Sebanyak 1,156 daripada 1,292 atau 89.47 peratus kawasan yang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual pulih sepenuhnya hari ini.
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan berkata hingga 6.30 pagi Selasa, kesemua 290 kawasan terlibat di Wilayah Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor telah pulih sepenuhnya.
Sejumlah 136 kawasan lagi masih dalam proses pemulihan di empat lagi wilayah iaitu Klang/Shah Alam, Gombak, Petaling dan Kuala Lumpur.
Lapan kawasan masih belum pulih sepenuhnya walaupun tersenarai dalam Kumpulan 1 yang sepatutnya pulih sepenuhnya pada 12 tengah malam Isnin.
Manakala, 54 kawasan yang berada dalam Kumpulan 2 juga masih belum mendapat bekalan air yang sepatutnya pada 12 tengah malam Selasa.
"Air Selangor sedang mengambil tindakan untuk menstabilkan sistem agihan bagi memulihkan kawasan-kawasan ini," kata kenyataan itu lagi.
Dari segi peratusan pemulihan bekalan air, Petaling 95.72 peratus, Klang/Shah Alam 59.32 peratus, Gombak 94.89 peratus, Kuala Lumpur 85.02 peratus, manakala Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor masing-masing 100 peratus.
Justeru, Air Selangor menasihatkan pengguna agar tidak menyimpan dan menggunakan air berlebihan bagi memastikan proses pemulihan bagi kawasan-kawasan yang masih terjejas berjalan lancar dan mengikut jadual pelan pemulihan Air Selangor.
Pengguna juga disaran mendapatkan maklumat rasmi gangguan bekalan air melalui saluran interaksi Air Selangor dan tidak menyebarkan berita tidak sahih berhubung gangguan ini bagi mengelakkan kekeliruan kalangan pengguna.
Pengguna boleh merujuk di aplikasi Air Selangor, semua saluran rasmi sosial media Air Selangor di Twitter, Facebook, Instagram, dan laman sesawang www.airselangor.com.
Astro Awani
Mon Sep 07 2020
Air Selangor dalam satu kenyataan yang dikeluarkan berkata hingga jam 6.30 pagi Selasa, kesemua 290 kawasan terlibat di Wilayah Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor telah pulih sepenuhnya.
Pindaan RUU 588: Satira, parodi bukan lagi jenayah selagi tidak ‘jelik melampau’ - Fahmi
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata Rang Undang-undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 menegaskan kebebasan dan hak bersuara rakyat dalam batas yang khusus. Jelasnya dalam pindaan ini, kesalahan dibawah Seksyen 233 tidak lagi menjadikan satira dan parodi sebagai suatu jenayah secara automatik.
Faisal Halim antara 94 penerima Anugerah Sultan Selangor
Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim menerima pingat darjah kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena ulang tahun hari keputeraan ke-79 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Rabu.
Faisal atau dikenali dengan panggilan Mickey antara 94 penerima darjah dan bintang kebesaran yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Faisal atau dikenali dengan panggilan Mickey antara 94 penerima darjah dan bintang kebesaran yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Banjir surut, penduduk pulang, tetapi siap sedia kembali ke PPS
Situasi banjir di Terengganu yang mula surut ketika ini membolehkan penduduk terjejas pulang ke kediaman masing-masing, namun mereka sentiasa siap sedia untuk kembali semula ke PPS dalam tempoh Monsun Timur Laut ini.
MTDC perkukuh teknologi tempatan dengan pelancaran dana MySTI
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) di bawah program MySTI, dalam usaha memperkukuhkan inovasi dan pengkomersialan teknologi tempatan.
Kerajaan pandang serius isu penyamaran nelayan asing
Jika terdapat penyalahgunaan lesen, tindakan tegas akan diambil di bawah Seksyen 13 Akta Perikanan 1985 termasuk penggantungan atau pembatalan lesen vesel.
Situasi di Semenanjung Gaza semakin merosot - Pegawai PBB
Penyelaras Kanan PBB berkata, sejak April lepas UNSC telah diingatkan mengenai risiko keruntuhan undang-undang dan ketenteraman.
