KUALA LUMPUR: Satu dasar garis panduan berdepan jangkitan COVID-19 akan dilancarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) minggu hadapan.

Kata menterinya, Khairy Jamaluddin, Dasar Ujian COVID-19 akan menggariskan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih dipermudahkan penerangannya supaya senang difahami seluruh rakyat ketika negara mula melangkah ke fasa endemik.

“Kita dengan jelas dan mudah menerangkan dalam konteks apakah keadaan yang memerlukan seseorang membuat ujian COVID-19 dan kalau positif apa yang perlu dilakukan,” katanya.

Pada masa sama, Khairy turut memaklumkan KKM dalam proses memperkenalkan satu sistem amaran dipertingkatkan sebagai perancangan mendepani keadaan luar jangka andai berlaku lonjakan kes secara mendadak.

“Sekiranya sesuatu kawasan itu terlalu banyak penularan kes, kita boleh naikkan tahap amarannya mengikut peringkat 1, 2, 3 atau 4 dengan beberapa kekangan yang boleh kita letakkan untuk pergerakan.

“Bukan ‘lockdown’, tetapi ada beberapa perkara yang boleh kita laksanakan untuk memastikan bahawa kes tidak terus menular,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika dalam Agenda AWANI kas bersama hos Essan Yahya pada Ahad.

Tonton di sini:


KKM umum Dasar Ujian COVID-19 Kebangsaan minggu hadapan - KJ


Agenda AWANI: Eksklusif bersama Menteri Kesihatan