IPOH: Sebanyak 1,045 cerun dalam kategori amat berbahaya dikenal pasti di sepanjang Jalan Persekutuan di Semenanjung Malaysia.
Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof berkata pihaknya sedang giat menjalankan pemantauan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini, lebih-lebih lagi ketika musim tengkujuh.
"Musim tengkujuh memang kita (Kementerian Kerja Raya) buat persediaan dan menggerakkan pemantauan, bukan saja Jabatan Kerja Raya (JKR) malah konsesi.
"Kalau ada tanda-tanda (di cerun-cerun) langkah awal kita akan pasang kanvas dan sebagainya bagi menghalang runtuhan.
"Dan kalau berlaku runtuhan, memang sudah ada prosedur operasi standard (SOP) yang kita sediakan untuk pastikan keselamatan pengguna jalan raya dan tindakan segera untuk membersihkan kawasan itu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media Program Jelajah FTRoadpedia Zon Timur 3.0 di Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak, di sini pada Sabtu.
Beliau berkata peruntukan bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan cerun di seluruh Malaysia membabitkan kos keseluruhan sebanyak RM220 juta.
"Untuk cerun di Semenanjung ialah RM160 juta, manakala di Sabah dan Sarawak RM40 juta dan kita mendapat tambahan lagi RM20 juta. Jadi jumlah keseluruhan sebanyak RM220 juta.
"Walaupun tidak mencukupi tetapi kita akan laksanakan berdasarkan apa saja peruntukan yang kita dapat," katanya lagi.
Dalam pada itu, beliau turut menyentuh isu pembukaan tanah yang begitu aktif di kawasan tanah tinggi, yang dikhuatiri mendedahkan risiko kepada pengguna jalan raya.
"Kalau kita tidak menguruskan keseluruhan khususnya di kawasan pembangunan tanah tinggi, maka ia akan mendedahkan (risiko) bukan saja kepada alam sekitar.
"Tetapi ia turut menjejaskan infrastruktur, sebab itu dalam perancangannya kita harapkan ada koordinasi, yang mana perancangan bersepadu dapat dilaksanakan termasuk penguatkuasaan.
"Penyalahgunaan tanah oleh pertanian haram misalnya, boleh dedahkan bahaya," katanya lagi.
Dalam program itu, beliau berkata hari ketiga FTRoadpedia Zon Timur 3.0 diteruskan dengan tinjauan di Jalan Simpang Pulai- Blue Valley, iaitu laluan lokasi pelancongan Cameron Highlands, Pahang.
Dalam jelajah dengan menaiki bas itu, beliau turut dibawa meninjau lokasi pembaikan cerun di Seksyen 44, di laluan berkenaan.
Aida Aziz
Sat Aug 13 2022
Fadillah berkata, pihaknya sedang giat menjalankan pemantauan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini, lebih-lebih lagi ketika musim tengkujuh. - Astro AWANI
Fasa pertama Litar Pasir Gudang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun - Tunku Abdul Rahman
Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menjangkakan fasa pertama 'Johor Circuit' di Litar Pasir Gudang siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas
Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
KKR kenal pasti 1,045 cerun amat berbahaya di Semenanjung
Kementerian Kerja Raya giat jalankan pemantauan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini, lebih-lebih lagi ketika musim tengkujuh.