Rundingan kerajaan Negeri Sarawak dan Kerajaan Pusat berhubung kuasa autonomi dijangka tamat akhir tahun ini.

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem bagaimanapun optimis beberapa isu tertunggak dapat dimuktamadkan segera.

"Ini suatu perbincangan yang rumit. Saya tidak menyangka keputusan akan keluar awal, tetapi saya rasa satu pengumuman akan dibuat hujung tahun ini… bukan kesemuanya kerana ini melibatkan isu perundangan, politik dan sebagainya. Tetapi, saya mengharapkan satu atau dua keputusan akan dibuat sebelum hujung tahun ini," kata Adenan.

Beliau turut menyifatkan rundingan sebelum ini mendapat maklum balas positif kerajan pusat.

Adenan berkata demikian dalam sidang media pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Sarawak bersama masyarakat di Pusat Konvensyen Borneo, Kuching (BCCK) pada Rabu.