IPOH: Sebanyak 65 kolam ternakan ikan air tawar di Kampung Kolam, Tanjung Rambutan, Ipoh diancam pencemaran kesan projek perlombongan Kaolin yang didakwa diusahakan secara haram sejak sebulan lalu.
Menurut Pengerusi Usahawan Agro Kampung Kolam, Abdul Aziz Abdul Manap, kerja-kerja perlombongan itu menyebabkan air sungai yang menjadi saluran utama ke dalam kolam ternakan bertukar keruh.
Jelasnya, tindakan syarikat kontraktor yang menebang pokok-pokok besar untuk dijadikan laluan jentera berat juga menyebabkan sungai dipenuhi dengan timbunan batang dan dahan pokok.
"Punca daripada air sungai ini tercemar membabitkan kerugian yang besar kepada kami sebagai penternak ikan air tawar.
"Jadi permasalahan ini membabitkan terjejasnya pendapatan kami oleh sebab sumber air itu tidak stabil menyebabkan pengeluaran ikan juga terjejas, air yang keruh, kotor sampah, pasir dan sebagainya," katanya.
Abdul Aziz menggesa supaya pihak berkaitan mengambil perhatian perkara tersebut dan tindakan diambil segera.
Katanya lagi mereka juga bimbang jika terus dibiarkan, ikan-ikan yang diusahakan akan mati, sedangkan itulah punca pendapatan utama penduduk.
Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Kolam berkata, perusahaan ternakan ikan air tawar di kawasan seluas hampir 20 hektar itu mendapat pengiktirafan Jabatan Perikanan sebagai antara yang terbaik di Perak.
Katanya, terdapat 15 pengusaha terlibat secara aktif menerusi pelbagai jenis ternakan ikan air tawar termasuklah tilapia merah, tilapia hitam, baung, patin, jelawat, rohu dan tongsan.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Perak, Datuk Ahmad Zukni Ahmad Khalil berkata, semakan lanjut akan dibuat bagi memastikan sama ada kawasan dimaksudkan berada di bawah bidang kuasa jabatan atau Pejabat Tanah, sebelum tindakan lanjut diambil.
Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak, Rosli Zul pula memaklumkan, beliau telah mengarahkan siasatan segera dilakukan di kawasan itu.
Aida Aziz
Fri Oct 01 2021
Tindakan syarikat kontraktor yang menebang pokok-pokok besar untuk dijadikan laluan jentera berat juga menyebabkan sungai dipenuhi dengan timbunan batang dan dahan pokok. - Astro AWANI
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Nahas helikopter Lumut: Jasad Sivasutan selamat disemadikan
Jasad mendiang turut diberikan kawalan kehormat oleh 14 pegawai dan anggota TLDM sebagai penghormatan terakhir.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Seorang lelaki dan wanita maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, pada Rabu.
Datuk bersama cucu ditemukan lemas dalam kolam
Mayat lelaki berusia 78 tahun bersama cucu lelaki berusia setahun tujuh bulan terapung oleh orang awam pada jam 7.30 petang.
Kolam ternakan ikan diancam pencemaran projek perlombongan
Kerja-kerja perlombongan itu menyebabkan air sungai yang menjadi saluran utama ke dalam kolam ternakan bertukar keruh.
Kanak-kanak perempuan ditemui lemas di kolam ikan
Kejadian berlaku di Kampung Bukit Merah, Bandar Paka, Dungun kira-kira jam 5 petang Jumaat.
Dua sahabat ditemui mati lemas berpelukan
Mangsa Mohd Yati Yeop Ahmad, 42, dan rakannya Mohammad Zhairii Shahuddin, 27, ditemui kira-kira pukul 8.28 pagi Isnin.