KUALA LUMPUR: Sejumlah 18 projek baharu dan 61 projek sambungan bagi projek Jalan Luar Bandar (JALB) di Sarawak diluluskan di bawah Rolling Plan Pertama (RP1) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) Tahun 2021 melibatkan peruntukan RM112.5 juta.
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Hasbi Habibollah berkata ia merupakan antara pelbagai inisiatif yang dirancang kerana kerajaan memahami kepentingan meningkatkan kemudahan asas di kawasan luar bandar di negeri itu.
"Sementara itu, sebanyak dua projek baharu telah diluluskan bagi Jalan Perhubungan Desa (JPD) Sarawak yang melibatkan peruntukan berjumlah RM156.44 juta," katanya kepada Bernama dalam temu bual baru-baru ini.
Hasbi berkata Program Bantuan Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) kepada golongan miskin dan miskin tegar kawasan luar bandar di seluruh negara melibatkan siling peruntukan sebanyak RM2.035 bilion bagi pelaksanaan sepanjang RMK12, iaitu bagi RP1 Tahun 2021, dua projek baharu telah diluluskan bagi Sarawak yang melibatkan peruntukan RM111.97 juta.
"Selain itu, di bawah RP1 juga, sebanyak 405 projek bina baharu dan 3,077 baik pulih telah diluluskan bagi PPRT Sarawak yang melibatkan peruntukan lebih RM79 juta. Ini menunjukkan keseriusan kerajaan meningkatkan liputan infrastruktur asas di kawasan luar bandar Sarawak," katanya.
Dalam Bajet 2022, Ahli Parlimen Limbang (Sarawak) itu berkata RM768 juta diperuntukkan khas untuk pembangunan luar bandar di Bumi Kenyalang, melibatkan 205 keseluruhan projek yang bakal dilaksanakan melibatkan 97 projek baharu dan 108 projek sambungan.
Hasbi berkata bagi projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) Sarawak, sebanyak RM83.64 juta diperuntukkan pada tahun 2022 melibatkan tiga projek baharu dan 14 projek sambungan, manakala peruntukan sebanyak RM124.2 juta untuk Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Sarawak melibatkan 35 projek baharu dan tiga projek sambungan.
Melalui Bajet 2020, kementeriannya menerima peruntukan berjumlah RM10.53 bilion, meliputi peruntukan mengurus sebanyak RM3.52 bilion dan peruntukan pembangunan pula RM7.01 bilion.
Selain pembangunan, Hasbi berkata tumpuan juga diberikan terhadap pengurangan kadar kemiskinan di luar bandar Sarawak melalui program-program pembangunan sosioekonomi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).
Memberi contoh inisiatif yang dilaksanakan tahun ini, beliau memaklumkan menerusi Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) yang memberi peluang kepada penglibatan golongan belia di kawasan luar bandar, seramai 15 peserta dari Bumi Kenyalang mendapat manfaat daripada program itu.
"PLKK memberi peluang latihan kursus jangka pendek yang tidak melebihi enam bulan diberikan kepada golongan belia luar bandar dari kumpulan pendapatan B40, miskin dan miskin tegar.
"Bagi Program Quick Win tahun ini yang diadakan di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), seramai 110 peserta dari Sarawak mendapat manfaat daripada program ini. Program ini bertujuan meningkatkan kemahiran sedia ada dalam usaha membolehkan peserta meningkatkan pendapatan dan keluar daripada belenggu kemiskinan," katanya.
Selain itu, seramai 41 anak Sarawak yang menyertai Program Peningkatan Pendapatan (PPP) tahun ini berpeluang menerima bantuan peralatan atau latihan secara one-off bagi menjalankan projek ekonomi masing-masing.
Mengenai perancangan pembangunan luar bandar di negeri itu, Hasbi berkata kerjasama berterusan dengan kerajaan negeri sentiasa dititikberatkan, selain KPLB menggiatkan pemantauan projek-projek pembangunannya supaya mengikut perancangan dan menepati sasaran yang ditetapkan.
Beliau berkata kementeriannya juga akan memberi perhatian terhadap beberapa isu di negeri itu seperti meningkatkan akses pendidikan awal komuniti luar bandar serta akses Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional, pembinaan jalan luar bandar, jalan perhubungan desa dan pendidikan.
"Sebagai contoh, projek Bekalan Air Luar Bandar masih perlu diberi perhatian memandangkan liputan bekalan air paip di rumah masih di tahap 69.8 peratus," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 30 2021
Hasbi berkata ia merupakan antara pelbagai inisiatif yang dirancang kerana kerajaan memahami kepentingan meningkatkan kemudahan asas di kawasan luar bandar di negeri itu. -Gambar fail
Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya bungkusan berisi komputer riba
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom hari ini.
Ziana Zain giat bersenam di gimnasium, persiap diri untuk konsert solo bulan depan
Ziana Zain mahu memastikan beliau mampu memberikan yang terbaik apabila impiannya itu bakal menjadi kenyataan bulan depan.
AWANI 7:45 [25/04/2024] - Akaun KWSP distruktur semula | Pensyarah pro-Israel | Suspek tembak di KLIA didakwa | Astro Radio kekal nombor 1!
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Cynthia Ng;
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Agihan 10% akaun tiga, pencarum boleh keluar bila-bila masa
Serangan di KLIA, Hafizul didakwa cuba bunuh isteri
SPRM sahkan Tun Mahathir disiasat isu isytihar harta
Era, Sinar, Gegar jejak dominasi saluran radio Melayu
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv.
