KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan segera membentuk satu pasukan petugas bagi menjalankan kajian mendalam untuk menyelesaikan isu berkaitan industri kreatif negara.
Menteri berkenaan Tan Sri Annuar Musa berkata ia juga bagi mewujudkan satu sistem yang membolehkan industri kreatif negara berkembang dengan rangka kerja tersusun dan melonjakkan industri itu ke tahap lebih tinggi.
"Ia bukan hanya soal nak tolong penggiat seni, tetapi untuk melihat industri ini dalam sudut lebih besar dan mengiktiraf sumbangan mereka dalam konteks memakmurkan negara, memacu ekonomi dan menarik pelaburan," katanya pada program Bersama Annuar dalam Twitter Spaces Bernama Radio: Industri Seni, Memulihkan Yang Terkesan di sini malam tadi.
Perbincangan itu disertai penggiat seni dari pelbagai peringkat termasuk pemimpin persatuan anak seni.
Antaranya ialah Presiden Persatuan Seniman Malaysia Zed Zaidi; Presiden Karyawan Datuk Freddie Fernandez; Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia Ahmad Ibrahim atau Mat London dan Presiden Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA) Khir Mohd Noor.
Annuar berkata antara misinya setelah keadaan negara pulih daripada pandemik COVID-19 ialah tidak lagi melihat industri kreatif beroperasi seperti biasa, sebaliknya menjadikannya sebagai antara industri terbesar yang menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Dalam pada itu, katanya, penggiat industri boleh memberikan cadangan balas atau teguran kepada kerajaan jika mendapati ada prosedur operasi standard (SOP) yang tidak munasabah dikeluarkan kepada industri tersebut.
"Kadang-kadang SOP ini dibuat dalam pejabat, tidak tengok secara realiti. Boleh beri teguran atau bawa kepada saya pun, kita boleh ubah suaikan SOP," katanya sebagai menjawab kegelisahan sesetengah pihak berhubung ketetapan SOP yang menetapkan set penggambaran mestilah berjarak zon selamat minimum satu kilometer daripada kawasan penempatan terdekat.
Freddie pula mencadangkan agar satu sistem kuota diwujudkan kepada stesen radio supaya lebih banyak memberikan masa siaran kepada lagu artis tempatan berbanding lagu antarabangsa.
Bersetuju dengan cadangan itu, Annuar berpendapat perlu adanya dasar atau garis panduan untuk stesen radio agar lebih mengutamakan lagu tempatan berbanding lagu popular antarabangsa bagi melindungi dan memberi insentif serta galakan kepada pencipta, penyanyi dan pemuzik tempatan.
"Jadi kalau boleh saudara Freddie berikan cadangan kepada saya secara formal untuk perincikan apa yang boleh dilakukan.
"Bukan bermakna kita hendak tutup terus lagu-lagu daripada luar tetapi kita harus ada keseimbangan yang munasabah dengan beri keutamaan kepada pencipta, penyanyi dan pemuzik tempatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 24 2021
Annuar bersiaran dalam sesi perbincangan menerusi platform Twitter Spaces anjuran Bernama dari pejabatnya di Putrajaya malam tadi. --fotoBERNAMA
Inspektor polis didakwa lakukan amang seksual terhadap remaja 16 tahun ditahan
Seorang pegawai polis berpangkat inspektor ditahan selepas didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berumur 16 tahun.
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan beri bantuan RM10,000 kepada keluarga mangsa
Kerajaan menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, pada Selasa.
Kawalan di KLIA Terminal 1 dan 2 dipertingkat dengan 4 skuter elektrik
Kawalan keselamatan di KLIA Terminal 1 dan 2 oleh PDRM terus dipertingkatkan dengan penggunaan empat skuter elektrik.
AWANI Borneo [24/04/2024] – Nahas helikopter | Bernilai RM1.76 juta | Rakyat diutamakan
AWANI Borneo Rabu, 24 April 2025 bersama Assim Iskandar.
- Nahas helikopter : Jasad mendiang Joanna dikebumikan di Serian esok.
- Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak bermilai RM1.76 juta.
- DUN Sabah : Pembangkang tidak dipinggir, peruntukan tetap diberikan - Hajiji
- Nahas helikopter : Jasad mendiang Joanna dikebumikan di Serian esok.
- Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak bermilai RM1.76 juta.
- DUN Sabah : Pembangkang tidak dipinggir, peruntukan tetap diberikan - Hajiji
Tony Fernandes lanjut kontrak 5 tahun sebagai CEO Capital A
CEO Capital A Bhd Tony Fernandes telah menandatangani kontrak perkhidmatan baharu untuk tempoh lima tahun akan datang.
Skuad B-23 kurang cergas - O' Donell
Aspek kecergasan perlawanan menjadi penyebab utama pemain skuad Bawah 23 Tahun negara gagal memberikan saingan terbaik pada kempen Piala Asia B-23.
Cadangan tubuh Jabatan Perikanan Sarawak dibentang November
Kertas cadangan penubuhan Jabatan Perikanan Sarawak dijangka dibentangkan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak selewat-lewatnya November ini.
Teliti isu limpahan pengusaha pelancongan asing - pembangkang
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menggesa Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah untuk menangani isu limpahan pengusaha pelancong Korea atau China yang dilihat semakin mendominasi industri pelancongan tempatan.
Tiada rancangan tubuh tribunal tanah
Kerajaan negeri tidak mempunyai rancangan untuk menubuhkan tribunal tanah memandangkan peruntukan yang ditetapkan dalam Ordinan Tanah Sabah memadai untuk mengendalikan isu pertikaian tanah di negeri ini.
Pembangkang tidak dipinggir, peruntukan tetap diberikan
Wakil rakyat pembangkang tidak dipinggir, peruntukan tetap diberi
Kerajaan negeri akan memperhalusi keperluan supaya peruntukan projek pembangunan dari Persekutuan di setiap daerah dimaklumkan kepada semua wakil rakyat termasuk pihak pembangkang.
Kerajaan negeri akan memperhalusi keperluan supaya peruntukan projek pembangunan dari Persekutuan di setiap daerah dimaklumkan kepada semua wakil rakyat termasuk pihak pembangkang.
Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."
Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.
Pengarah Hydroshoppe dapatkan pasport untuk lawatan kerja
Mahkamah membenarkan Pengarah Hydroshoppe, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh mendapatkan sementara pasport.
Nik Elin sah ahli Muafakat Nasional
Peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid mengesahkan beliau merupakan ahli Muafakat Nasional (MN).
Annuar Musa bidas Rafizi, tegaskan Pas paling tersusun
Annuar membidas kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berhubung dakwaan parti Islam berkenaan tidak mempunyai kekuatan organisasi dan kelebihan bakat.
Shahidan, Annuar dilantik AJK Pas Pusat
Pelantikan tersebut dicadangkan serta dipersetujui berdasarkan peruntukan Fasal 25 dan 26 Perlembagaan parti berkenaan.
Politik tidak akan stabil selagi Melayu tak bersatu - Annuar
Melayu sebagai kaum majoriti mesti menjadi teras atau tapak utama dalam landskap politik Malaysia yang mempunyai kuasa dominan.
PRK di Johor sambungan referendum rakyat - Annuar
Annuar berkata, tidak lengkap referendum itu sekiranya tidak disertai rakyat Johor yang turut memberi isyarat sama.
Pengarah syarikat gagal batal tuduhan tawar suapan berhubung ambil alih konsesi Menara KL
Mahkamah hari ini menolak permohonan seorang pengarah syarikat untuk membatalkan pertuduhan menawarkan suapan RM500,000 berhubung proses pengambilalihan konsesi Menara Kuala Lumpur.
PRN: Eizlan Yusof hilang suara bantu kempen
Datuk Seri Eizlan Yusof, 52, hampir hilang suara susulan turut berkempen bersama-sama Tan Sri Annuar Musa untuk Perikatan Nasional (PN) sempena pilihan raya negeri (PRN) sejak Julai lalu.