WhatsApp perkenal ciri Chat Filters yang menunjukkan mesej belum dibaca

Amanz
April 17, 2024 05:17 MYT
Dengan sekilas pandang, mesej yang diterima dapat dilihat, bagi mengelakkan isu terlupa membaca. - Foto Amanz
WHATSAPP mengumumkan ciri baharu Chat Filters yang akan menapis mesej perbualan yang diterima oleh pengguna.
Menerusi Chat Filters, aplikasi itu kini mempunyai tab untuk kesemua mesej, mesej yang belum dibaca dan mesej dari kumpulan yang disertai oleh pengguna.
Dengan penapis ini, adalah lebih mudah untuk membaca mesej-mesej yang diterima tanpa perlu melihat susur masa yang mungkin agak panjang.
Dengan sekilas pandang mesej yang diterima dapat dilihat mengelakkan isu terlupa membaca.
WhatsApp berkata ciri ini mula diberikan kepada pengguna hari ini tetapi pengenalannya kepada semua pengguna akan dilakukan secara berperingkat dalam minggu-minggu mendatang.
#WhatsApp #Chat Filters #mesej belum dibaca #terlupa baca mesej