Konflik Asia Barat: Tun M dan Erdogan senada kecam tindakan Israel

Hafizi Rosli
Mei 13, 2021 03:55 MYT
Dr Mahathir dan Erdogan mengecam tindakan Israel terhadap Palestin menerusi sesi panggilan telefon hari ini. - Gambar/BERNAMA/AP
KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan senada mengecam tindakan Israel terhadap Palestin.
Dalam muat naik video di laman Twitter, Dr Mahathir menyuarakan kehuatiran dan rasa marah terhadap apa yang dilakukan Israel terhadap rakyat Palestin.
Menerusi perkongsian itu, beliau dilihat berbual bersama Erdogan menerusi seorang jurubahasa melalui panggilan telefon, membincangkan berkenaan konflik di Asia Barat itu.
"(Erdogan) Saya juga ingin menyuarakan mengenai isu yang berlaku di Baitulmaqdis melibatkan Israel.
"(Dr Mahathir) Saya berasa khuatir mengenai apa yang berlaku dan mengecam apa yang dilakukan Israel terhadap Baitulmaqdis," kata mereka dalam temu bual telefon pada Khamis.
Dalam pada itu, Erdogan turut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Dr Mahathir.
Dr Mahathir turut berharap agar hubungan rapat dan setia kawannya bersama Erdogan akan terus kekal berpanjangan.
"(Erdogan) Saya masih ingat memori indah dengan layanan terbaik ketika mengadakan lawatan ke Malaysia pada 2019.
"(Dr Mahathir) Saya berharap hubungan rapat dan persahabatan kita akan terus berpanjangan," kata mereka.

We also took the chance to discuss Palestine. pic.twitter.com/QxbEt8LnlQ

— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) May 13, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Mahathir Mohamad #Edrogan #Turki #Israel #Palestin #Baitulmaqdis