Kementerian Pengajian Tinggi akan memperhebat usaha menggalakkan kolaborasi antara politeknik, institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dan pemain industri bagi meningkatkan kemasukan pelajar ke IPTS.
Menterinya Datuk Seri Idris Jusoh berkata kolaborasi itu yang merangkumi penawaran biasiswa dan juga peluang pekerjaan, adalah sebahagian usaha kerajaan mengarusperdanakan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).
"Kerjasama seperti ini adalah suatu yang baik, seperti hari ini syarikat Gamuda Berhad memberi biasiswa bagi menampung yuran pengajian kepada pelajar cemerlang politeknik untuk menyambung pelajaran di universiti INTI," katanya.
Beliau ditemui pemberita pada majlis pemeteraian memorandum persefahaman antara INTI International University dan Jabatan Pendidikan Politeknik (JPP) di bawah kementeriannya, di sini pada Khamis.
INTI diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya Tim Bulow sementara Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi Tan Sri Dr Noorul Ainur Mohd Nur mewakili JPP.
"Model kerjasama ini akan kita perhebatkan lagi agar lebih banyak IPTA dan IPTS dapat bekerjasama bukan hanya antara mereka malahan dengan pihak industri," kata Idris.
Mengulas lanjut, Idris berkata di bawah Rancangan Malaysia Ke-11, 60 peratus daripada peluang pekerjaan memerlukan kelayakan berkaitan TVET.
"Kita mahu program TVET diarusperdanakan... kita tidak mahu lihat TVET ini sebagai satu aliran yang tidak menarik kerana itu kolaborasi ini akan diteruskan untuk kemajuan pendidikan tinggi keseluruhannya," katanya.
Sementara itu, Bulow berkata kerjasama itu membuka peluang untuk pelajar cemerlang mengikuti program kejuruteraan bertaraf dunia di INTI.
Menerusi persefahaman itu, Gamuda akan menyediakan biasiwa selama tiga tahun kepada 50 pelajar politeknik yang mengikuti program kejuruteraan di INTI.
Untuk permulaan, syarikat itu membiayai pengajian sembilan pelajar cemerlang dari Politeknik Ungku Omar, Politeknik Port Dickson dan Politeknik Sultan Abdul Aziz.
--BERNAMA
Bernama
Thu Jan 26 2017
IDRIS: Kementerian Pengajian Tinggi akan memperhebat usaha menggalakkan kolaborasi antara politeknik, IPTS dan pemain industri. - Gambar fail
Bajet MAIWP 2025: Anggaran pendapatan naik kepada RM1.67 bilion, pembangunan ummah teras utama - Na'im
Anggaran pendapatan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 2025 meningkat 12 peratus kepada RM1.67 bilion dengan kutipan zakat disasarkan mencapai RM1.2 bilion.
Batu Puteh: Kerajaan cadang nyah sulit laporan akhir Pasukan Petugas Khas - Fahmi
Peguam Negara dicadang mempertimbang untuk menyahsulitkan laporan akhir Pasukan Petugas Khas Semakan Undang-undang Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.
Pengerusi Petronas Chemicals Group Datuk Abdul Rahim Hashim akan letak jawatan
Pengerusi Petronas Chemicals Group Bhd Datuk Ir Abdul Rahim Hashim akan meletakkan jawatannya berkuat kuasa 1 Jan, 2025.
Kekayaan Musk dianggarkan melebihi AS$400 bilion
Kekayaan Musk sebahagian besarnya terdiri daripada saham syarikat pengeluar kereta elektrik Tesla dan syarikat aeroangkasa SpaceX.
Yusoff Rawther akan kemuka representasi gugur pertuduhan
Muhammed Yusoff Rawther akan mengemukakan representasi untuk mengugurkan pertuduhan mengedar dadah dan memiliki dua pistol tiruan yang dihadapinya.
Banjir: Anggaran kerugian sektor agromakanan lebih RM177 juta - Mohamad
Berdasarkan laporan awal kerosakan mengikut negeri, Kedah mencatatkan angka kerugian tertinggi iaitu lebih RM97 juta, diikuti Kelantan (lebih RM33 juta) dan Terengganu (lebih RM13 juta).
Insiden jenazah bayi dibeku tidak patut berlaku, tiada pihak minta bantuan MAIS
Insiden jenazah bayi didakwa disimpan di dalam peti sejuk lebih dua minggu di sebuah hospital swasta di Klang disebabkan bapa tidak mampu melunaskan bil tidak sepatutnya berlaku.
[TERKINI] Pelajar Malaysia di Syria selamat dan kuliah bermula esok
Ini perkembangan di Syria, daripada Konsul Kehormat Malaysia di Damascus, Syria.
53 pelajar Malaysia di Syria dalam keadaan selamat dan mula menjalani kuliah semula bermula esok.
53 pelajar Malaysia di Syria dalam keadaan selamat dan mula menjalani kuliah semula bermula esok.
Polis kesan wanita dakwa akan langsung perkahwinan bersama Tengku Hassanal
Polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Tular: Musa Aman bakal TYT Sabah yang baharu?
Musa, 73, merupakan Ketua Menteri Sabah paling lama bermula pada 2003 hingga 2018.
'Kanak-kanak bantu ibu bapa bekerja bukan buruh paksa' - Pengerusi Felda
Datuk Seri Idris Jusoh menjelaskan kanak-kanak yang bekerja untuk membantu ibu bapa di ladang adalah sebagai budaya kerja tempatan dan bukannya sebagai buruh paksa.
Idris Jusoh dilantik Pengerusi FELDA
Datuk Seri Idris Jusoh dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Pengerusi Lembaga Pengarah FELDA yang berkuatkuasa pada 1 Mei lalu.
Kolej Komuniti tawar kursus sesuai untuk rakyat setempat
Kolej Komuniti Lenggong menawarkan kursus pelancongan dan pengembaraan, sesuai dengan Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia yang diiktiraf oleh UNESCO.
Pekasam Opah Aishah kini dikenali ramai
Pengusaha ikan pekasam, Aishah Ahmad, 70, komited mengikuti kursus pelabelan di Kolej Komuniti Lenggong.
KPT komited tingkatkan peranan wanita dalam pendidikan tinggi
Menerusi sektor pekerjaan, wanita kini diberi lebih banyak peluang untuk terus aktif dalam Industri Revolusi 4.0.
KPT ucap tahniah, bangga dengan pencapaian universiti tempatan
Bagi tahun 2018, kedudukan UM di tangga ke-46, UTAR meningkat kepada 99 dan UTP kepada 114.
UM hampiri sasaran tempatkan diri di kelompok 100 universiti terbaik dunia
Mengikut kedudukan terkini yang dikeluarkan oleh Quacquarelli Symonds (QS) hari ini, Universiti Malaya menduduki tangga ke-114 terbaik dunia ketika ini.
Golongan belia perlu ikon capai aspirasi TN50 - Idris Jusoh
Golongan belia memerlukan seorang ikon yang tepat dalam memeta hala tuju kehidupan dan pencapaian dihasratkan dalam usaha merealisasikan Transformasi Nasional 2050 (TN50).
Pelajar boleh mohon BB1M mulai hari ini - Idris
Seramai 1.3 juta pelajar pra-universiti dan institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara boleh memohon Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) bernilai RM250 mulai sekarang.
Tiada tawaran baharu untuk penajaan pengajian ke Mesir - Idris
Tiada penajaan baharu daripada mana-mana agensi kerajaan untuk pelajar tempatan menyambung pelajaran ke Mesir memandangkan keadaan di negara itu masih belum stabil, kata Datuk Seri Idris Jusoh.