Krisis air yang berlaku di sekitar Gombak dan Batu Caves, melibatkan hampir setengah juta pengguna sejak Rabu dijangka berakhir tengah malam ini.

Pengarah eksekutif bahagian hal ehwal korporat Syabas, Abdul Halem Mat Som berkata, bekalan akan pulih secara berperingkat mengikut kawasan .

Bagaimanapun, Abdul Halem memberitahu, bantuan bekalan air sudah disalutkan kepada penduduk yang terjejas.

Penduduk yang terlibat juga boleh mendapatkan maklumat bantuan bekalan air melalui media masa.

Pusat khidmat setempat juga disediakan di kawasan-kawasan strategik di mana para pengguna boleh mengunjunginya sekiranya ada sebarang masalah.