KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan mengutip kira-kira 20,000 kilogram sisa pepejal sempena sambutan 'World Cleanup Day 2021' peringkat kebangsaan sepanjang 14 hari program itu yang bermula 6 Sept lepas.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata pelbagai pengisian program telah diatur dan ia akan diadakan secara dalam talian sepenuhnya disebabkan negara masih berdepan dengan pandemik COVID-19.
"Pelaksanaan komponen utama dalam World Cleanup Day adalah seperti aktiviti pembersihan kawasan dan audit sisa. Setiap peserta boleh menjalankan aktiviti pembersihan kawasan dan audit sisa secara individu atau bersama keluarga di kawasan perumahan masing-masing.
"Pelbagai sesi webinar dan pertandingan juga dianjurkan sepanjang sambutan ini yang boleh diikuti melalui platform Facebook Rasmi SWCorp atau KPKT antaranya Cilik World Cleanup Day Tahun 2021, Women World Cleanup Day, Tiktok Cleanup Challenge dan kuiz dengan hadiah terkumpul berjumlah RM22,000," katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV bertajuk 'Keluarga Malaysia, Bersihkan Malaysia' malam tadi.
Mengulas lanjut, Ismail berkata sebanyak 100 agensi dan badan bukan kerajaan akan mengambil bahagian melibatkan 14 negeri dengan jangkaan penyertaan seramai 5,000 sukarelawan.
"Kita mahu gaya hidup menjaga kebersihan ini bukan bersifat sekali sahaja sebaliknya berpanjangan, kita mahu tanamkan sedalamnya kesedaran supaya jadikan kebersihan cara hidup berterusan, bukan pada sambutan World Cleanup Day sahaja," katanya.
World Cleanup Day adalah sambutan di peringkat dunia yang melibatkan aktiviti pembersihan kawasan persekitaran secara serentak dan ia mula dianjurkan oleh sebuah organisasi antarabangsa iaitu Let's Do It World yang berjaya menyatukan 180 negara di seluruh dunia pada 2019 demi sebuah planet yang bersih.
Ini merupakan sambutan kali kedua World Cleanup Day anjuran SWCorp di Malaysia selepas penganjuran sama tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 16 2021
Sebanyak 100 agensi dan badan bukan kerajaan akan mengambil bahagian dalam World Cleanup Day 2021, melibatkan 14 negeri dengan jangkaan penyertaan seramai 5,000 sukarelawan. - Foto Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam - SWCorp
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
KPKT jangka kutipan 20,000 kilogram sisa pepejal melalui program 'World Cleanup Day'
Pelbagai pengisian program telah diatur dan ia akan diadakan secara dalam talian sepenuhnya.