Mahkamah benarkan kerajaan halang PetroSaudi guna dana RM1.61 bilion
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu membenarkan permohonan kerajaan untuk menghalang PetroSaudi International Ltd (PSI) dan pengarahnya, Tarek Obaid, daripada menggunakan dana sebanyak AS$340 juta (RM1.61 bilion) yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membenarkan perintah larangan tersebut selepas pihak pendakwa raya berjaya membuktikan melalui afidavit bahawa dana AS$340 juta itu merupakan subjek atau bukti dalam kesalahan pengubahan wang haram.
Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membenarkan perintah larangan tersebut selepas pihak pendakwa raya berjaya membuktikan melalui afidavit bahawa dana AS$340 juta itu merupakan subjek atau bukti dalam kesalahan pengubahan wang haram.
Kerajaan komited perkasa Ekonomi Perak, tangani cabaran peningkatan populasi menua - Amir Hamzah
Kerajaan komited memperkasakan Ekonomi Perak (Silver Economy) dalam menghadapi cabaran populasi lanjut usia yang semakin meningkat.
Selangor peruntuk hampir RM2 bilion tangani banjir - MB
Kerajaan Selangor menerima teguran Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menzahirkan keprihatinan berhubung tahap kebersihan di Bandaraya Diraja Klang serta situasi banjir kilat di negeri itu.
Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, pihaknya telah menubuhkan pasukan petugas khas (task force) untuk menyegerakan usaha pelan mitigasi banjir bagi mengelakkan sebarang kelewatan proses.
Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, pihaknya telah menubuhkan pasukan petugas khas (task force) untuk menyegerakan usaha pelan mitigasi banjir bagi mengelakkan sebarang kelewatan proses.
Dakwaan hospital swasta tahan jenazah bayi dua minggu disiasat
Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta CKAPS telah memulakan siasatan terhadap dakwaan hospital swasta menahan selama dua minggu jenazah bayi hanya kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Pembukaan banyak pusat data boleh jejas sumber air negara
Meskipun Malaysia mengalu-alukan pelaburan itu, pakar bimbang tidak ada cukup langkah untuk melindungi air bagi kegunaan awam dan persekitaran.
Semua empangan di Selangor berkapasiti penuh, mampu bertahan empat bulan
Secara keseluruhan, kapasiti air mentah mampu bertahan selama tempoh empat bulan tanpa hujan.
Masalah air perlukan penyelesaian yang lebih saksama
Jelas beliau, jika masalah air ini gagal diatasi ia juga akan menyumbangkan kepada penutupan kilang-kilang dan pelabur berpindah ke negara lain.
Dasar Air Negara diperkemas, KASA lantik UKM jalankan kajian
Pakar runding dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dilantik Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi menjalankan kajian Dasar Negara dalam mengukuhkan dasar air yang lebih menyeluruh dan holistik.
Ketika banjir melanda, LRA Cheras Batu 11, Langat 2 dihenti tugas, jejas 472 kawasan - Air Selangor
Berikutan peningkatan paras air sungai yang mengakibatkan banjir, dua LRA iaitu LRA Cheras Batu 11 dan LRA Langat 2 dihenti tugas manakala LRA Sungai Langat beroperasi pada pengeluaran separa.
Bekalan air terjejas kerana elektrik terputus - AKSB
Bekalan air terawat yang terjejas di beberapa jajahan di Kelantan berpunca dari bekalan elektrik yang terputus hingga menyebabkan pam air mentah terhenti pada Jumaat lepas.
Euro 2020: Ronaldo tolak tepi minuman tajaan kejohanan
Cristiano Ronaldo mengetepikan botol tersebut dan menyebut 'agua', sekali gus memberikan mesej kepada semua supaya tidak mengambil minuman yang mengandungi gula yang tinggi itu.
Lubang benam gergasi 'muncul' di Mexico
Lubang itu pada mulanya hanya berukuran lima meter namun saiznya menjadi berkali ganda hanya dalam beberapa jam.
Indeks Harga Pengguna naik 1.7 peratus pada Mac 2021
Peningkatan dalam keseluruhan IHP tersebut didorong oleh kenaikan indeks pengangkutan, makanan, pelbagai barangan dan perkhidmatan.
Ramadan 2021: Masalah mulut berbau.. Apa puncanya?
Ramai salah anggap, samakan plak dengan makanan yang tertinggal dalam mulut, sedangakan ia adalah benda yang bebeza.