Huanggang dipercayai bandar kedua diletakkan di bawah perintah berjaga-jaga selepas bandar Wuhan dikuarantin selepas tercetus wabak koronavirus baharu.

Selain itu, pengangkutan bawah tanah dihentikan dan acara awam yang besar dibatalkan, manakala doktor mengenakan pakaian pelindung penuh ketika merawat pesakit dijangkiti virus berkenaan.

Portal BBC News melaporkan, pihak berkuasa di bandar Huanggang telah menggantung sistem pengangkutan dan mengarahkan penutupan restoran dan pawagam dalam usaha mengelakkan penyebaran berlaku.

Wuhan kini diletakkan dalam kuarantin dengan penerbangan dan perkhidmatan kereta api keluar dari bandar itu digantung.

Selain itu, pengangkutan bawah tanah dihentikan dan acara awam yang besar dibatalkan, manakala doktor mengenakan pakaian pelindung penuh ketika merawat pesakit dijangkiti virus berkenaan.

Keseluruhan penduduk dikuarantin dianggar seramai kira-kira 20 juta orang

Huanggang, merupakan sebuah bandar wilayah yang terletak di daerah Hubei paling timur, China dan mempunyai populasi seramai 7.5 juta penduduk.

Ia terletak kira-kira 75 kilometer dari bandar Wuhan – bandar yang mempunyai penduduk seramai 11 juta dan menjadi hab utama pelancongan.

Selain itu, ia berada di sebelah utara bahagian tengah Sungai Yangtze dan dikelilingi Pergunungan Dabie yang dinamakan sempena Gunung Huanggang.

Bersempadan dengan Henan di sebelah utara, Anhui di bahagian timur dan Jiangxi di selatan.

terletak kira-kira 50 kilometer di timur Wuhan

Pada masa sama, Ezhou yang merupakan sebuah lagi bandar berdekatan yang mempunyai lebih sejuta orang turut mengambil langkah membuat sekatan yang sama.

Untuk itu, ia menjadikan bandar tersebut sebagai bandar ketiga yang mengikut perintah kuarantin dan menjadikan jumlah keseluruhan penduduk yang akan dikuarantin seramai kira-kira 20 juta orang.

Kerajaan tempatan Huanggang, dalam satu kenyataan di laman webnya, juga berkata panggung teater, kafe internet serta pusat hiburan dan kebudayaan lain di pusat bandar juga akan dihentikan operasi buat sementara waktu.

Bermula Khamis, pihak kerajaan tempatan juga memaklumkan pihaknya akan memeriksa setiap individu dan kenderaan yang keluar masuk dari pusat bandar.