KUALA LUMPUR: Minggu lalu, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) tampil menjawab persoalan besar berhubung kontroversi pemilikan berjuta unit saham dikaitkan dengan Azam sekitar tahun 2015 hingga 2016.

Azam dalam satu sidang media menafikan sekeras-kerasnya tuduhan mempunyai kawalan ke atas banyak syarikat termasuk syarikat konglomerat seperti yang didakwa.

Beliau memberi alasan akaun saham itu digunakan oleh adiknya, Datuk Nasir Baki dalam urus niaga, dan mengakui tidak mempunyai kepentingan atau manfaat terhadap saham yang dibeli.

Bagaimanapun, sebilangan ahli politik, pengamal undang-undang dan agensi penyelidikan bebas berpandangan penjelasan dikemukakan Azam dan LPPR sebenarnya mengundang lebih banyak persoalan berbanding penyelesaian.

Pelbagai cadangan dikeluarkan pelbagai pihak. Pelbagai cadangan dikeluarkan pelbagai pihak. Ada yang mencadangkan beliau direhatkan daripada tugas sementara siasatan dibuat. Ada yang mencadangkan pengurusan SPRM disemak semua dan dirombak. 

Dan bagaimana pula dengan aspek kepimpinan? Bagaimana aspek politik mempengaruhi fahaman masyarakat tentang sistem integriti, pencegahan rasuah dan pengurusan persepsi terhadap SPRM?

Ikuti perbincangannya malam ini jam 8.30 dalam Dialog Tiga Penjuru bersama Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Pengarah Eksekutif Pusat Bagi Memerangi Rasuah dan Kroni (C4), Cynthia Gabriel dan Pengasas Pusaka, penulis dan wartawan, Eddin Khoo.