Polis kontinjen Johor tidak akan teragak-agak mengambil tindakan dari segi perundangan jika berlaku pelanggaran undang-undang yang boleh menimbulkan ketegangan kepada masyarakat sepanjang Konvoi Bersih 5 di negeri ini.
Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Zakaria Ahmad berkata pihaknya akan memantau pergerakan Konvoi Bersih 5 bagi memastikan bahawa keadaan keselamatan dan kententeraman awam sentiasa terkawal.
"Sehingga kini konvoi Bersih 5 di negeri Johor adalah terkawal namun pihak polis akan sentiasa melakukan pemantauan bagi memastikan bahawa mereka (penganjur) tidak melanggar undang-undang yang telah ditetapkan," katanya kepada pemberita pada sidang media majlis kembara kapcai 'Pengawasan Berprofil Tinggi' Polis Kontinjen Johor ketika singgah di bandar Muar hari ini.
Program kembara sejauh 500 kilometer yang disertai oleh 150 anggota dan pegawai itu bermula di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Johor merentasi daerah Batu Pahat, Muar, Melaka dan Tangkak sebelum kembali IPK Johor esok.
Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Polis Daerah Muar, ACP Azman Ayob.
Konvoi Bersih 5 dari Batu Pahat ke Muar dijadual berlangsung esok di Pekan Parit Bakar, Muar.
Zakaria menasihati orang ramai agar tidak menyertai atau terlibat dengan kelompok peserta Bersih 5 bagi memastikan keadaan terkawal dan tidak tercetus elemen yang boleh membawa kepada unsur perpecahan di negara ini.
Dalam perkembangan lain, Zakaria berkata kejadian jenayah di Johor semakin terkawal setelah indeks jenayah negeri Johor dan daerah Muar menurun sebanyak empat peratus bermula awal Januari hingga semalam.
"Pihak polis akan terus berusaha melipat gandakan usaha bagi memastikan indeks jenayah menurun, saya suka nasihatkan orang ramai agar terus menyalurkan maklumat kepada polis agar kejadian jenayah dapat dibendung dari awal," katanya.
Mengulas mengenai program kembara itu, beliau berkata program berkenaan yang kali pertama dianjurkan oleh Polis Johor akan dikaji untuk penambahbaikan pada tahun berikutnya.
"Program ini penting bagi membina jati diri anggota polis di samping menjalankan tanggung jawab sosial polis kepada orang ramai selaras dengan tema Hari Polis 2016 iaitu 'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada'," katanya.
Zakaria berkata program itu membuka ruang kepada polis mendekati orang ramai dan pihaknya turut menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan dalam bentuk wang tunai dan barang keperluan kepada anak yatim dan juga masjid. -- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 22 2016
Polis kontinjen Johor tidak akan teragak-agak mengambil tindakan dari segi perundangan jika berlaku pelanggaran undang-undang yang boleh menimbulkan ketegangan kepada masyarakat sepanjang Konvoi Bersih 5 di negeri ini. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Konvoi Bersih 5: Polis akan ambil tindakan jika ada pelanggaran undang-undang
Polis kontinjen Johor tidak akan teragak-agak mengambil tindakan dari segi perundangan jika berlaku pelanggaran undang-undang yang boleh menimbulkan ketegangan kepada masyarakat.