JASIN: Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka menafikan terdapat pembabitan kartel yang mengawal harga sayur-sayuran sekali gus menyebabkan harganya meningkat.
Pengarahnya Norena Jaafar berkata sebaliknya harga sayur-sayuran di negeri itu bergantung kepada kuantiti yang diperoleh peniaga kebanyakannya daripada pembekal di Pasar Borong Kuala Lumpur di Selayang selain Cameron Highlands dan petani tempatan di negeri itu.
"Setakat ini di Melaka memang tiada pembabitan kartel seperti yang didakwa berlaku di pasar lain di luar negeri ini dan kenaikan harga sayur-sayuran adalah disebabkan faktor lain seperti kekurangan bekalan serta cuaca.
"Harga jualan sayur-sayuran di Melaka bergantung kepada berapa banyak bekalan yang dibeli peniaga dan kos pengangkutan," katanya kepada pemberita selepas meninjau sebuah pasar raya di sini, pada Jumaat.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar zsemalam berkaitan dakwaan Pengerusi Persatuan Pekebun Melayu Cameron Highlands Datuk Syed Abd Rahman Syed Abd Rashid bahawa semua pasar di seluruh negara mempunyai harga kartel sendiri yang telah ditetapkan mengikut kawasan tersebut.
Turut serta pada tinjauan berkenaan ialah Exco Perpaduan Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna negeri Ngwe Hee Sem dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim Datuk Khaidhirah Abu Zahar.
Mengulas lanjut, Norena berkata bekalan sayur-sayuran di Melaka dijangka akan mengalami gangguan dalam tempoh beberapa hari ini kerana terputus bekalan daripada pembekal di Cameron Highlands ekoran kejadian tanah runtuh Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands semalam.
Beliau berkata situasi itu juga dikhuatiri akan menyebabkan berlaku peningkatan harga jualan sayur-sayuran di negeri itu.
"Bagaimanapun berdasarkan pemantauan yang dijalankan di pasar, pasar raya dan kedai runcit mendapati harga sayur-sayuran yang dijual masih berpatutan dan rendah berbanding negeri lain seperti di Kuala Lumpur dan ia turut dipengaruhi oleh kos sara hidup yang rendah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 03 2021
KPDNHEP Melaka menafikan terdapat pembabitan kartel yang mengawal harga sayur-sayuran sekali gus menyebabkan harganya meningkat. -Gambar hiasan
Pelajar maut rentas desa: 'Guru sedaya upaya cuba selamatkan Nuqman'
Masyarakat diharap tidak menyebarkan maklumat salah berhubung kematian pelajar di sebuah sekolah menengah ketika menyertai kejohanan merentas desa pada Jumaat.
Awas taktik penipuan beri hadiah percuma ke rumah
Orang ramai diingatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan pemberian hadiah percuma dari rumah ke rumah, yang dipercayai menjadi taktik terbaharu sindiket penipuan.
Beras di tapak pelupusan sampah di Temerloh tidak selamat dimakan
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) jelaskan beras yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak selamat untuk dimakan.
Pelajar sekolah meninggal dunia ketika merentas desa
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.
Batik Air gantung operasi ke Istanbul bermula 1 Mei 2024
Menerusi satu kenyataan pada Jumaat, syarikat penerbangan itu berkata keputusan itu dibuat sebagai respons terhadap situasi di Timur Tengah yang memberi kesan kepada laluan penerbangan Batik Air.
Pertimbangan pelayaran misi Break the Siege Of Gaza Freedom Flotilla
Misi Break the Siege Of Gaza Freedom Flotilla akan tetap diteruskan di sebalik konflik terbaharu antara Israel dan Iran.
Perkara itu disahkan Jurucakap Freedom Flotilla Coalition (FFC), ann wright pada sidang media di Istanbul Turki.
Wartawan kami, Syaff Shukri yang menyertai misi itu ada perincian.
Perkara itu disahkan Jurucakap Freedom Flotilla Coalition (FFC), ann wright pada sidang media di Istanbul Turki.
Wartawan kami, Syaff Shukri yang menyertai misi itu ada perincian.
Penipuan SMS 'syarikat telco' dikesan kembali aktif
Taktik penipuan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang kononnya dihantar daripada syarikat telekomunikasi terkenal dikesan kembali aktif sejak awal tahun ini.
Polis cari saksi kemalangan maut di Bagan Lalang
Polis sedang mengesan individu atau saksi yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan maut membabitkan dua buah kenderaan yang berlaku di persimpangan lampu isyarat Bagan Lalang, pada Rabu.
Lelaki dipenjara dua tahun, cederakan adik kandung guna pisau pemotong daging
Seorang lelaki dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen Selayang kerana mencederakan adiknya menggunakan sebilah pisau pemotong daging.
Perang Iran-Israel: Malaysia pantau kesan terhadap ekonomi - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri memantau rapat perkembangan ketegangan geopolitik di Asia Barat termasuk membabitkan Iran dan Israel susulan letupan di Isfahan hari ini.
KPDNHEP Melaka nafi pembabitan kartel kawal harga sayur
Harga jualan sayur-sayuran di Melaka bergantung kepada berapa banyak bekalan yang dibeli peniaga dan kos pengangkutan.
Pengguna dinasihat buat aduan rasmi jika harga barang meningkat - KPDNHEP
Pengguna disarankan supaya menyalurkan aduan secara rasmi kepada KPDNHEP, jika terdapat sebarang kenaikan harga barangan secara drastik.