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Agihan 10% akaun tiga, pencarum boleh keluar bila-bila masa
Serangan di KLIA, Hafizul didakwa cuba bunuh isteri
SPRM sahkan Tun Mahathir disiasat isu isytihar harta
Era, Sinar, Gegar jejak dominasi saluran radio Melayu
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv.
AWANI Ringkas: SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM
AWANI Ringkas
Pasaran getah ditutup rendah bagi hari keempat berturut-turut
Pada 5 petang, harga rujukan bagi getah fizikal LGM untuk GMM 20 adalah 754 sen sekilogram manakala susu getah pukal ialah 700.5 sen sekilogram.
Bursa Malaysia ditutup rendah selepas kenaikan enam hari berturut-turut
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.23 mata kepada 1,569.25 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.7745/7775 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Inspirasi bermakna daripada Forum Umrah & Ziarah 2024
Usaha meningkatkan kapasiti Mekah dan Madinah bagi membolehkan lebih ramai umat Islam mengerjakan umrah kini menjadi fokus utama kerajaan Arab Saudi.
Forum Umrah & Ziarah 2024 yang diadakan di Madinah telah membincangkan banyak hal berkaitan perkhidmatan umrah dan ziarah termasuklah pengadaptasian teknologi terkini, pengurusan yang lebih cekap serta pengurusan kewangan yang lebih berdaya saing.
Ikuti laporan hari terakhir forum berkenaan bersama Hilal Azmi.
#ForumUmrahZiarah2024
#AWANI745
Forum Umrah & Ziarah 2024 yang diadakan di Madinah telah membincangkan banyak hal berkaitan perkhidmatan umrah dan ziarah termasuklah pengadaptasian teknologi terkini, pengurusan yang lebih cekap serta pengurusan kewangan yang lebih berdaya saing.
Ikuti laporan hari terakhir forum berkenaan bersama Hilal Azmi.
#ForumUmrahZiarah2024
#AWANI745
Penjawat awam perlu amal kecepatan dan kepesatan dalam pelaksanaan tugas - PM Anwar
Penjawat awam digesa untuk sentiasa mengamalkan kecepatan dan kepesatan dalam pelaksanaan tugas supaya dasar-dasar kerajaan dapat dilaksanakan dengan pantas.
Kerajaan kekal komited laksana dwirangkaian 5G, DNB penuhi syarat terdahulu - Gobind
Kerajaan semakin hampir untuk melaksanakan dwirangkaian 5G selepas pengumuman Ahli Lembaga Pengarah baharu Digital Nasional Bhd (DNB).
Aidilfitri: Kerajaan tambah 60 penerbangan ke Kota Bharu
Kerajaan telah meluluskan 60 penerbangan tambahan ke Kota Bharu, Kelantan melibatkan 15,962 tempat duduk sempena musim perayaan Aidilfitri ini.
Gagal audit: 94 syarikat pengendali kenderaan barangan digantung sepanjang 2023
Perkhidmatan 94 syarikat pengendali kenderaan barangan digantung selepas mereka gagal dalam proses audit pada tahun 2023.
Konsesi ERL: Kadar tambang ikut pasaran dapat pacu inovasi perkhidmatan
ERL perlu bertindak menyediakan perkhidmatan yang lebih efisien dan sejajar dengan harga tambang yang ditetapkan.
Kemalangan jalan raya: Kerajaan cadang tambah kamera AWAS
MoT dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bercadang untuk memasang kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) di lokasi yang mempunyai kadar kemalangan tinggi.
Cadangan kajian kebolehlaksanaan jaringan rel, udara ke Kalimantan dalam pertimbangan
Kementerian Pengangkutan telah mengemukakan permohonan untuk melaksanakan kajian kemungkinan jajaran jaringan logistik melalui rel dan udara dari Sabah dan Sarawak ke Kalimantan, Indonesia.
Lesen B2 Program MyLesen kompeten - Hasbi
Lesen memandu kelas B2 (motosikal) daripada Program MyLesen adalah kompeten seperti pemilikan lesen biasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang lain, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Hab
Laporan kajian penggunaan kamera badan dijangka selesai September ini
Hasbi berkata, kementeriannya sedang memperhalusi penggunaan BWC demi memastikan kualiti perkhidmatan anggota penguat kuasa.
Kadar kekerapan pemeriksaan kenderaan tidak boleh dikurangkan demi keselamatan
Kementerian Pengangkutan tidak boleh sewenang-wenangnya menurunkan kadar kekerapan pemeriksaan kenderaan perdagangan bagi menjamin soal keselamatan pengguna jalan yang lain.
Kerajaan berhasrat tambah kamera AWAS
Kajian yang dijalankan oleh MIROS mendapati, tahap pematuhan pengguna jalan raya kepada peraturan had laju dan isyarat lalu lintas di lokasi pemasangan kamera itu, mencecah 99 peratus.
Op Bersepadu: JPJ Sarawak kenal pasti 53 lokasi kerap kemalangan
JPJ Sarawak akan mempertingkatkan pemantauan di 53 lokasi jalan raya di seluruh negeri ini yang dikenal pasti sebagai kawasan kerap berlaku kemalangan menjelang musim perayaan Aidilfitri.