KUALA LUMPUR: Kerajaan telah memberikan tempoh pengecualian kepada pemaju projek-projek perumah sakit di bawah Akta 829 dan Akta A1641 oleh Jabatan Perumahan Negara, berdasarkan justifikasi yang dibenarkan, Dewan Rakyat diberitahu pada Isnin.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata, langkah itu diambil memandangkan kebanyakan projek perumahan yang sedang berjalan, tidak dapat disiapkan mengikut tempoh, seperti dalam Perjanjian Jual Beli (PJB).
Ahli Parlimen Maran itu berkata, pemberian tempoh pengecualian ini menyebabkan tarikh serahan milikan kosong (Vacant Possession - VP) yang asal berubah kepada tarikh baharu.
"Pelaksanaan PKP ini secara tidak langsung telah menjejaskan ekonomi di mana ia mengehadkan pergerakan rakyat serta melarang pengoperasian sektor-sektor bukan kritikal termasuk sektor pembinaan industri perumahan. Ini menyebabkan pembinaan projek perumahan tidak dapat disiapkan atau tergendala.
"Senarai pemaju yang memperolehi kelulusan pengecualian tempoh perintah kawalan pergerakan bagi pemajuan yang terjejas kerana penularan wabak COVID-19 boleh di muat naik melalui laman sesawang https://ehome.kpkt.gov.my,” katanya lagi.
Terdahulu, Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Azizah Md Dun ingin mengetahui tindakan Kementerian agar pembeli rumah pertama, tidak terbeban dengan caj penuh bayaran balik pinjaman bank akibat projek rumah tergendala yang semakin menjadi-jadi, pasca COVID-19.
Dalam pada itu, Ismail berkata, Bank Negara Malaysia telah melaksanakan pemberian moratorium menerusi institusi kewangan bagi tempoh 6 bulan dan dilanjutkan kepada moratorium bersasar untuk tempoh 3 bulan atau pengurangan bayaran ansuran sebanyak 50 peratus selama enam bulan.
Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) juga akan memainkan peranan penting untuk menyediakan kemudahan pembiayaan kepada penjawat awam yang ingin membeli rumah.
KPKT, dengan kerjasama Kementerian Kewangan Malaysia melalui Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) pula, katanya lagi, telah memperkenalkan Skim Bantuan Khas iaitu penangguhan bayaran balik ansuran bulanan selama enam (6) bulan kepada peminjam LPPSA yang layak.
"Permohonan untuk mendapatkan Skim Bantuan Khas ini dibuka mulai 4 Februari 2022 sehingga 31 Disember 2022 melalui portal rasmi LPPSA.
“Sehingga 5 Julai 2022, sebanyak 1,683 permohonan telah diterima dan 1,613 permohonan telah diluluskan oleh LPPSA," katanya lagi.
Firdaus Azil
Mon Jul 25 2022
Pemberian tempoh pengecualian itu menyebabkan tarikh serahan milikan kosong (Vacant Possession - VP) yang asal, berubah kepada tarikh baharu. - Gambar hiasan
Lelaki ditemui mati dengan 10 tetakan, seorang dicekup
Mangsa yang berbangsa Kayan, berusia 57 tahun, disyaki diserang menggunakan objek tajam.
Parti politik India perhebat dekati pengundi, bagi pusingan pertama pilihan raya kebangsaan
Modi berkata kerajaannya terus berusaha untuk pembangunan ekonomi wilayah timur laut itu.
Piala Asia B-23: Kesilapan individu hukum Harimau Muda berdepan Uzbekistan
Skuad negara ketinggalan di awal permainan berpunca kesilapan Muhamad Syahir Bashah yang menjatuhkan Ruslanbek Jiyanov dalam kotak penalti.
Pindah kerja atau kekal, gaji bukan sebab utama bagi pekerja Malaysia - Kaji selidik
Keinginan untuk mencari cabaran baharu sebagai sebab utama mengapa mereka memilih untuk berpindah tempat kerja di seluruh Asia.
