BALIK PULAU: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) membantu mempromosikan rumah inap desa di seluruh negara dalam usaha menarik semula pelancong dalam dan luar negara untuk bercuti di sini bagi merancakkan lagi ekonomi.
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar II Datuk Hasbi Habibollah berkata, usaha promosi itu juga antara lain bagi membantu dan memulihkan semula inap desa yang terjejas akibat pandemik COVID-19 sejak dua tahun lepas.
"Sepanjang lebih dua tahun memberi impak ekonomi yang teruk kepada pengusaha-pengusaha inap desa, malah ada antara mereka yang terpaksa menutup operasi akibat ketiadaan pelancong, kita yakin pelancong akan kembali menginap dan memeriahkan semula aktiviti pelancongan berkonsepkan inap desa ini selepas kita berada pada pascapandemik COVID-19.
''Selain daripada menggunakan media sosial, KPLB turut mempromosi pameran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), ekspo-ekspo keusahawanan, pameran-pameran agensi, karnival usahawan desa (KUD) dan lain-lain,'' katanya kepada pemberita selepa merasmikan program Visit My Kampung@Homestay Pulau Betong, di Sekolah Kebangsaan Tan Sri Awang Had Salleh, di sini hari ini.
Hasbi berkata berdasarkan promosi yang dijalankan, pihaknya yakin pelancong asing berminat untuk datang semula kerana mereka pernah menginap di inap-inap desa di kawasan kampung.
Katanya selain bantuan promosi daripada KPLB, para pengusaha inap desa juga disarankan untuk meningkatkan serta memperkemas infrastruktur di inap desa masing-masing untuk menyambut kedatangan pelancong.
"Selain itu, setiap kawasan inap desa juga mempunyai tarikan yang tersendiri seperti di Balik Pulau yang tarikannya adalah durian dan pengusaha inap desa tahu apa yang pelancong mahukan jadi mereka perlu tingkatkan infrastruktur sedia ada untuk kemudahan pelancong yang menginap," katanya.
Beliau berkata walaupun aktiviti ekonomi yang dilaksanakan adalah perniagaan inap desa, tidak semestinya pengusaha tidak boleh bersaing dengan perkhidmatan penginapan yang lain seperti hotel, Airbnb dan sebagainya.
''Kita mempunyai ciri perniagaan yang unik dan eksentrik, untuk menjadikan perniagaan berimpak tinggi kita seharusnya bergerak sejajar dengan perkembangan teknologi serta perlu evolusi ke arah perkembangan tersebut," katanya.
Sementara itu, Hasbi berkata KPLB menerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) memperuntukkan geran sebanyak RM4.45 juta untuk Program Pelancongan Inap Desa di Pulau Pinang sejak 2014 dan ini membuktikan keprihatinan kerajaan dalam menjaga pengusaha inap desa pelancongan di negeri itu.
Katanya menerusi peruntukan tersebut, sebanyak 173 inap desa dan peserta melibatkan 10 kampung mendapat manfaat menerusi program promosi, latihan dan bimbingan selain program pengurusan yang mampu menjana pendapatan tambahan untuk masyarakat luar bandar.
"Program Inap Desa Pulau Pinang ini mendapat kerjasama yang baik daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerusi pensijilan dan pengiktirafan yang dikeluarkan di bawah MOTAC untuk membolehkan inap desa ini diiktiraf serta dipromosikan melalui pelbagai medium seperti Expo MATTA Fair dan Karnival Keusahawanan di bawah KPLB," katanya.
Menurutnya berdasarkan data, jumlah keseluruhan pendapatan peserta inap desa di seluruh Pulau Pinang adalah RM3.24 juta dengan 38,000 pelancong domestik dan antarabangsa menggunakan inap desa sejak program itu diperkenalkan pada 2014.
Beliau berkata program yang dilaksanakan oleh Perda itu juga mampu mempromosikan semula inap desa selain untuk memastikan pengusaha inap desa sudah bersedia untuk kembali beroperasi pada fasa endemik.
"Promosi untuk pelancongan inap desa di Pulau Pinang tiada noktahnya. Kita akan teruskan promosi ini menggunakan pelbagai medium bagi menggalakkan lebih ramai pelancong dalam dan luar negara menggunakan inap desa sebagai destinasi percutian," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 26 2022
Usaha promosi itu juga antara lain bagi membantu dan memulihkan semula inap desa yang terjejas akibat pandemik COVID-19. - Gambar hiasan
35 laluan bas Rapid KL terlibat penyelarasan operasi bermula hari ini
Sebanyak 35 laluan atau 13 peratus daripada keseluruhan 264 laluan bas Rapid KL di Lembah Klang termasuk bas perantara Laluan Transit Aliran Massa (MRT) terlibat dalam penyelarasan operasi.
