BELURAN: Kementerian Pendidikan (KPM) serius melaksanakan proses "pemutihan" atau memindah milik tanah sekolah daripada kerajaan negeri kepada Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) bagi memudahkan perancangan masa depan infrastruktur sekolah terlibat.
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin berkata antara faktor utama yang menyebabkan usaha menaik taraf sekolah yang mempunyai bangunan daif, terkekang adalah berkaitan dengan status tanah sekolah berkenaan.
"Ada tanah sekolah di mana tapak sekolah kita ini masih belum dimiliki oleh JKPTG. Jadi, urusan pembinaan baharu bagi menggantikan bangunan yang daif tidak dapat dilaksanakan.
"Kami melakukannya dengan serius, berbincang dengan pihak kerajaan negeri supaya pemutihan ini dapat dilaksanakan dengan cepat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Beluran di sini hari ini.
Mohd Radzi turut memaklumkan sejak memikul jawatan sebagai Menteri Kanan Pendidikan, jumlah tanah sekolah yang berjaya diputihkan semakin meningkat.
Katanya Sabah dan Sarawak merupakan antara negeri yang mempunyai tanah sekolah yang belum ditukar hak milik namun tidak menyatakan jumlah tanah terlibat, dan menambah sekolah di Felda merupakan antara kawasan terbabit.
Sempena lawatan kerjanya selama dua hari ke Beluran sehingga esok, Mohd Radzi turut mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM1 juta kepada Pejabat Pendidikan Beluran bagi menyelesaikan isu mendesak yang memerlukan penyelesaian segera bagi membolehkan golongan pelajar di daerah itu mengikuti pembelajaran dalam keadaan lebih kondusif dan selesa.
Beliau juga meminta semua Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) supaya sentiasa kerap turun padang melawat sekolah bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi dan seterusnya mengambil tindakan segera menyelesaikannya.
Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Ronald Kiandee, yang juga Ahli Parlimen Beluran, pada majlis sama berkata proses pembangunan kemudahan asas, termasuk sekolah di luar bandar merupakan proses berpanjangan.
"Saya yakin jika pelajar luar bandar diberi peluang mendapat pendidikan menyeluruh akan berpotensi tampil lebih menyerlah dalam kehidupan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 17 2022
Radzi berkata antara faktor utama yang menyebabkan usaha menaik taraf sekolah yang mempunyai bangunan daif terkekang adalah berkaitan dengan status tanah sekolah berkenaan. - Gambar fail
Fasa pertama Litar Pasir Gudang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun - Tunku Abdul Rahman
Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menjangkakan fasa pertama 'Johor Circuit' di Litar Pasir Gudang siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas
Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
'Saya tiada kuasa arah turunkan kandungan media sosial' - Fahmi
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tiada kuasa untuk mengarahkan penyedia platform media sosial termasuk TikTok menurunkan mana-mana kandungan.
Suhaili terima keputusan Bersatu gantikan beliau dengan Radzi
Datuk Suhaili Abdul Rahman menerima keputusan pucuk pimpinan Bersatu untuk menggantikan beliau dengan Datuk Radzi Jidin sebagai Ketua Bahagian Bersatu Wilayah Persekutuan dan Labuan.
Dakwaan rasuah, Radzi Jidin belum dipanggil - Azam Baki
SPRM belum memanggil bekas Menteri Pendidikan, Datuk Radzi Jidin berhubung projek percetakan buku J-Qaf untuk prasekolah.
"Tak dengar sepatah pun gaji progresif dalam Belanjawan 2024" - Radzi
Radzi menegaskan Belanjawan 2024 sepatutnya memberi gambaran yang jelas tentang hala serta dan dasar yang ingin dibawa oleh kerajaan.
Rasuah buku J-Qaf: Banyak bukti baharu dikumpulkan, kes masih disiasat - Azam Baki
Azam Baki berkata siasatan masih dijalankan ketika ini dan memerlukan masa untuk dilengkapkan.
SPRM tak tolak kemungkinan panggil Radzi Jidin - Azam
SPRM tidak menolak kemungkinan memanggil bekas Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Mohd Radzi Md Jidin bagi membantu siasatan berkaitan projek percetakan buku bernilai kira-kira RM80 juta.
Radzi mahu penyebar fitnah tampil mohon maaf
Datuk Mohd Radzi Md Jidin mahu penyebar fitnah yang mendakwa beliau terlibat dengan rasuah dalam satu projek rundingan terus bernilai RM80 juta untuk tampil memohon maaf.
Radzi Jidin nafi ada kaitan projek percetakan RM80 juta disiasat SPRM
Tuduhan dalam mesej WhatsApp yang tular baru-baru ini yang turut mengaitkan dirinya dan isteri dengan percetakan buku J-Qaf untuk prasekolah adalah tidak benar.
Qazaf: NGO Islam minta JAWI siasat Radzi, Mubin sebut perkataan jelik terhadap Anwar
Dua NGO Islam meminta JAWI menyiasat tindakan Radzi dan seorang lagi yang didakwa menyebut perkataan jelik terhadap Anwar yang termasuk dalam kesalahan jenayah qazaf.
Gantung tugas Radzi Jidin - Shamsul Iskandar
Mohd Radzi mesti dihukum atas kenyataan jahat yang dibuat terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tegas Shamsul Iskandar.