Risiko konflik jejaskan jumlah kapal, pelayaran lebih lama pada separuh tahun pertama
Laluan Tanjung Harapan di Afrika menokok 4,000 batu kepada jarak pelayaran dan tambahan dua minggu masa transit.
Trafik internet Malaysia meningkat enam peratus pada suku pertama 2024 - Cloudflare
Malaysia catat peningkatan trafik internet keseluruhan sebanyak enam peratus pada suku pertama 2024 daripada suku keempat 2023.
Detik 100 hari ke Olimpik Paris, prospek negara masih samar
Genap 100 hari, atlet elit dari seluruh dunia dan ratusan ribu peminat sukan bakal berkumpul di Sungai Seine, Paris untuk upacara perasmian Sukan Olimpik 2024.
Gempa kuat bermagnitud 6.3 landa Jepun - MetMalaysia
Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 dikesan di Shikoku, Jepun pada 10.14 malam tadi.
Thailand, New Zealand tingkat hubungan dua hala
Thailand dan New Zealand bersetuju meningkatkan hubungan dua hala mereka kepada perkongsian strategik menjelang 2026.
Ia sekaligus menandakan langkah penting ke hadapan dalam kerjasama kedua-dua negara yang telah lama terjalin.
Ia sekaligus menandakan langkah penting ke hadapan dalam kerjasama kedua-dua negara yang telah lama terjalin.
Penumpang HSR Jakarta-Bandung cecah 2.56 juta orang
Pada masa ini, perjalanan kereta api harian kereta api itu telah meningkat daripada 14 kepada 52 dan bilangan tempat duduk penumpang melonjak daripada 8,400 kepada lebih 31,000.
UNDP, Malaysia teruskan kerjasama pemantapan institusi legislatif, pembangunan bakat dan belia
Johari dan Xu terlibat dalam perbincangan yang membuahkan hasil positif dalam pelbagai bidang khususnya mengenai pemerkasaan Parlimen.
Enam Ahli Parlimen Bersatu tidak perlu kosongkan kerusi - Nazri
Beliau menegaskan perkara itu merupakan asas utama akta tersebut dicadangkan dan dibentangkan di parlimen pada tahun 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 27 Mac 2024.
Dewan Rakyat ditangguh selepas 19 hari bersidang
Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 melabuhkan tirai hari ini selepas 19 hari bersidang bermula 26 Feb lepas.
Parlimen: 2.1 juta murid manfaatkan penggunaan DELIMa
Inisiatif itu mengandungi pelbagai perkhidmatan, aplikasi dan kandungan yang ditambah baik secara berterusan sesuai dengan perkembangan teknologi yang terkini.
Trend serangan siber meningkat - Gobind
Bagaimanapun katanya, terdapat perkembangan positif direkodkan pada 2023 apabila hanya 3,232 kes dilaporkan kepada NACSA.
Parlimen: Cadangan pindaan Akta Rukun Tetangga sedang dikemas kini - Saraswathy
Beliau berkata pindaan itu akan memberikan lebih fokus kepada inisiatif rukun tetangga yang sedang dilaksanakan pada masa ini.
Parlimen: Hasil kerajaan diunjur meningkat kepada RM312.2 bilion pada 2024
Hasil kerajaan Persekutuan pada tahun ini diunjurkan meningkat kepada RM312.2 bilion selepas mengambil kira langkah cukai Belanjawan 2024, disumbangkan kutipan hasil cukai yang lebih tinggi.
265 taska tempat kerja berdaftar dengan JKM tahun lepas
Sebanyak 265 taman asuhan kanak-kanak (Taska) di tempat kerja berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara sepanjang tahun lepas membabitkan agensi kerajaan dan swasta.
Gaji guru Pasti: Semua kena patuh Akta Kerja 1955 - KPM
Sebelum ini, tular satu memo daripada JTKSM mengenai arahan siasatan pemeriksaan berkanun terhadap Pasti.