Kronologi pertuduhan terhadap Rosmah Mansor

Astro Awani
Oktober 4, 2018 10:14 MYT
Kronologi pertuduhan terhadap Rosmah. - Gambar fail
SEMALAM, isteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejurus selepas beliau disoal siasat lebih 5 jam oleh agensi berikut.
Hari ini, Rosmah telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan telah dikenakan 17 pertuduhan berhubung aktiviti pengubahan wang haram serta tidak mengisytiharkan pendapatan di Mahkamah Sesyen Jenayah 9 Kuala Lumpur.
12 pertuduhan berhubung transaksi hasil daripada aktiviti haram di bawah Seksyen 4 (1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613).
Lima lagi pertuduhan berkaitan kegagalan Rosmah untuk membuat penyata bagi tahun taksiran kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri seperti mana tertakluk di bawah Seksyen 112 Akta Cukai Pendapatan 1967.
Lihat kronologi di bawah:
#1Malaysia Development Berhad #1MDB #Malaysia #menteri #Rasuah #Rosmah Mansor #SPRM