KOTA BHARU: Perang yang meletus antara Rusia dengan Ukraine tidak menjejaskan jaminan makanan di negara ini, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh.
Beliau berkata peperangan itu tidak memberi kesan secara langsung kepada bekalan makanan negara kerana Ukraine dan Rusia bukan sasaran Malaysia untuk import dan eksport termasuk bahan asas pertanian.
"Jika ada pun hanya dalam kuantiti kecil... Kalau kita tidak boleh eksport dan import ke dua negara ini, kita boleh tukar ke negara lain malah setakat ini, kita banyak bergantung kepada China dan Thailand," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kursus galakan pelaburan dan pembangunan tanaman durian di Dewan Serai Wangi Kompleks RTC, Tunjong hari ini.
Nik Muhammad Zawawi berkata kursus itu merupakan antara fokus di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 menerusi Program Galakan Pelaburan dan Pemasaran Tanaman Bernilai Tinggi bagi meningkatkan pembekalan tanaman bernilai tinggi di pasaran.
Beliau berkata kementerian telah meluluskan peruntukan RM45 juta bagi Projek Pembangunan Tanaman Buah-Buahan Jangka Panjang khususnya durian untuk pembangunan infrastruktur ladang, pembekalan input dan sebagainya.
"Secara perbandingan, jumlah nilai eksport durian pada 2016 ialah RM69.9 juta manakala pada 2020, sebanyak RM144.7 juta. Ini menunjukkan berlaku lonjakan 107 peratus atau RM74.8 juta dalam tempoh lima tahun.
"Kita sedang mempergiat usaha memperluas akses dengan mempromosi durian di pasaran baharu dan sedia ada. Antara pasaran baharu yang sedang diteroka ialah Australia untuk buah durian segar selain New Zealand dan Rusia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 26 2022
Nik Muhammad Zawawi berkata, peperangan itu tidak memberi kesan secara langsung kepada bekalan makanan negara. - Gambar fail
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia, Rusia perkukuh kerjasama STEM - PM Anwar
Anwar berkata, kepakaran Rusia yang diiktiraf dalam STEM selaras dengan aspirasi banyak negara Islam, termasuk Malaysia.
Bashar al-Assad umum letak jawatan dan tinggalkan Syria - Rusia
Bashar al-Assad, pemimpin rejim Baath Syria yang digulingkan memutuskan untuk meletak jawatan dan meninggalkan negara itu.
Rusia tutup konsulat Poland di St Petersburg
Tiga diplomat dari Konsulat Poland turut diisytiharkan sebagai 'persona non grata' dan diminta meninggalkan Rusia.
Serangan Rusia di Ukraine ragut 9 nyawa, 20 cedera
Rakaman di lokasi turut menunjukkan api marak dari bangunan yang musnah bersama beberapa kereta yang terbakar dengan mayat di dalamnya.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Rusia tangguhkan World Friendship Games
Rusia menangguhkan penganjuran World Friendship Games, saingan kepada Olimpik, tanpa menetapkan tempoh baharu, lapor Agensi Berita Jerman dpa.
Zelensky kemuka syarat baharu gencatan senjata, Moscow berdiam diri
Zelensky menyuarakan kesediaannya untuk menamatkan fasa "panas" konflik dengan Rusia sekiranya keanggotaan Ukraine dalam NATO dipercepat.
Rusia serang infrastruktur tenaga Ukraine, jutaan terjejas
Serangan tersebut adalah tindak balas terhadap penggunaan peluru berpandu jarak sederhana (ATACMS) oleh Ukraine, yang dibekalkan AS.