KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia (KSM) menyiasat dakwaan sebuah syarikat pembuatan barang elektronik tempatan ditamatkan kontrak oleh syarikat berpangkalan di United Kingdom (UK) kerana terbabit isu buruh paksa.
Menterinya, Datuk Seri M Saravanan, dalam satu kenyataan berkata, pihaknya difahamkan hasil audit syarikat dari UK itu mendapati syarikat tempatan berkenaan terbabit dengan amalan buruh paksa.
Beliau berkata, kementeriannya menerima maklumat penamatan kontrak itu dibuat atas persetujuan bersama kedua-dua pihak.
"Saya telah mengarahkan kementerian untuk menjalankan siasatan dengan lebih lanjut lanjut dan setakat ini tiada sebarang tindakan diambil terhadap syarikat termpatan terbabit berkaitan isu ini," katanya.
Beliau menjelaskan isu buruh paksa dalam sektor pembuatan elektronik mula dikaitkan dengan syarikat tempatan sejak 2009.
Sehingga kini, katanya sektor pembuatan elektronik tersenarai dalam senarai Trafficking Victims Protection Reauthorization Act (TVPRA) di mana produk yang dihasilkan adalah dengan menggunakan buruh paksa.
Saravanan memaklumkan dalam usaha usaha mengekang gejala buruh paksa ini, beliau telah melancarkan Pelan Tindakan Nasional berhubung Buruh Paksa 2021-2025 pada 26 November lalu.
"Ia sebagai panduan pelaksanaan program dan aktiviti bagi membasmi gejala buruh paksa secara menyeluruh menjelang tahun 2030 selaras dengan komitmen negara dalam mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals – SDG) 8 berhubung Decent Work," katanya lagi.
Katanya isu buruh paksa yang dikaitkan dengan syarikat tempatan dalam sektor pembuatan elektronik dan sarung tangan getah, serta sektor perladangan kelapa sawit memberi imej negatif kepada negara dan mempengaruhi keyakinan pelabur asing terhadap pembekalan produk dari Malaysia.
"Oleh itu, saya menyeru kepada semua pihak terutamanya majikan dan pihak industri agar melaksanakan 'due diligence' (usaha wajar) dalam aspek hak dan kebajikan pekerja bagi memastikan Malaysia tidak lagi dikaitkan dengan amalan buruh paksa," katanya.
Astro Awani
Wed Dec 01 2021
Saravanan memaklumkan kementerian menerima maklumat penamatan kontrak itu dibuat atas persetujuan bersama kedua-dua pihak. - Gambar fail
Pengecualian sementara borang TM.6 oleh Thailand bantu rangsang pelancongan Perlis
Langkah kerajaan Thailand mengecualikan sementara warganegara asing daripada mengemukakan Borang TM.6 ketika masuk dan keluar dari negara itu dilihat dapat merangsang sektor pelancongan di Perlis.
AWANI Ringkas: Peruntukan pembangkang: Kerajaan setuju secara dasar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lapan anggota FRU didakwa simpan lapan bahagian badan pelanduk tanpa lesen
Jika sabit kesalahan mereka boleh didenda tidak melebihi RM50,000, dipenjara tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Rasuah: Kakitangan Pejabat Perikanan Perlis direman empat hari
Seorang kakitangan Pejabat Perikanan Perlis direman empat hari untuk membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah secara bulanan daripada sebuah syarikat.
28,531 calon UPKK 2023 raih 8A
28,531 daripada 230,580 calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023 berjaya catat keputusan cemerlang A dalam kesemua lapan mata pelajaran.
Dua individu ditahan bantu siasatan minta, terima sogokan daripada firma guaman
SPRM menahan dua individu selama empat hari bagi membantu siasatan berkaitan penerimaan wang suapan daripada beberapa firma guaman.
Operasi PeWA: JPJ Pulau Pinang sita 22 kenderaan, keluar 63 saman
JPJ Pulau Pinang menyita 22 kenderaan yang dipandu warga asing dalam Ops Khas Pemandu Warga Asing (PeWA) di Bulatan Tun Hussain Onn, Seberang Jaya.
Lisa BLACKPINK beli rumah ‘tersorok’ di Beverly Hills, harga RM19 juta
Tidak ada yang mengejutkan apabila Lisa BLACKPINK telah menambah satu lagi aset berbentuk kediaman.
Stoking tertera kalimah Allah: Hukuman penjara, denda terhadap Wai Loong dibatalkan
Hakim membenarkan semakan difailkan tertuduh supaya pengakuan bersalah dibuatnya atas pertuduhan berkenaan, bukan akuan jelas dan tanpa bersyarat.
[TERKINI] Letusan Gunung Ruang: Indonesia keluar amaran tahap tertinggi
Pihak berkuasa Indonesia meningkatkan amaran keselamatan ke tahap tertinggi selepas Gunung Ruang yang meletus beberapa kali di Kepulauan Sangihe kelmarin, mengeluarkan asap setinggi lebih 1.6 kilometer (km) sehingga memaksa ratusan penduduk dipindahkan.
Tiada kompromi ke atas mana-mana pihak langgar hak pekerja - Steven Sim
tindakan tegas akan diambil terhadap majikan kerana setiap pekerja berhak ke atas gaji mereka dan ia bukanlah satu perkara yang boleh dipermainkan.
Rangka Kerja Dasar Sumber Manusia Negara diumum Mei ini - Sim
Beliau berkata terdapat keperluan untuk menangani kesenjangan yang wujud dalam dasar sumber manusia sedia ada.
Kesuma, UM jalankan kajian penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig
Kesuma bersama Universiti Malaya sedang menjalankan kajian bagi merealisasikan penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig.
Kedah Agro Holdings tidak bayar gaji sejak September 2023 - Steven Sim
JTKM telah menghantar notis kepada Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) berikutan tunggakan gaji melibatkan 24 pekerjanya yang tular di laman X baru-baru ini.
TVET: Buat pilihan bijak, semak penarafan institusi pendidikan sebelum daftar
Ranking penarafan kolej-kolej TVET ditentukan Jabatan Pembangunan Kemahiran di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
KSM kini dikenali sebagai KESUMA, selaras dengan misi strategik kementerian
Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat (1 Mac), mengambil maklum dan bersetuju tentang penjenamaan semula KSM dengan singkatan KESUMA.
Tempoh sebulan untuk Perkeso, Kesuma sediakan modul ‘upskilling’ baharu – PM Anwar
Perkeso dan Kesuma diberi tempoh sebulan untuk menyediakan modul latihan upskilling yang baharu untuk pekerja.
Pindaan rang undang-undang berkaitan siling gaji diinsuranskan Perkeso dijangka dibentang tahun ini
Kementerian Sumber Manusia dijangka membentangkan cadangan bagi meminda dua rang undang-undang berkaitan siling gaji diinsuranskan Perkeso.
TVET: Sektor awam, swasta tidak boleh bersifat dikotomi
Sektor awam dan swasta tidak boleh bersifat dikotomi dalam memperkasakan bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia.
Batu Caves akan dilengkapi dengan kemudahan eskalator
Ia sebagai alternatif kepada 272 anak tangga yang perlu diambil oleh pelawat dan penganut Hindu untuk sampai ke gua kuil Sri Subramaniar.