KUALA LUMPUR: Cadangan untuk menjadikan klinik kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai pusat kuarantin sementara untuk mereka yang bergejala COVID-19 dilihat tidak sesuai dilaksanakan.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ini kerana premis itu tidak mempunyai kemudahan asas sebagai pusat kuarantin yang membolehkan mereka yang bergejala tinggal di klinik berkenaan.
"Selain itu, skop klinik kesihatan adalah untuk memberikan rawatan pesakit luar kepada golongan ibu hamil, kanak-kanak, orang kurang upaya dan warga emas yang memerlukan rawatan kesihatan susulan atau berterusan.
"Sekiranya klinik kesihatan dijadikan pusat kuarantin, dikhuatiri ia akan mendatangkan risiko penularan kepad individu-individu lain yang hadir untuk mendapatkan rawatan lain," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementeriannya di Dewan Rakyat pada Khamis.
Sementara itu, dalam perkembangan sama, Khairy Jamaluddin turut memaklumkan terdapat 130 hospital awam di seluruh negara telah dikhususkan untuk rawatan COVID-19.
Daripada jumlah tersebut, katanya sebanyak 123 hospital KKM, enam hospital universiti dan satu hospital Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Berhubung cadangan agar Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membantu menyediakan hospital medan pula, Khairy berkata, kementerian sememangnya telah melaksanakan suatu langkah strategik.
Ia melibatkan kerjasama ATM, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), pihak berkuasa tempatan serta agensi-agensi lain termasuk badan bukan kerajaan (NGO) dengan menubuhkan hospital-hospital medan di negeri-negeri yang terjejas teruk bagi membantu hospital-hospital KKM sedia ada memberi fokus dalam merawat kes COVID-19, katanya.
Hasimi Muhamad
Thu Sep 23 2021
Klinik kesihatan tidak mempunyai kemudahan asas sebagai pusat kuarantin yang membolehkan mereka yang bergejala tinggal dan mendapatkan rawatan di situ. - Gambar fail
Pemandu bas ekspres buat 'live' TikTok kena saman
Mereka dikesan melakukan kesalahan itu dalam Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) bermula 1 hingga 20 April lepas.
Nahas helikopter Lumut: DUN Sabah bertafakur seminit hormati mangsa
Ucapan takziah itu disampaikan Timbalan Speaker DUN Sabah, Datuk Al Hambra Tun Juhar sebelum memulakan sesi soal jawab pada sidang DUN.
Nahas helikopter Lumut: Pas puji tindakan pantas Menteri Pertahanan
PAS memuji tindakan pantas Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam mengendalikan tragedi dua helikopter terhempas yang mengorbankan 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysi
Suspek kes tembak di KLIA berdepan tujuh pertuduhan
Hafizul Hhawari mohon dibicarakan terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.
Warga emas hidup 'berteman' lebih 2 tan sampah
Sudah menjadi tabiat lelaki ini yang hidup sebatang kara mengumpul sampah di dalam dan luar rumahnya tetapi bukan untuk dijual.
Nahas helikopter Lumut: Lori bawa 10 keranda tiba di Jabatan Forensik HRPB
Kesemua 10 jenazah akan dibawa ke Batalion 23 Rejimen Askar Melayu Diraja, Ipoh bagi istiadat rasmi sebaik proses bedah siasat selesai.
Piala Asia B-23: "Saya bermain dengan teruk dalam setiap perlawanan" - Mukhairi Ajmal
Ketua pasukan Harimau Muda kecewa dengan prestasi sendiri sepanjang Piala Asia B-23.
Niaga AWANI: KL20: MyDIGITAL tingkat daya saing ekosistem startup
Ketua Pegawai Eksekutif, MyDIGITAL, Fabian Bigar berkongsi pandangan beliau berkenaan pembangunan ekosistem startup di Malaysia dan peranan MyDIGITAL dalam usaha tersebut seiring penganjuran KL20 baru-baru ini.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Mansuhkan undang-undang yang menindas hak asasi
Hakisan ruang sivik di Malaysia seperti yang dilaporkan dan tindakan keras yang diambil terhadap kebebasan asasi menuntut tindakan segera daripada kerajaan.
Niaga AWANI: Strategi pelaburan graduan muda di sebalik tekanan inflasi
Pensyarah Kanan, Sekolah Perniagaan Dan Ekonomi, UPM, Dr. Lau Wei Theng berkongsi tentang bagaimana graduan di Malaysia boleh meningkatkan literasi pelaburan di sebalik prospek ekonomi yang tidak menentu.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Nahas helikopter Lumut: Laporan interim akan disediakan secepat mungkin - Khaled
Pihaknya bagaimanapun tidak menetapkan sebarang tempoh masa bagi penyediaan laporan itu.
Veteran ATM tidak berpencen diminta segera kemas kini maklumat untuk terima BSH
Sebanyak 35 peratus daripada 41,000 veteran ATM yang tidak berpencen, tidak menerima Bantuan Sara Hidup kerana gagal mengemas kini data peribadi.
ATM wajar kaji penglibatan Askar Wataniah dalam operasi teras - Raja Muda Perlis
ATM wajar mengkaji dsemula segala seksyen sedia ada bagi membolehkan penglibatan pasukan simpanan tentera darat dalam operasi teras.
MINDEF perkenal dua program pendidikan untuk warga ATM, ahli keluarga
Kerajaan juga telah bersetuju memperuntukkan sebanyak RM15 juta bagi tujuan penyelenggaraan dan naik taraf sekolah-sekolah angkatan tentera.
Maktab Tentera Diraja (RMC) bukan institusi 'biasa-biasa' - Khaled Nordin
Penubuhan Maktab Tentera Diraja (MTD) atau RMC merupakan satu agenda nasional yang penting yang bakal menyertai ketumbukan pertahanan negara.
Peletakan jawatan pengurusan kanan LTAT tak jejas operasi - Menteri Pertahanan
Pada masa ini Lembaga LTAT sedang memuktamadkan calon-calon yang berkaliber bagi mengisi jawatan Ketua Eksekutif.
Penyelarasan pencen: Mahkamah benar saman pemula 50 pesara ATM
Mahkamah Tinggi membenarkan saman pemula yang difailkan oleh 50 pesara ATM berhubung penyelarasan pencen mereka yang bersara sebelum 1 Jan 2013.
ATM redah banjir usung jenazah warga emas
Pasukan itu meredah air hingga paras pinggang sejauh hampir 100 meter sebelum jenazah dinaikkan ke dalam trak.
60 anggota ATM bantu pascabanjir di Kota Tinggi
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menempatkan 60 anggotanya bagi membantu kerja-kerja pembersihan pascabanjir di daerah ini yang bermula semalam.
131 anggota, veteran ATM terkesan banjir di Kelantan dan Terengganu - Adly
Sebanyak 131 anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terkesan dengan banjir di Kelantan dan Terengganu baru-baru ini.