Naib Presiden MIC Datuk M.Saravanan mendakwa wujud pihak ketiga yang menghalang presiden parti Datuk Seri G. Palanivel bertemu dengan timbalannya Datuk Seri Dr S.Subramaniam bagi menyelesaikan krisis MIC dengan cara yang terbaik.
Tanpa memberitahu nama mana-mana pihak, beliau mendakwa dalang itu mempunyai agenda tersendiri untuk kepentingan peribadi.
"Saya rasa bukan Datuk Seri Palanivel punya pendirian untuk mengancam ROS (Pendaftar Pertubuhan) dan sebagainya, saya rasa ada orang ketiga ... saya tahu nama, tapi tidak mahu menyebut, tapi memang ada dalang," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan perjumpaan bersama peserta Yayasan Gerakan Tindakan Afirmatif Baharu (NAAM) fasa ke-2, Projek Tanaman Cili NAAM di Taman Lim Garden, di sini hari ini.
Katanya, sudah tiba masanya presiden dan timbalan presiden serta ketua-ketua bahagian bekerjasama sebagai satu kumpulan untuk menyelesaikan perkara itu secepat mungkin.
Pada 5 Dis, ROS mengarahkan MIC mengadakan pemilihan semula bagi tiga jawatan naib presiden dan 23 anggota CWC dalam tempoh 90 hari selepas mendapati wujud salah laku dalam pemilihan pada Perhimpunan Agung MIC di Melaka pada 30 Nov, 2013.
Terdahulu, Saravanan yang merupakan Pengasas NAAM berkata seramai 109 belia di seluruh negara telah menyelesaikan latihan dalam fasa pertama pelaksanaan projek rintis pertanian NAAM manakala fasa kedua akan memberi tumpuan kepada 500.
"Sambutan terhadap program ini cukup luar biasa, di Perak permintaan begitu tinggi, tetapi NAAM tidak mahu buat kesilapan, maka kita buat secara teratur, secara berperingkat," katanya sambil menambah pihaknya akan membuat projek lain selain daripada tanaman cili, contohnya di Selangor sudah mula beralih kepada projek timun.
Bernama
Sun Jan 25 2015
Saravanan dakwa pihak ketiga halang presiden jumpa timbalannya. -Gambar fail
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Bapa jenazah bayi dibekukan lapor polis
Laporan itu dibuat Safwan Roshdy, 22, pada jam 2.15 pagi terhadap sebuah hospital swasta di Klang, Selangor kerana didakwa melengahkan proses menguruskan jenazah bayi berkenaan.
Krisis inflasi terburuk Australia berakhir - PM Albanese
Rakyat Australia mempunyai sebab untuk optimis, dengan data baharu menunjukkan inflasi berada pada paras terendah dalam tempoh tiga tahun.
Dasar tidak campur tangan: ASEAN perlukan pendekatan tegas terhadap krisis serantau - Pakar
"Krisis di Myanmar bukan lagi isu domestik, ia adalah masalah serantau. ASEAN mesti mengambil pendekatan yang lebih tegas."
Dialog Shangri-La: Persidangan Meja Bulat mengesahkan semula "kepentingan dialog terbuka dan jujur"
Semasa Meja Bulat, para menteri membincangkan pelbagai isu, termasuk implikasi krisis Rusia-Ukraine, kesan ketegangan AS-China ke atas rantau Asia-Pasifik, serta situasi di Semenanjung Korea.
Ekonomi negara tidak lagi berada dalam krisis, terus catat pertumbuhan
Pengumuman Bank Negara Malaysia memberikan rangsangan yang besar kepada sentimen, tiga tahun sejak negara dilanda pandemik.
Krisis Sudan: Hospital berdepan kekurangan kakitangan, bekalan perubatan
Sebahagian besar kakitangan terpaksa mengosongkan kawasan hospital atas faktor keselamatan.
Tempoh darurat kekang protes di Sri Lanka tidak dilanjut
Darurat yang dikenakan Presiden Ranil Wickremesinghe akan berakhir pada Khamis.
Perancis siap sedia hadapi gelombang panas keempat
Keadaan itu menyebabkan beberapa kampung terputus bekalan air bersih dan petani memberi amaran kekurangan hasil menjelang musim sejuk.
Pelosi ke Taiwan: AS tidak mahu cetus krisis bersama China
Amerika Syarikat kekal komited kepada apa yang disifatkan sebagai dasar satu China, yang mengiktiraf Beijing.
Penyelesaian konflik di Ukraine hanya bergantung kepada Kiev - Presiden Belarus
Presiden Belarus, Alexander Lukashenko yakin penyelesaian konflik di Ukraine hanya bergantung Kyiv yang perlu bersedia duduk di meja rundingan.
Dinesh Gunawardena angkat sumpah PM baharu Sri Lanka
Bekas menteri dari Parti Podujana Peramuna itu mengangkat sumpah jawatan dalam satu upacara yang dihadiri Presiden Ranil Wickremesinghe.