KUALA LUMPUR: Mesyuarat Kuartet Menteri COVID-19 bersetuju untuk beralih ke fasa endemik, kata Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. 

Namun demikian Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, keputusan untuk menentukan pelaksanaan peralihan fasa itu bergantung kepada Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 (JKKPP) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri serta ahli-ahli pembangkang dan pakar-pakar kesihatan.

"Kerajaan menyedari sejak akhir-akhir ini banyak pihak mula bimbang susulan gelombang penularan varian Omicron serta peningkatan jumlah kes harian COVID19. Namun, kita tidak boleh berganjak daripada perancangan untuk melangkah ke fasa seterusnya ini," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Kuartet Menteri COVID-19 di sini, pada Selasa.

Mengulas lanjut, dalam peralihan ke fasa endemik, Hishammuddin memaklumkan Mesyuarat Kuartet Menteri COVID-19 telah mengariskan tujuh tonggak yang perlu difahami orang ramai.

Tujuh tonggak itu adalah seperti berikut:

i.  Pematuhan satu prosedur operasi standard (SOP)  umum dan sembilan garis panduan;
ii. Sistem Amaran dan Tindakan (Heightened Alert System - HAS);
iii. National Testing Strateg;  
iv. TRIIS (Test, Report, Isolate, Inform, Seek); 
v. Automated FTTIS (Find, Test, Trace, Isolate, Support); 
vi. Pembukaan Sempadan Negara Secara Berperingkat; dan 
vii. Duta-Duta Pemerkasaan Komuniti

Mengulas lanjut, Hishammuddin beliau memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara besar-besaran di seluruh negara.

“Sekiranya berlaku peningkatan kes di sesuatu kawasan, hanya Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dikuatkuasakan.