Politics is the art of looking for trouble, finding it everywhere, diagnosing it wrongly and applying unsuitable remedies.
Ernest Benn 1875–1954 English publisher: attributed, Powell Spring What Is Truth (1944)
SEPANJANG pentabiran Kerajaan Perikatan Nasional (PN), sewaktu di bawah pentadbiran YBM Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang lalu, barisan kabinet Kerajaan tidak sunyi dengan tohmahan-tohmahan dan kritikan-kritikan keras dari netizen-netizen dan blok pembangkang.
Tidak lepas dari serangan-serangan ini ialah Perdana Menteri kita yang baharu iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang sewaktu itu menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri, tekanan bukan sahaja dari luar tetapi juga datang dari dalam parti UMNO itu sendiri. Tekanan semakin hebat terutama sewaktu peningkatan kes COVID-19 yang meningkat naik ribuan kes hingga melebihi 20,000 kes sehari dan selepas berlakunya Proklamasi Darurat.
Dalam tempoh krisis ini, telah muncul seorang pemimpin senior yang telah mengeluarkan pelbagai kenyataan-kenyataan yang menimbulkan keresahan dan telah mencetuskan polemik dalam politik tanahair. Pandangan-pandangan yang beliau keluarkan secara tidak langsung telah mengalihkan perhatian masyarakat kepada isu-isu lain.
Individu yang diperkatakan ini ialah Datuk Sri Mohamed Nazri Abdul Aziz, yang sejak mutakhir ini beberapa tindakannya kelihatan aneh, kerana tidak dapat difahami. Setelah diamati dengan dekat, tindakan-tindakan Nazri Aziz yang bersifat kontroversi ini, sebenarnya boleh ditelah sebagai satu strategi politik untuk mempertahankan dan menguatkan pengaruh UMNO dalam kepimpinan Kerajaan PN, pada masa itu.
Merujuk kepada kepelbagaian isu yang muncul berikutan kenyataan-kenyataan beliau, ianya boleh dianggap sebagai satu Langkah Seni Politik yang sangat berani dan luar biasa yang merangkumi elemen ‘’political distraction’’ dan adakalanya boleh menjurus kepada ‘’self-destruction’’ kepada kareer politik beliau.
Kedua-dua elemen ini digarap untuk mengalihkan perhatian media khususnya blok pembangkang dan masyarakat, agar pengalihan perhatian ini dapat memberi ruang kepada jentera Kerajaan untuk melaksanakan tugas-tugas mereka.
Undi percaya kepada Perdana Menteri baharu berdasarkan tauladan - Mengikut Pakar Perlembagaan, Politik semasa tanahair ibarat "pokok tidak perlu dtiup angin untuk bergoyang".
Oleh itu, Kabinet PM-9 mestilah dilantik atas kemampuan dan kredibiliti untuk menempuhi masa sukar negara, agar dapat memberi nafas dan penjenamaan kepada Malaysia dari segi ekonomi dan kelangsungan hidup rakyat yang paling utama.
Tokoh politik seperti Nazri Aziz yang mempunyai reputasi yang cemerlang dalam perkidmatannya amat diperlukan membantu dan memperkasa kembali negara.
Beliau mula berkhidmat dalam barisan kabinet bermula sejak zaman Tun Mahathir dan telah bersama menempuhi beberapa krisis kepimpinan dalam kerajaan, dalam parti dan juga krisis ekonomi 1998.
Sebagai salah satu contoh yang terdekat iaitu pada 2013, Nazri Aziz sebagai Menteri bertanggungjawab telah memulihkan industri Pelancongan Malaysia yang nazak pada ketika itu.
Usaha beliau dalam mempertabatkan industri pelancongan melalui penjenamaan semula, termasuk mengetengahkan industri kreatif telah mengangkat pelancongan negara hingga menjadi salah satu yang terbaik didunia.
Selain daripada itu, bersesuaian dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah menzahirkan harapan pelantikan Perdana Menteri baharu ini, dapat menamatkan kemelut politik dengan segera dan menurunkan suhu politik negara.
Dengan majoriti yang tipis dimiliki oleh Kerajaan sedia ada pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kabinet memerlukan barisan Menteri yang bukan sahaja wajib mampu menggalas tanggungjawap yang diberikan malah juga harus mempunyai hubungan baik dengan ahli-ahli Parlimen dari Blok Pembangkang.
