KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memperuntukkan RM300,000 termasuk baucar hadiah berjumlah RM200,000, untuk promosi Program Jualan Malaysia (PJM) 2022 Jom Shop Raya @ Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) yang berlangsung selama sebulan dari 16 April hingga 15 Mei depan.
Program dengan kerjasama Persatuan Peruncit Batu Road (BARRA) itu membolehkan, pelanggan dengan pembelian RM100 ke atas mendapat baucar bernilai RM20, di lebih 70 kedai berdaftar dengan BARRA di lokasi berkenaan.
Timbalan Menteri berkenaan Datuk Rosol Wahid berkata ia bagi menggalakkan rakyat Malaysia berbelanja, melalui pemberian baucer yang memberikan penjimatan dalam kos belanja rakyat khususnya golongan B40, untuk membeli barangan keperluan menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri.
Beliau berkata selain itu, ia diharap dapat membantu para peniaga di sekitar Jalan TAR yang terkesan akibat pandemik COVID-19, sejak dua tahun lepas.
"Para peniaga di sekitar Jalan TAR mengalami fasa sukar kerana kurangnya kehadiran pelanggan, disebabkan oleh pelaksanaan sekatan rentas negeri dan sempadan pada tahun tersebut," katanya ketika berucap melancarkan program berkenaan di sini pada Selasa.
Dalam sidang media selepas itu, Rosol menyeru pemilik kenderaan untuk membuat laporan kepada KPDNHEP, sekiranya merasakan membayar harga yang tinggi ketika menyelenggara kenderaan mereka.
"Kalau ada hal yang berlaku sebegitu, diharapkan dapat mengadu kepada kita (jadi) boleh kita siasat," katanya.
Beliau berkata pengguna juga perlu mengambil resit sebagai bukti urusniaga berkenaan.
Akhbar Sinar Harian dalam laporannya menyebut, pengguna mendakwa mengeluarkan belanja antara RM200 hingga RM500 untuk melakukan penyelenggaraan kereta asas, seperti menukar minyak enjin dan memeriksa pendingin hawa disebabkan berlaku peningkatan harga upah, alat ganti dan minyak hitam.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 19 2022
Rosol menyantuni para pengunjung ketika hadir meninjau keadaan di sekitar Jalan TAR selepas melancarkan Program Jualan Malaysia Jom Shop Raya @ Jalan TAR, Kuala Lumpur, 19 April. --fotoBERNAMA
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis
Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
Polis New York lakukan penahanan himpunan lewat malam
Polis New York bertindak melakukan penahanan membabitkan peserta yang terlibat dalam himpunan solidariti terhadap Palestin di Universiti New York (NYU) pada lewat malam Isnin. Penahanan itu dibuat selepas mereka didakwa mengingkari arahan amaran pihak universiti untuk bersurai dan mengosongkan plaza yang menjadi tempat mereka berkumpul.
Break The Siege: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal ditukar
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Kamarul Zaman Shaharul Anwar memaklumkan, wujud kemungkinan lokasi pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla ditukar.
Benarkan syarikat milik bukan Islam cetak Al-Quran, pengarah syarikat didenda
Seorang pengarah syarikat percetakan dijatuhi hukuman denda RM8,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa selepas mengaku salah tidak mematuhi syarat-syarat lesen untuk mencetak atau menerbitkan Teks al-Quran, bulan lepas.
Langkah Dubai: Rosol yakin kerajaan akan bertukar
Ini kerana rakyat ketika ini tidak berpuas hati berhubung isu melanda negara terutama melibatkan kos sara hidup serta kenaikan harga barang.
PRU15: PN Terengganu kemuka senarai calon pada 3 Nov - Rosol
Perikatan Nasional (PN) akan mengemukakan senarai calon yang akan bertanding di lapan kerusi Parlimen di Terengganu pada PRU15, 3 November depan.
Kartel ayam: MyCC lanjut tempoh representasi lima syarikat ke 19 Disember
Representasi itu bagi tujuan untuk pihak terbabit mengemukakan bukti sekali gus menafikan kesalahan menaikkan kuantum harga makanan ternakan itu sebelum ini.
Bekalan makanan cukup sempena Deepavali - Rosol
Bekalan makanan dan keperluan pada musim perayaan Deepavali dijamin mencukupi, kata Timbalan Menteri Perdagangan dan Hal Ehwal Dalam Negeri Datuk Rosol Wahid.
Perkasa peranan Rakan KPDNHEP melalui pemberian insentif
Kini terdapat lebih 800,000 Rakan KPDNHEP yang berdaftar di seluruh negara, namun hanya 10 peratus yang benar-benar aktif.
KPDNHEP akan bincang dengan pembekal isu bekalan telur ayam - Rosol
KPDNHEP akan berbincang dengan pihak pembekal telur ayam di negara ini bagi menyelesaikan masalah bekalan bahan makanan itu yang disifatkan tidak stabil di pasaran.
Lebih ramai penduduk pedalaman, luar bandar nikmati harga barang lebih murah tahun depan
Peruntukan RM200 juta melalui Bajet 2023 bagi menampung kos pengangkutan untuk Program Penyeragaman Harga dan Pengedaran Barang Perlu.
KPDNHEP teruskan Program Food Bank Malaysia bantu mangsa banjir
Bagi membantu mangsa banjir sebagai persiapan menghadapi musim tengkujuh yang dijangka melanda tidak lama lagi.
KPDNHEP bincang isu bekalan telur ayam Isnin ini
Rosol berkata, ketika ini situasi bekalan telur ayam di dalam negara masih terkawal.
KPDNHEP rancang adakan KBM lebih besar tahun hadapan
Karnival itu akan diadakan seperti MAHA yang mengumpulkan semua barangan tempatan di One-Stop Showcase.