KUALA LUMPUR: Kementerian Luar Negeri menasihati rakyat Malaysia yang berada di Kazakhstan supaya mengutamakan keselamatan diri, mengelak kawasan protes, dan mematuhi arahan dikeluarkan pihak berkuasa tempatan.

Ini susulan negara bekas Soviet di Asia Tengah itu berdepan krisis terbesar dalam beberapa dekad selepas penunjuk perasaan bertindak ganas susulan kenaikan harga bahan api dengan menyerbu bangunan kerajaan.

Wisma Putra dalam satu kenyataan menyatakan sedang memantau dengan teliti perkembangan terkini yang berlaku di beberapa wilayah di Kazakhstan.

"Berdasarkan rekod Kedutaan Malaysia di ibu negara Nur-Sultan, 79 rakyat Malaysia berdaftar dengan Kedutaan.

"Mereka termasuk diplomat dan tanggungan mereka di Kedutaan, serta di pejabat MATRADE dan Tourism Malaysia di Almaty," katanya.

Wisma Putra menambahh, rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsulat di Kazakhstan boleh menghubungi Kedutaan mengikut +7 (7172) 79 06 90 +77011010233 (Selepas Waktu Pejabat) atau Emel ke [email protected].