AWANI Ringkas: Kes Bunuh | Korporat | Net Zero 2050
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Beli Kondo Mewah | Komoditi | UNESCO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemecatan salah: Bekas pengurus menang saman terhadap BNM
Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa pemecatan bekas pengurus Bank Negara Malaysia (BNM) kerana menyertai aktiviti politik pada 2016 sebagai tidak sah dan menyalahi undang-undang.
AWANI 7:45 [29/03/2024] – Malaysia ada undang-undang | Sindiket seludup membabitkan Kastam | Pegawai polis lindungi kegiatan haram
Ketua Polis Negara beri amaran jangan ambil tindakan sendiri.
Rugi RM2 bilion akibat seludup.
SPRM jangka ada bos lebih senior lindungi kegiatan haram.
RM37.6 juta tampung kos tol percuma sempena Aidilfitri.
Rugi RM2 bilion akibat seludup.
SPRM jangka ada bos lebih senior lindungi kegiatan haram.
RM37.6 juta tampung kos tol percuma sempena Aidilfitri.
Guru wanita cabul pelajar direhatkan - Fadhlina
Guru wanita yang didakwa mencabul seorang pelajar lelaki dalam kes tular baru-baru ini, direhatkan sehingga siasatan kes itu selesai.
Umat Islam perlu pertahan tradisi ilmu, akliah Al-Azhar - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa umat Islam di negara ini untuk terus pertahankan tradisi ilmu serta akliah, yang dihidupkan oleh Universiti Al-Azhar (Al-Azhar), Mesir.
Consider This: Kesuma — First 100 Days as Human Resources Minister
It's been a little over 100 days since the cabinet reshuffle when Steven Sim was moved from being one of two Deputy Finance Ministers to holding a full Human Resources portfolio. How has he fared so far? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks to Steven Sim about his first 100 days as the Minister of Human Resources.
Haji furada: Syarikat pelancongan diperintah bayar RM634,000 kepada 25 bekas pelanggan
Kesemua 25 individu selaku plaintif berjaya membuktikan tuntutan terhadap syarikat itu yang dinamakan sebagai defendan dalam saman berkenaan.
Kerajaan Pahang pertimbang bonus raya penjawat awam - MB
Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata pihaknya sedang meneliti kedudukan kewangan terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dimuktamad.
Polis tahan lelaki bantu siasatan kamera tersembunyi dalam inap desa
Lelaki berusia 20-an itu ditahan di Kuala Lumpur petang ini hasil maklumat awam dan risikan yang dijalankan oleh pihak polis.
Polis kesan lelaki bantu siasatan kes kamera tersembunyi inap desa
Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung dakwaan oleh seorang wanita diintip menerusi kamera tersembunyi di dalam bilik air di sebuah inap desa di Jelutong.
Polis siasat dakwaan kamera tersembunyi di inap desa
Polis menerima laporan daripada seorang wanita mendakwa diintip menerusi kamera tersembunyi di dalam bilik air ketika menginap di sebuah inap desa di Jelutong.
Cuti panjang, musim perayaan beri limpahan rezeki kepada pengusaha inap desa Sabah
Penginapan berbentuk inap desa menjadi pilihan ramai pelawat terutama golongan berkeluarga yang mengambil peluang bercuti ke Sabah ketika musim cuti yang panjang, biasanya di hujung tahun.
Nikmati suasana Ramadan, Syawal di inap desa produk baharu pelancongan mesra Muslim
Pemain industri bersedia menawarkan pakej berkenaan di lokasi inap desa terpilih di seluruh negara bagi memulakan inisiatif ini.
Polis bongkar inap desa 'simpan' PATI di Jalan Kebun
Serbuan ini membawa tangkapan 59 warga asing termasuk 12 wanita berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun.
MOTAC pandang serius dakwaan pasang kamera tersembunyi di inap desa Sabah - Tiong
Kerajaan Negeri Sabah, MOTAC Sabah dan agensi berkaitan diminta ambil tindakan serius dan sewajarnya terhadap dakwaan tersebut.
Budak 5 tahun lemas dalam kolam renang
Kejadian kira-kira jam 5.05 petang itu disedari bapanya yang berusia 36 tahun.
Rumah inap kampung yang nostalgik semakin diminati
Rumah inap atau homestay dengan suasana kampung yang nostalgik, semakin diminati orang ramai yang ingin lari daripada hiruk-pikuk di bandar.
Polis panggil ahli keluarga 'baju merah' hubungi Caprice
Tindakan memanggil seorang ahli keluarga berkenaan adalah bagi merekodkan percakapannya dengan influencer itu.