KOTA BHARU: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) bercadang untuk berkolaborasi dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) bagi memperkasa usahawan wanita menguasai dunia digital.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata menerusi sesi Meja Bulat Menteri di Persidangan Plenipotensiari Telekomunikasi Antarabangsa 2022 (ITU PP22) di Bucharest, Romania baru-baru ini, pihaknya bersetuju untuk memperkasa golongan wanita dalam bidang pendigitalan selain kegiatan sektor ekonomi digital.
"Bagi merealisasikan perkara ini AIM yang turut terdiri daripada usahawan wanita, sudah mempunyai asas dalam bidang perniagaan.
"MDEC pula akan memberikan input secara proaktif dan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan AIM bagi merangka program secara berjadual kerana kita mempunyai 1,000 Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) di seluruh negara," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Himpunan Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia Wilayah Kelantan di Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) Melor, di sini pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Annuar berkata pihaknya juga meluluskan peruntukan RM50 juta di setiap negeri untuk membina Mercu Ekonomi Digital (MEDi) sekali gus dapat memberi manfaat kepada AIM untuk membawa usahawan mereka menyertai perniagaan secara global.
"Selain daripada melatih usahawan, ia juga dapat menggalakkan peserta AIM menggunakan e-wallet serta pemasaran di platform digital melalui rangkaian e-dagang sama ada tempatan mahupun antarabangsa seperti Shopee dan Lazada," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 22 2022
ANNUAR: Bagi merealisasikan perkara ini AIM yang turut terdiri daripada usahawan wanita, sudah mempunyai asas dalam bidang perniagaan. - Gambar fail/BERNAMA
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
K-KOMM cadang kolaborasi dengan MDEC, AIM perkasa usahawan wanita digital
K-KOMM bercadang untuk berkolaborasi dengan Perbadanan MDEC dan AIM bagi memperkasa usahawan wanita menguasai dunia digital.
90 tapak 5G siap dibina di Sarawak - Annuar Musa
Pembinaan tapak yang melibatkan kawasan Kuching, Bintulu serta Miri itu dijangka siap sepenuhnya pada akhir tahun depan.
Menara telekomunikasi akan dibina di Pulau Sipadan - Mohammad
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama kerajaan Sabah melalui Taman-Taman Sabah, telah mengenal pasti lokasi bagi pembinaan menara telekomunikasi di Pulau Sipadan.
SKMM rancang wujud 177 PEDi baharu - Mohammad
SKMM merancang mewujudkan 177 Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) baharu iaitu di kawasan Dewan Undangan Negeri yang masih belum mempunyai pusat berkenaan.
8 negeri jadi perintis bandar pintar hasil kerjasama K-KOMM, TM One
Ia bagi merealisasikan aspirasi ekonomi digital negara termasuk pembangunan bandar pintar di seluruh negara yang bermula di lapan negeri.
K-KOMM akan hidupkan kembali warisan telah pupus
Zahidi berkata, pihaknya akan pergi ke setiap negeri untuk mengenal pasti warisan yang telah pupus.
Pelajar diingatkan tidak salah guna, jual tablet PerantiSiswa - Annuar
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa mengingatkan pelajar yang menerima tablet PerantiSiswa Keluarga Malaysia agar tidak menyalahgunakan atau menjualnya.
Kerosakan landskap, rakyat perlu ada sikap tanggungjawab - Annuar Musa
Rakyat di negara ini perlu memupuk sikap tanggungjawab dalam soal memelihara harta benda awam termasuk landskap dan fasiliti awam.
Kementerian berkaitan perlu capai prestasi Jualan Murah Keluarga Malaysia 100 peratus
Annuar berkata ini kerana pelaksanaan program jualan di pusat JMKM itu yang bermula pada 19 Ogos lepas, setakat ini dilihat masih menunjukkan prestasi kurang memuaskan.
Peranan pasukan jihad inflasi luas, tidak terhad isu harga barang - Annuar
Peranan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi tidak terhad kepada isu kenaikan harga barang, sebaliknya ia lebih luas dan melibatkan usaha mengatasi masalah inflasi secara keseluruhan.