Sepertimana maklum, Nazri Aziz ini sentiasa dikaitkan dengan pembangkang sewaktu beliau menjadi menteri, malah Ahli Parlimen pembangkang juga selalu menyokong dan bersama beliau dalam setiap program rasmi didalam negara dan luar negara.
Ini adalah salah satu sikap politik matang yang sering di tonjolkannya, sesuai dengan gelaran "Guru Besar" sewaktu beliau menjadi Menteri Undang-Undang. Karakter dan hubungan keperibadian yang beliau miliki bersama ahli-ahli parlimen dari Blok Pembangkang, saya kira mampu meneutralkan dan meredakan keadaan.
Walaubagaimanapun, menurut beberapa sumber rapat termasuk daripada sumber menerusi artikel yang saya petik dari Sinar Harian ini adalah benar, berkenaan khabar angin yang menyatakan Nazri Aziz bakal bersara,
Saya kiri ini persaraan ini akan merugikan barisan kepimpinan Ismail Sabri dan UMNO, kerana mereka bakal kehilangan seorang yang bukan sekadar Ahli Parlimen biasa, tetapi beliau adalah ‘’Strategist’’ yang telah melaksanakan Langkah-Langkah Politik dengan jayanya.
Dari sudut akedemik dan pada pengamatan pengalaman yang lepas, amat jarang adanya mana-mana Ahli Parlimen kerajaan atau pembangkang yang mempunyai kemampuan sebegini.
Berdasarkan daripada pengalaman saya secara peribadi sewaktu berkhidmat bersama beliau, beliau sentiasa mengingatkan kami kakitangan awam setiap apa tegurannya, dia tidak akan membawa kepada isu peribadi jauh sekali berdendam.
Sebab itu dia amat disenangi dan disayangi oleh setiap penjawat awam yang pernah berpengalaman berkhidmat dibawah beliau, tanpa mengira pangkat.
Beliau adalah seorang yang terlalu senang didekati dan terlalu mesra dengan masyarakat sekeliling.
Nazri Aziz ini seorang pejuang parti yang amat berjiwa besar . "Mastermind' yang mengangkat UMNO menjadi TPM dan PM pada hari ini.
Saya secara peribadi ingin mengucapkan tahniah kepada PN dan UMNO tidak lupa khas kepada Nazri Aziz kerana terus bersama mengukuhkan kerajaan yang sedia ada demi kepentingan negara.
Sikap yang merendah diri dengan mengucapkan penghargaan kepada semua kawan-kawan walaupun pada asalnya mempunyai padangan yang berbeza patut menjadi contoh teladan kepada semua parti bukan sahaja UMNO.
Pencapaian besar biasanya dilahirkan dari pengorbanan yang besar, dan tidak pernah dari hasil egoisme."-Napoleon Hill.
Inilah sikap Nazri Aziz untuk partinya dan sebagai rakyat marhaen, disaat parti dilanda krisis seperti retak menanti belah, Nazri Aziz telah menguruskan belahan itu dengan unik sehingga dapat mempertahankan dan menambahkan kekuatan parti dalam Kerajaan sekarang. Langkah-langkah strategik yang berani yang wajar dipuji.
Langkah sendiri tanpa segombolan tentera.
Semoga kabinet ini menjadikan Nazri Aziz contoh bagaimana sikap dan ketegasan mempertahan kan Perdana Menteri sebelum ini hingga dikenali sebagai "hatchetman'.
Pemimpin seperti inilah yang diperlukan dalam barisan kepimpinan PM 9 yang bukan sahaja wajib bijak mengurus krisis tetapi juga bersifat UNITI.
Strategi Nazri Aziz bukan untuk didendang tetapi itulah hulubalang.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
* Penulis merupakan pemerhati politik yang sering mengikuti perkembangan politik dalam dan luar negara.
** Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis, ia tidak ada kena mengena dengan pendirian editorial Astro AWANI.
Professor Datuk Mohd Rizon Mohamed Juhari
Thu Aug 26 2021
Sekiranya benar Nazri Aziz mahu bersara, maka ia adalah satu berita sedih untuk UMNO dan Barisan Nasional. - Gambar fail
Lula mahu tanding semula pilihan raya presiden 2026
Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva akan bertanding semula dalam pilihan raya presiden pada 2026, menurut Setiausaha Komunikasi Sosial Presiden, Paulo Pimenta pada Khamis.
