PUTRAJAYA: Malaysia akan berkongsi konsep 'Keluarga Malaysia, Keluarga Sejahtera' pada Persidangan Ulama Asia Tenggara 2022 yang akan diadakan Khamis ini di Subang Jaya, Selangor, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad.
"Malaysia akan menerangkan contoh yang boleh kita lihat bagaimana keharmonian kita wujudkan (dalam masyarakat majmuk) kerana tidak lain dan tidak bukan, mesti berpegang dengan Islam itu sendiri kerana Islam mengajar menghormati orang lain dan kita harap orang lain juga dapat menghormati Islam," katanya.
Bercakap dalam sidang media selepas Majlis Perhimpunan Dwi-Bulanan Agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di sini hari ini, Idris berkata, Liga Dunia Islam (MWL) memilih Malaysia sebagai tuan rumah persidangan itu kerana negara berjaya menonjolkan Islam sebagai satu agama yang harmoni, selamat dan sejahtera dalam masyarakat yang berbilang kaum dan agama.
"Banyak negara lain minta nak buat (persidangan) tetapi mereka memilih Malaysia kerana dianggap sebagai contoh sebuah negara yang mengamalkan fiqh kehidupan bersama masyarakat majmuk dan berjaya menonjolkan tentang Islam itu merupakan satu solusi yang cukup baik, agama yang damai dan sejahtera," katanya.
Persidangan sehari itu yang menghimpunkan wakil dari 20 negara di rantau Asia, akan berkongsikan tentang konsep kesatuan, keadilan dan keharmonian antara pemimpin Islam dan masyarakat serta membawa mesej penyatuan ummah.
Idris berkata, pada persidangan yang akan turut dihadiri Setiausaha Agung MWL, Sheikh Dr Mohammad Abdul Karim Al-Issa itu, 14 mufti yang mewakili Malaysia akan diberikan peluang berkongsi berkenaan hal-hal fiqh kehidupan bersama dalam masyarakat.
Pada majlis hari ini, Idris menyaksikan Ketua Pengarah Jabatan Standard Malaysia, Shaharul Sadri Alwi menyampaikan Sijil Akreditasi MS ISO/IEC 17025:2017 kepada Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Hakimah Mohd Yusoff kerana Jakim melalui Pusat Analisis Halal Malaysia (MyHAC) berjaya mendapat akreditasi itu setelah menjalani beberapa peringkat penilaian oleh Jabatan Standard Malaysia.
Skop akreditasi MS ISO/IEC 17025:2017 yang diperoleh itu adalah dalam bidang ujian analisis kimia bagi skop alkohol.
Idris dalam ucapannya berkata, pengiktirafan itu akan melonjakkan lagi nama Malaysia dan Jakim selaku badan pensijilan halal yang unggul di dunia dan dalam masa yang sama membolehkan MyHAC membuat penganalisisan dan pemantauan ke atas produk yang telah memperoleh Sijil Pengesahan Halal Malaysia.
Usai majlis, Idris melancarkan pula Program Mobiliti Tabung Haji (TH) untuk 2022, yang menyaksikan TH menyumbangkan 40 unit van dwifungsi - untuk digunakan sebagai van jenazah dan van penumpang bagi kegunaan ahli kariah - bernilai RM5.4 juta kepada masjid, surau, pusat tahfiz dan rumah kebajikan terpilih.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Amrin Awaluddin dalam kenyataan medianya berkata, TH telah menyumbang lebih 90 kenderaan dwifungsi kepada masjid, surau, pusat tahfiz serta rumah kebajikan terpilih di seluruh negara sejak diperkenalkan pada 2016. - BERNAMA
Bernama
Mon Jun 27 2022
Malaysia akan berkongsi konsep 'Keluarga Malaysia, Keluarga Sejahtera' pada Persidangan Ulama Asia Tenggara 2022 yang akan diadakan Khamis ini di Subang Jaya, Selangor, kata Datuk Idris Ahmad. - Gambar BERNAMA
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis
Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
Polis New York lakukan penahanan himpunan lewat malam
Polis New York bertindak melakukan penahanan membabitkan peserta yang terlibat dalam himpunan solidariti terhadap Palestin di Universiti New York (NYU) pada lewat malam Isnin. Penahanan itu dibuat selepas mereka didakwa mengingkari arahan amaran pihak universiti untuk bersurai dan mengosongkan plaza yang menjadi tempat mereka berkumpul.
Break The Siege: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal ditukar
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Kamarul Zaman Shaharul Anwar memaklumkan, wujud kemungkinan lokasi pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla ditukar.
Benarkan syarikat milik bukan Islam cetak Al-Quran, pengarah syarikat didenda
Seorang pengarah syarikat percetakan dijatuhi hukuman denda RM8,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa selepas mengaku salah tidak mematuhi syarat-syarat lesen untuk mencetak atau menerbitkan Teks al-Quran, bulan lepas.
Ismail Sabri terharu terima titah penghargaan Agong
Ujar Ismail Sabri, perkara itu bagaimanapun bukan datang dari hasil usaha sendiri sebaliknya melibatkan kerjasama pelbagai pihak.
Ismail Sabri hargai Perdana Menteri teruskan inisiatif Keluarga Malaysia
Antara inisiatif yang diteruskan ialah Bantuan Awal Persekolahan, Bantuan Keluarga Malaysia dan Bantuan Musim Tengkujuh.
Semarak UNITI Keluarga Malaysia, mekanisme terbaik satu padu bangsa Malaysia!
SUKM edisi ketujuh berjaya menarik lebih 3,000 pengunjung dan memberi ruang kepada semua untuk berinteraksi dan saling mengenali.
PRU15: Rakyat sambut baik Dasar Keluarga Malaysia - Ilham Centre
Kaji selidik yang dilakukan selama tiga minggu, bermula 20 Oktober hingga 6 November itu dilakukan terhadap 1,211 responden.
Banjir: Ismail Sabri arah semua agensi bantu Keluarga Malaysia
Perdana Menteri mengarahkan semua agensi termasuk Jabatan Kesihatan dan JKM memberi perhatian sepenuhnya kepada usaha membantu Keluarga Malaysia terjejas banjir.
Kerajaan umum pembinaan 700 rumah PPR di Kepala Batas, dijual serendah RM45,000
Inisiatif Keluarga Malaysia yang bernilai RM113 juta itu melibatkan pembinaan 700 unit rumah pangsa empat tingkat di Alor Pongsu, Seberang Perai Utara.
Ekonomi negara semakin pulih hasil toleransi Keluarga Malaysia - PM
Sikap toleransi yang ditonjolkan rakyat dalam Keluarga Malaysia membolehkan ekonomi negara terus bangkit.
Deepavali disambut meriah seperti sebelum pandemik COVID-19
Penganut agama Hindu kini dapat melakukan upacara sembahyang beramai-ramai di kuil dan menganjurkan rumah terbuka.
Bajet 2023: Membina daya tahan ekonomi demi rakyat Malaysia
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata Bajet 2023 memegang prinsip responsif, responsible dan reformis.
Banjir: Premis awam, sekolah berasrama akan digunakan sebagai PPS
Langkah tersebut sebagai persiapan menghadapi Monsun Timur Laut, dan memastikan keselesaan Keluarga Malaysia jika berdepan bencana kelak.