SIBU: Keputusan kerajaan Persekutuan supaya projek dengan kos di bawah RM50 juta diputuskan hampir sepenuhnya oleh kerajaan Sarawak akan mempercepat usaha membaik pulih sekolah-sekolah daif di negeri ini.
Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Dr Annuar Rapaee menyifatkan keputusan diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sebagai langkah yang amat positif.
"Keputusan ini akan dapat mengurangkan birokrasi, seterusnya mempercepat projek yang hendak dilaksanakan terutamanya dalam usaha menangani sekolah daif," katanya dalam video yang disiarkan di laman Facebooknya pada Rabu.
Menurutnya sebelum ini apabila berlaku keadaan yang tidak dapat diguna pakai atau memerlukan notis perubahan dalam perancangan, terdapat prosedur memerlukan kerajaan Sarawak merujuk kepada Persekutuan dan ini merupakan satu masalah kerana mengambil masa panjang untuk diselesaikan.
Katanya pelaksanaan projek membaik pulih sekolah daif di Sarawak bukan hanya melibatkan reka bentuk yang berbeza dengan Semenanjung, malah turut membabitkan masalah logistik.
Dr Annuar berkata Sistem Pembinaan Berindustri (IBS) digunakan secara menyeluruh di Semenanjung, tetapi sistem yang sama mungkin tidak dapat digunakan di Sarawak berikutan jarak yang jauh dari bandar yang menimbulkan masalah pengangkutan.
Menurutnya kebanyakan sekolah daif yang dibaik pulih atau dibina semula menelan kos dalam lingkungan antara RM20 juta dan RM30 juta.
"Jadi dengan keputusan kerajaan pada hari ini saya pasti projek baik pulih sekolah daif di Sarawak ini dapat dipercepat," tambahnya.
Dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Putrajaya hari ini Perdana Menteri mengumumkan Kementerian Kewangan bersetuju supaya pelaksanaan projek dengan kos di bawah RM50 juta di Sabah dan Sarawak, diputuskan hampir sepenuhnya oleh kerajaan negeri dengan mematuhi peraturan kewangan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 04 2023
Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Dr Annuar Rapaee menyifatkan keputusan diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sebagai langkah yang amat positif. - Gambar fail
KPT mahu lahir ramai pakar dalam bidang kesihatan planet
Kerajaan bercadang untuk memberikan penekanan untuk menghasilkan graduan yang seterusnya menjadi pakar dalam bidang Planetary Health atau Kesihatan Planet di masa akan datang. Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Seri Zaini Ujang ketika ditemu bual Astro AWANI seusai memberikan ucapan bersempena penganjuran Sidang Kemuncak Kesihatan Planet (PHAM 2024) pada Khamis berkata, untuk menjayakan perkara itu dua kerangka perlu dilaksanakan.
Kadar miskin tegar di Johor rendah, mampu diatasi
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhasrat menoktahkan kadar kemiskinan tegar di Johor.
Katanya, Johor mencatat kadar kemiskinan tegar yang rendah iaitu kurang daripada 2,000 individu, dan mampu diselesaikan dalam masa yang singkat.
Katanya, Johor mencatat kadar kemiskinan tegar yang rendah iaitu kurang daripada 2,000 individu, dan mampu diselesaikan dalam masa yang singkat.
Google pecat 28 pekerja protes perjanjian pengkomputeran awan dengan Israel
Google memecat 28 pekerja yang mengambil bahagian dalam bantahan terhadap projek gergasi teknologi bernilai US$1.2 bilion untuk membekalkan perkhidmatan pengkomputeran awan kepada kerajaan Israel, Sputnik memetik laporan media AS pada Khamis.
Jepun dilanda gempa bumi, sembilan cedera
Sembilan orang dilaporkan cedera selepas gempa bumi berukuran 6.6 magnitud melanda barat daya Jepun, pada Khamis.
Peserta Freedom Flotilla to Gaza dari Malaysia tiba di Turki
Kesemua 19 peserta dari Malaysia yang menyertai misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tiba di Istanbul, Turkiye pada 2.47 petang Khamis (waktu tempatan).
Banjir di Melaka pulih sepenuhnya
Pusat pemindahan sementara (PPS) yang diaktifkan di Melaka bagi menempatkan mangsa banjir di beberapa kawasan di negeri itu ditutup sepenuhnya pada Khamis.
SKMM sita telefon bimbit milik tiga individu
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyita telefon bimbit milik ketiga-ketiga individu untuk memuat naik video bagi membantu siasatan.
SKMM turut merakam percakapan Badrul Hisham (Chegubard),Salim Iskandar di Ibu Pejabat MCMC di Cyberjaya, Selangor. Sementara, Wan Muhammad Azri bin Wan Deris (Papagomo) dilakukan di Balai Polis Setapak.
SKMM turut merakam percakapan Badrul Hisham (Chegubard),Salim Iskandar di Ibu Pejabat MCMC di Cyberjaya, Selangor. Sementara, Wan Muhammad Azri bin Wan Deris (Papagomo) dilakukan di Balai Polis Setapak.
Bas langgar 11 kenderaan, dua cedera
Hilang kawalan akibat kegagalan brek dipercayai punca sebuah bas melanggar 11 kenderaan lain di persimpangan lampu isyarat Jalan Tan Swee Hoe-Jalan Kluang di Batu Pahat, Johor.
Bekas juruteknik didakwa kali kedua
Seorang bekas juruteknik sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini, atas pertuduhan membuat hantaran menghina agama Islam berkaitan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah melalui Facebook miliknya, Mac lepas.
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas
Seorang penunggang motosikal maut selepas terjatuh dari ketinggian kira-kira 30 meter dalam kemalangan di Jejantas Sungai Tiram, Bayan Lepas petang Khamis.
Mangsa lelaki berusia 27 tahun itu dilaporkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Zon Merah sebuah hospital swasta.
Mangsa lelaki berusia 27 tahun itu dilaporkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Zon Merah sebuah hospital swasta.
Kuasa lulus projek bawah RM50 juta percepat baik pulih sekolah di Sarawak
Keputusan kerajaan Persekutuan supaya projek dengan kos di bawah RM50 juta diputuskan hampir sepenuhnya oleh kerajaan Sarawak akan mempercepat usaha membaik pulih sekolah-sekolah daif di negeri ini.