Ahli Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini mencadangkan jawatan perdana menteri dipilih secara terus melalui satu pilihan raya langsung dan bukan lagi seseorang yang dipilih dari dalam sebuah parti seperti yang dilakukan sehingga hari ini.
Ahli Parlimen Gua Musang yang dikenali sebagai Ku Li itu berkata sistem yang diwarisi hari ini dilihat kurang berkesan dan sudah tiba masa untuk melihat sistem pilihan raya lain yang bersesuaian dengan keadaan hari ini.
"Kita mungkin boleh ada perdana menteri yang dipilih secara terus dan bukan seorang yang diangkat parti," katanya dalam ucapan sewaktu merasmikan badan bukan kerajaan (NGO) Persatuan Promosi Harmoni Malaysia (Harmony Malaysia) di International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS), Petaling Jaya, pagi ini, lapor The Malaysian Insider.
"Kita mewarisi sistem ini daripada British dan sistem ini terbukti begitu berkesan untuk negara-negara lain.
"Namun, perkara yang sama tidak dapat dilihat di Malaysia. Mungkin sifat masyarakat kita menghalang kecekapan dan keberkesanan sistem itu dan menyebabkan kita menjadi malas," tambah beliau.
Sementara itu dalam sidang medianya, Ku Li turut berkata desakan perletakan jawatan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi memulihkan UMNO tidak akan dapat menyelesaikan masalah parti itu.
Beliau mengambil contoh tindakan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melepaskan kuasa kepada penggantinya, Tun Abdullah Badawi terbukti tidak menyelesaikan masalah di dalam UMNO.
"Adakah ia akan menyelesaikan masalah? (Dahulu) dia (Tun Mahathir) turun pun tak selesaikan masalah."
Malah menurut beliau, kritikan Tun Mahathir ketika pentadbiran Tun Abdullah yang membawa kepada pelepasan kuasa, turut memburukkan keadaan.
Astro Awani
Sat May 30 2015
Ahli Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah (gambar) hari ini mencadangkan jawatan perdana menteri dipilih secara terus melalui satu pilihan raya langsung. - Gambar fail
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
PRK Nenggiri: Ku Li seru pengundi keluar beramai-ramai esok
Pengundi Pilihan Raya Kecil(PRK) Dewan Undangan Negeri(DUN) Nenggiri tanpa mengira parti digalakkan untuk turun beramai-ramai menunaikan tangggungjawab masing-masing pada hari mengundi esok.
PRK Nenggiri: Ku Li janji Awie akan jadi wakil rakyat terbaik
Calon BN bagi PRK Nenggiri Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani mempunyai pengalaman luas dalam hal ehwal menjaga kebajikan penduduk.
BN akan terus perjuang isu hak milik tanah rakyat Kelantan Selatan - Ku Li
BN akan terus memperjuangkan isu hak milik tanah rakyat Kelantan Selatan yang telah berlarutan puluhan tahun.
‘Mereka sudah pindah kiblat, wajar kosongkan kerusi’ - Ku Li
Ahli Parlimen atau ADUN yang menyatakan sokongan kepada parti lain disifatkan sudah berpindah pendirian dalam perjuangan politik.
PRN: Lantik Ku Li pengarah pilihan raya, Amanah serah pada BN
Amanah berkata pihaknya tidak memaksa BN untuk menerima keputusan tersebut.
Ku Li dilantik Penasihat UMNO - Laporan
Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah dilantik sebagai penasihat kepada parti berkenaan, menurut sumber.
Haramkan penerimaan dana politik dari luar, cadang Tengku Razaleigh
Ku Li mendakwa, politik wang terus menular dalam negara disebabkan penguatkuasaan undang-undang yang longgar dan lemah.
Pemilihan UMNO: Tengku Razaleigh pertahan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang sejak 1962
Ku Li berjaya meraih 453 undi berbanding dua pencabarnya Che Mohd Izani Che Musa dengan 46 undi dan Datuk Saari Lembut yang hanya memperoleh lima undi.
Wakil Ku Li gagal batalkan keputusan PRU15 Parlimen Gua Musang
Petisyen ini didapati difailkan dengan tidak mematuhi undang-undang kerana melepasi had masa 28 hari.
Ku Li seru pengundi muda tidak boikot PRU15, rebut peluang mengundi
Pemilih berusia 18 tahun yang bakal mengundi buat kali pertama pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diseru keluar beramai-ramai menunaikan tanggungjawab mereka.