PUTRAJAYA: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengalu-alukan Jabatan Audit Negara untuk menjalankan audit terhadap mana-mana jabatan dan agensi di bawah kementerian itu bagi memastikan prinsip integriti dipatuhi.
Menterinya Nga Kor Ming dalam kenyataan hari ini berkata ia antara perkara yang dinyatakan kepada Ketua Audit Negara Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi ketika sesi kunjungan beliau ke pejabat Nga di Putrajaya semalam.
Dalam sesi perbincangan itu, Nga menegaskan komitmen KPKT terhadap tatakelola yang baik, pengurusan perbelanjaan berhemah serta pelaksanaan dasar berkesan.
Untuk rekod, KPKT telah diiktiraf sebagai kementerian bertaraf platinum oleh My Government Performance Index (MyGPI) yang mengutamakan tatakelola cemerlang.
Menurut Nga, impak pembaharuan yang diterajui oleh Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dibuktikan semasa sesi Dewan Rakyat kali ini.
"Buat kali pertama, Parlimen ada sesi soal jawab Perdana Menteri (PMQT), laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) telah berjaya dibentang dan dibahas oleh 71 Ahli Parlimen serta digulung oleh 17 orang menteri selama tiga hari dalam Dewan Rakyat.
"Tambahan pula, laporan Ketua Audit Negara buat kali pertama dalam sejarah juga dibahas oleh 53 orang Ahli Parlimen serta digulung oleh 17 menteri selama dua hari dalam Dewan Rakyat," katanya menambah kedua-dua amalan reformasi itu mencerminkan komitmen kerajaan yang telus dan menjunjung prinsip akauntabiliti.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 12 2024
Dalam sesi perbincangan itu, Nga menegaskan komitmen KPKT terhadap tatakelola yang baik, pengurusan perbelanjaan berhemah serta pelaksanaan dasar berkesan. - Foto FB Nga Kor Ming
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
KPKT salur RM1.21 juta kepada PBT jayakan tujuh kempen persekitaran sepanjang 2024
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menyalurkan RM1.21 juta kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menjayakan Kempen Persekitaran KPKT sepanjang 2024.
Belanjawan 2025: KPKT kemuka 33 cadangan berimpak tinggi
Antara lain, KPKT menyasarkan untuk membangunkan 100 Taman Rekreasi MADANI yang dilengkapi alat sukan dan trek joging di kawasan perumahan.
KPKT peruntuk RM14 juta bina semula Pasar Pasir Pinji Ipoh
KPKT menyalurkan peruntukan RM14 juta bagi pembinaan semula Pasar Pasir Pinji di Ipoh, yang bakal menempatkan 214 peniaga.
KPKT alu-alukan audit terhadap jabatan dan agensi, pastikan integriti dipatuhi
KPKT mengalu-alukan Jabatan Audit Negara untuk menjalankan audit terhadap mana-mana jabatan dan agensi di bawah kementerian itu.
Penyasaran subsidi diesel: Harga rumah mampu milik kekal
Harga rumah mampu milik kekal RM300,000 ke bawah meskipun penyasaran subsidi diesel dilaksanakan.
KPKT peruntuk RM500,000 naik taraf Gerbang Malam di Ipoh - Kor Ming
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan RM500,000 bagi kerja-kerja menaik taraf pasar Gerbang Malam yang terletak di Jalan Dato Tahwil Azar.
KPKT sasar 50 PBT laksana inisiatif baharu, perkemas prosedur OSC
KPKT menyasarkan 50 PBT untuk melaksanakan inisiatif Industrial Green Lane, Prerequisite dan Self-Regulation tahun ini.
JBPM kini miliki kekuatan hampir 30,000 pegawai, anggota - Reezal Merican
Jumlah itu terdiri daripada 13,000 pegawai dan anggota tetap, lebih 2,000 pegawai bomba bantuan serta lebih 13,000 pegawai bomba sukarela.
KPKT bangunkan Indeks Harga Rumah Mampu Milik
Indeks tersebut wajar diadakan memandangkan standard atau definisi rumah mampu milik bagi lain-lain lokaliti malahan negeri adalah berbeza.
Kanak-kanak jatuh bangunan: Cadangan penghadang lebih tinggi perlu dikaji - KPKT
Cadangan agar pemaju projek perumahan bertingkat atau berstrata membina penghadang yang lebih tinggi bagi mengelakkan kanak-kanak terjatuh dari bangunan perlu diberi perhatian.