Pantau Belanjawan: Memartabatkan perumahan sebagai hak asasi
Pengarah Kajian Khazanah Research Institute (KRI), Dr Suraya Ismail berbicang lanjut mengenai akses kepada perumahan yang menangani masalah ini melalui 'kesamarataan' manusia di Malaysia.
Tujuh maut dalam kebakaran hospital di Tamil Nadu
Sekurang-kurangnya tujuh orang dilaporkan maut manakala ramai lagi cedera dalam insiden kebakaran di sebuah hospital di Dindigul, Tamil Nadu, India.
AWANI Ringkas: Pengerusi ASEAN dan TMM 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pengasas Blogger, Twitter dan Medium lancar aplikasi sosial baharu Mozi
Melalui Mozi, pengguna boleh melakukan perancangan mereka di sesuatu lokasi seperti lokasi yang akan disinggah, atau acara yang akan disertai.
Buaya di Teluk Batik: PERHILITAN nasihat orang awam berwaspada
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu pada Khamis.
[TERKINI] Zii Jia, beregu negara melangkah ke separuh akhir
Pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia, mengesahkan tempat ke separuh akhir selepas mencatat kemenangan kedua dalam Kumpulan A Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China, hari ini.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Permohonan Geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India masih dibuka - Mitra
Lebih 200 badan bukan kerajaan dan syarikat telah memohon geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI) 2025 yang dibuka sejak 2 Dis.
Fikir dahulu sebelum kongsi di media sosial - Pakar
Dengan kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 di Dewan Rakyat, pengguna media sosial disarankan lebih bertanggungjawab dalam menggunakan platform tersebut bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang.
Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya, Profesor Komunikasi di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, menjelaskan bahawa maklumat yang dikongsi di media sosial akan kekal dirakam dalam sistem, menjadikannya mustahil untuk dihapuskan.
Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya, Profesor Komunikasi di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, menjelaskan bahawa maklumat yang dikongsi di media sosial akan kekal dirakam dalam sistem, menjadikannya mustahil untuk dihapuskan.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara pusat pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam bidang kecerdasan buatan (AI).
"Muhyiddin tak faham kebebasan bersuara Ahli Parlimen" - Nazri
Keputusan yang dibuat Johari itu bertepatan dengan semangat Akta Anti Lompat Parti yang diluluskan di Dewan Rakyat sebelum ini, kata Nazri.
Kedutaan Malaysia di AS rai kesatuan, kepelbagaian budaya menerusi sambutan Tahun Baharu Cina
Mohamed Nazri berkata, penganjuran sambutan Tahun Baharu Cina itu berjaya mencipta pengalaman yang dinamik dan ceria untuk rakyat Malaysia dan tetamu.
Rombakan Kabinet: Bukti kesungguhan kerajaan berdepan cabaran baharu dunia - Nazri
Keputusan mewujudkan Kementerian Digital dan Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam menandakan kerajaan sedar cabaran-cabaran baharu yang dihadapi negara.
WAF, jangan bercakap kalau tak tahu - Nazri
Tegas Mohamed Nazri, Wan Ahmad Fayhsal perlu memahami sama ada demarche (tata tindak) itu satu ugutan atau tidak bergantung kepada isinya.
Suara dan jiwa Kelantan di Washington D.C
Kedutaan Malaysia di Washington D.C menggenggam erat keindahan seni dan budaya dari Kelantan dan memperkenalkannya kepada khalayak.
Tidak mungkin Malaysia simpati kepada Israel, kata Nazri kepada AS
Mohamed Nazri menegaskan simpati Malaysia adalah hanya untuk Palestin.
Anwar harumkan kembali nama Malaysia di mata dunia - Nazri
Ucapan Anwar yang mengutuk sikap hipokrit PBB terhadap Palestin juga mendapat pujian banyak pihak.
"An Evening with Friends of Malaysia" usaha tingkat hubungan dua hala dengan AS
Ia merupakan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mengukuhkan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.
PRN: Jangan terpengaruh hasutan pengkhianat parti - Nazri Aziz
Pemimpin yang sudah meninggalkan parti tidak lagi relevan untuk bercakap soal survival UMNO, tegas Nazri.
"Anwar jadi PM atas takdir Allah bukan iblis tolong" - Nazri Aziz
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menegaskan, Anwar dipilih sebagai perdana menteri kerana sudah ditakdirkan oleh Allah bukan pertolongan iblis.