KOTA BHARU: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan meneliti keperluan penutupan taska dan tadika untuk mencegah penularan jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) yang semakin membimbangkan.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkata pihaknya sedang meneliti dan memandang serius perkara berkenaan memandangkan ia membabitkan isu keselamatan serta kesihatan kanak-kanak.
Katanya, kementeriannya juga akan merujuk perkara berkenaan kepada agensi yang bertanggungjawab iaitu Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mendapatkan pelaporan statistik kes HFMD.
"Daripada pelaporan statistik yang diperolehi itu nanti kita akan adakan perbincangan di peringkat kementerian kami untuk mengambil langkah seterusnya. Sekiranya situasi itu berbahaya ia memerlukan tindakan segera," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Hari Raya dan penyampaian zakat kepada seramai 20 orang pengayuh beca di Dewan WAWA di sini hari ini yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan Said Sidup.
Semalam, media melaporkan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka mengarahkan premis berkaitan kanak-kanak seperti taska, tadika dan pusat jagaan yang merekodkan lebih daripada empat kes jangkitan HFMD ditutup selama 10 hari selaras dengan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Mengulas lanjut, Siti Zailah berkata kementeriannya juga berharap semua pihak terbabit memantau sekiranya terdapat kes HFMD di mana-mana institusi.
Katanya, pihaknya juga sering mengingatkan pengendali taska dan tadika untuk sentiasa menjaga kebersihan premis mereka bagi menjamin kesihatan kanak-kanak.
Sementara itu, Said berkata setakat ini tiada taska dan tadika di Kelantan dilaporkan ditutup susulan penyakit berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 21 2022
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff menyampaikan ucapan perasmian pada majlis penyampaian zakat dan bakul makanan kepada pengayuh beca serta sumbangan Aidilfitri 2022 hari ini. - Foto BERNAMA
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Buang beras, tepung di tapak pelupusan sampah, bekas MP tampil beri penjelasan
Tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.
Kes tangkapan lelaki Israel: 10 ditahan semula di bawah Sosma
Tiga terdiri suspek utama iaitu Avitan dan pasangan suami isteri telah dituduh di mahkamah pada minggu lalu, manakala lima lagi dibebaskan.
Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen
Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah pada Khamis.
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Orang ramai perlu berani lapor kes dera - Nancy
Perkara itu boleh dilaporkan secara terus melalui Talian Kasih 15999 yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Aduan berkaitan gangguan seksual terhadap lelaki semakin meningkat - Nancy
Aduan berkaitan gangguan seksual terhadap golongan lelaki semakin meningkat di negara ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
Jangan biarkan ibu meroyan bersendirian di rumah - Nancy
Pasangan atau ahli keluarga tidak sepatutnya membiarkan ibu yang mengalami masalah kemurungan selepas bersalin atau lebih dikenali sebagai meroyan, berseorangan di rumah.
KPWKM cadang tubuh satu Anjung Kasih YKN setiap negeri
Pada masa ini terdapat 19 Anjung Kasih YKN yang beroperasi sepenuhnya termasuk terbaharu disediakan di Hospital Raja Perempuan Zainab II.
Banjir: Pegawai, kaunselor KPWKM dalam mod siap siaga
Seramai 8,543 sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga dalam keadaan bersedia bagi membantu melancarkan pengoperasian di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Tambang percuma perkhidmatan Prasarana buat OKU mudahkan kebolehcapaian - Nancy
Pemberian tambang percuma perkhidmatan pengangkutan awam kendalian Prasarana kepada golongan OKU membuka lebih banyak peluang dan memudahkan kebolehcapaian untuk komuniti berkenaan.
Kerajaan peruntuk RM35.8 juta kepada JKM hadapi Monsun Timur Laut 2023/2024
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM35.8 juta kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi menghadapi bencana pada tahun 2023 dan 2024.
KPWKM sedia tawar khidmat kaunseling buat keluarga Zayn Rayyan - Nancy
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bersedia menawarkan khidmat kaunseling kepada keluarga kanak-kanak autisme Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin.
KPWKM komited perkasa pendidikan kesihatan reproduktif, gejala sosial
KPWKM terus komited dalam melipatgandakan usaha memperkasakan pendidikan kesihatan reproduktif dan gejala sosial dalam kalangan remaja.
KPWKM adakan program galak rakyat bina keluarga, tingkat kadar kelahiran
KPWKM akan mengadakan program bagi menggalakkan rakyat khususnya golongan muda berkahwin sekali gus membantu meningkatkan kadar kelahiran.