SERDANG: Memastikan calon Perikatan Nasional (PN) bersih, berintegriti dan bebas rasuah dengan mewajibkan mereka melepasi tapisan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), adalah antara 15 resolusi yang diluluskan dalam Konvensyen PN 2022, hari ini.
Menerusi resolusi itu, calon PN perlu mengisytiharkan harta dan memastikan mereka tiada kes mahkamah, seterusnya membuat aku janji untuk menolak rasuah serta salah guna kuasa.
Selain itu, memperkasa peluang melanjutkan pelajaran dan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), menyediakan pekerjaan berpendapatan tinggi bagi anak muda dan wanita, serta menampilkan calon boleh menang dalam kalangan tersebut dengan kuota sekitar 30 peratus untuk Pilihan Raya Umum ke-15 termasuk dalam resolusi itu.
Resolusi PN turut menetapkan untuk meningkatkan kecekapan tadbir urus kewangan dan penyampaian perkhidmatan institusi kerajaan tanpa campur tangan politik atau salah guna kuasa serta menjadikan prinsip "Prihatin Rakyat, Berintegriti dan Bebas Rasuah" sebagai landasan utama perjuangannya.
Mengenai ekonomi, PN menerusi resolusi itu bertekad membangunkan ekonomi berimpak tinggi untuk meningkatkan pendapatan rakyat dan menjadikan Malaysia sebagai negara maju, makmur dan sejahtera.
Pada masa sama, resolusi itu memutuskan untuk memajukan sektor pendidikan dengan digitalisasi, mengurangkan jurang pencapaian pendidikan bandar dan luar bandar, mempercepat penyediaan dan pembaikan infrastruktur serta memperkukuhkan ekosistem pendidikan termasuk kurikulum bagi memperkasakan kemenjadian murid.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 27 2022
Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama pemimpin PN ketika upacara memotong kek dan pulut kuning sempena ulang tahun PN pada Konvensyen PN 2022 di MAEPS hari ini. - Bernama
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Konvensyen Perikatan Nasional 2022 lulus 15 resolusi
Antara lain, calon PN perlu mengisytiharkan harta dan memastikan mereka tiada kes mahkamah, seterusnya membuat aku janji untuk menolak rasuah serta salah guna kuasa.
PRU15: Segerakan pembahagian kerusi PN, mudahkan gerak kerja
Perikatan Nasional (PN) perlu menyegerakan pembahagian kerusi dalam kalangan parti-parti gabungan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).