beberapa lagi jenama kit ujian kendiri.
"Antara aspek penilaian sebelum kelulusan diberikan bagi setiap kit ujian kendiri adalah nilai sensitiviti dan specificity yang melebihi 90 peratus.
"Dalam meningkatkan lagi penggunaan kit ujian kendiri dalam kalangan rakyat Malaysia dan memastikan harga adalah mampu milik, kerajaan menerusi kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan KKM telah membuat penetapan harga siling bermula pada 5 September yang lalu. Harga siling yang telah diluluskan untuk jualan runcit adalah RM19.90 dan bagi jualan pukal pula adalah sebanyak RM16," katanya.
Walau bagaimanapun, Khairi berkata pengesahan menerusi RT-PCR tetap akan dijalankan.
Hasimi Muhamad
Thu Sep 23 2021
Sebanyak 18 kit ujian kendiri telah mendapat kelulusan pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) selaras dengan Akta Peranti Perubatan 2012. - Gambar hiasan
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
UNDP, Malaysia teruskan kerjasama pemantapan institusi legislatif, pembangunan bakat dan belia
Johari dan Xu terlibat dalam perbincangan yang membuahkan hasil positif dalam pelbagai bidang khususnya mengenai pemerkasaan Parlimen.
Enam Ahli Parlimen Bersatu tidak perlu kosongkan kerusi - Nazri
Beliau menegaskan perkara itu merupakan asas utama akta tersebut dicadangkan dan dibentangkan di parlimen pada tahun 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 27 Mac 2024.
Dewan Rakyat ditangguh selepas 19 hari bersidang
Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 melabuhkan tirai hari ini selepas 19 hari bersidang bermula 26 Feb lepas.
Parlimen: 2.1 juta murid manfaatkan penggunaan DELIMa
Inisiatif itu mengandungi pelbagai perkhidmatan, aplikasi dan kandungan yang ditambah baik secara berterusan sesuai dengan perkembangan teknologi yang terkini.
Trend serangan siber meningkat - Gobind
Bagaimanapun katanya, terdapat perkembangan positif direkodkan pada 2023 apabila hanya 3,232 kes dilaporkan kepada NACSA.
Parlimen: Cadangan pindaan Akta Rukun Tetangga sedang dikemas kini - Saraswathy
Beliau berkata pindaan itu akan memberikan lebih fokus kepada inisiatif rukun tetangga yang sedang dilaksanakan pada masa ini.
Parlimen: Hasil kerajaan diunjur meningkat kepada RM312.2 bilion pada 2024
Hasil kerajaan Persekutuan pada tahun ini diunjurkan meningkat kepada RM312.2 bilion selepas mengambil kira langkah cukai Belanjawan 2024, disumbangkan kutipan hasil cukai yang lebih tinggi.
265 taska tempat kerja berdaftar dengan JKM tahun lepas
Sebanyak 265 taman asuhan kanak-kanak (Taska) di tempat kerja berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara sepanjang tahun lepas membabitkan agensi kerajaan dan swasta.
Gaji guru Pasti: Semua kena patuh Akta Kerja 1955 - KPM
Sebelum ini, tular satu memo daripada JTKSM mengenai arahan siasatan pemeriksaan berkanun terhadap Pasti.