KUALA TERENGGANU: Projek Jalan Pintasan Kuala Terengganu (KT Bypass) dijangka dapat disiapkan lebih awal dari jadual dan mungkin dibuka kepada pengguna jalan raya pada April ini.
Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata projek pintasan jalan bernilai RM220 juta itu pada asalnya dijangka siap pada September depan, namun kemajuan pembinaannya setakat ini telah mencecah hampir 92 peratus.
"Selepas mendengar taklimat daripada pihak kontraktor, mereka memberikan komitmen untuk menyiapkan projek ini lebih awal dan sasarkan siap pada April ini.
"Harap tiada lagi masalah timbul selepas ini dan (KT Bypass) dapat dibuka kepada orang ramai," katanya kepada pemberita selepas meninjau Pembinaan Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Gong Badak dan Projek KT Bypass di sini, hari ini.
Katanya projek KT Bypass telah dimulakan sejak 2016, namun tertangguh agak lama disebabkan beberapa masalah teknikal antaranya proses pengambilan tanah, reka bentuk yang perlu ditambah baik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik COVID-19.
Fadillah berkata semua isu berkenaan telah berjaya diselesaikan dan pelaksanaan projek yang akan memanfaatkan lebih 70,000 penduduk terutama di sekitar Bandar Baru Bukit Besar itu berjalan lancar.
Menurutnya KT Bypass sepanjang hampir enam kilometer itu dapat menjimatkan masa sebanyak 30 minit kerana dapat mengelakkan kenderaan daripada perlu memasuki pusat bandar raya Kuala Terengganu.
Katanya, jalan baharu empat lorong itu juga akan mengurangkan kesesakan di pusat bandar dan mempercepatkan perjalanan pengguna jalan raya dari Kuantan, Pahang ke Kota Bharu, Kelantan.
KT Bypass bermula dari persimpangan Tok Molor, Kuala Ibai dan berakhir di Kampung Durian Burung dekat sini.
Sementara itu Fadillah memberitahu projek pembinaan Hospital Pengajar UniSZA telah siap sepenuhnya pada 11 Disember tahun lepas dengan kos bernilai RM281 juta.
Beliau berkata pihaknya kini hanya menunggu tarikh untuk menyerahkan hospital berkenaan kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan ia dijangka akan beroperasi kepada umum secara berperingkat bermula April ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 24 2022
Fadillah berkata projek pintasan jalan bernilai RM220 juta itu pada asalnya dijangka siap pada September depan, namun kemajuan pembinaannya setakat ini telah mencecah hampir 92 peratus. - Bernama
Air Sungai Pasir keruh, LRA Wangsa Maju dihenti tugas sementara
Langkah kawalan itu bagaimanapun tidak menyebabkan gangguan penyaluran air mentah ke LRA Wangsa Maju.
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang
Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.
Piala FA Inggeris: Status Erling Haaland masih tanda tanya
Pep Guardiola mendedahkan bahawa pemain berusia 23 tahun itu meminta untuk dikeluarkan tanpa memberi alasan yang kukuh.
Anwar hadir selesai kemelut MPN Sabah
Beliau mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik PKR di negeri ini.
Piala Asia B-23: Vietnam intai peluang benam Malaysia, layak ke suku akhir
Vietnam mencari peluang untuk memastikan slot ke suku akhir Piala Asia B23 apabila berdepan Malaysia malam ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 April 2024]
AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry membincangkan keperluan pengenalan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) di mana Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani akan menekankan bahawa langkah proaktif itu adalah untuk melindungi hak-hak pekerja khususnya apabila melibatkan kemalangan jalan raya di luar waktu bekerja.
Lelaki bertindak bakar diri di luar mahkamah New York
Max Azzarello yang berasal dari St. Augustine, Florida, dilaporkan telah diselamatkan dan berada dalam keadaan kritikal.
[TERKINI] Ketua Polis Negara paling lama meninggal dunia
Bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohamed Hanif Omar, meninggal dunia pada usia 85 tahun di kediamannya di Shah Alam pada 2.15 pagi Sabtu.
Pasangan suami isteri tidak sangka dua kali tolak tawaran, masih ada rezeki tunai haji tahun ini
Selepas surat tawaran berada di dalam tangan, dia dan isteri giat membuat persiapan demi memastikan mereka memperoleh haji yang mabrur.
KT Bypass dijangka siap lebih awal, buka April ini - Fadillah
Projek Jalan Pintasan Kuala Terengganu (KT Bypass) dijangka dapat disiapkan lebih awal dari jadual dan mungkin dibuka kepada pengguna jalan raya pada April ini.