Komitmen guru paling penting dalam menjayakan Pembelajaran Abad Ke-21

Hafiz Marzukhi
Mac 21, 2018 04:03 MYT
Kamalanathan berkata, semua 500,000 guru di negara ini mempunyai daya keinginan yang tinggi untuk melihat pelajar mereka berjaya. - Gambar hiasan
Peranan guru dikenalpasti sebagai komponen penting dalam menjayakan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21) yang sedang dijalankan Kementerian Pendidikan.
Timbalan Menteri Datuk P. Kamalanathan hari ini memuji komitmen guru-guru di Malaysia dalam menjayakan insiatif tersebut.
"Di antara kecemerlangan, keupayaan sekolah ialah tanggungjawab guru yang hebat.
"Kebanyakan sekolah berjaya melaksanakan Pembelajaran Abad Ke-21 ialah kerana guru-gurunya 'very passionate' (sangat bersemangat) dengan tanggungjawab yang diberikan.
"Mereka mempunyai daya keinginan yang tinggi untuk melihat pelajar mereka berjaya. Hampir 500,000 guru. Mereka semua memberi tumpuan 100% untuk memastikan Pembelajaran Abad Ke-21 berjaya," katanya.
Kamalanathan berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali (BN-Parit Buntar) dan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) mengenai pelaksanaan PAK-21 di sekolah.
#Dewan Rakyat #guru #komitmen #Noor Azmi Ghazali #p kamalanathan #pembelajaran abad ke-21