Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan hubungan akrab kerajaan Sabah dan kerajaan Persekutuan tidak mampu diganggu-gugat oleh mana-mana pihak termasuk "kuman politik".
Beliau yakin mana-mana pihak sama ada individu atau tokoh tidak akan mampu merosakkan atau memutuskan hubungan yang cukup rapat itu yang telah terjalin sejak sekian lama.
" Rugilah jika ada orang, individu atau tokoh atau ''kuman politik'' yang cuba untuk merosakkan hubungan yang cukup baik ini.
"Yakinlah, saya ingin menegaskan, sebagai orang yang membantu Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak), tidak ada orang yang boleh memutuskan hubungan yang baik ini yang sudah sekian lama terjalin.
"Tidak ada sesiapa yang boleh memutuskannya. Usahalah bagaimana, kecuali dengan izin Allah Taala," katanya ketika berucap merasmikan Festival Antarabangsa Gasing dan Tamu Besar (GATA) Sipitang 2017 di sini, hari ini.
Turut hadir ialah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussin, Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan dan Pengerusi Jawatankuasa Induk Festival Antarabangsa GATA 2017 Sipitang Datuk Sapawi Ahmad.
Justeru, Ahmad Zahid berkata hubungan akrab kerajaan pusat dan kerajaan Sabah perlu terus diperkukuh bagi memastikan pentadbiran kerajaan yang diterajui Barisan Nasional (BN) sekarang terus kuat dan kukuh.
Katanya hanya kerajaan yang kuat dan kukuh sahaja yang mampu menjamin kemakmuran rakyat serta pertumbuhan ekonomi yang baik sekali gus membawa kemakmuran kepada negara dan rakyat secara keseluruhannya.
Ahmad Zahid berkata Malaysia mengamalkan demokrasi dan membenarkan perbezaan pendapat namun perbezaan berkenaan perlu menjurus ke arah yang positif dan sekiranya perbezaan itu menjadi ''parasit'' sehingga boleh merosakkan maka ia mesti ditolak.
"Sesuatu yang baik seharusnya dipertahankan ibarat sebuah rumah apabila bahagian bumbung, lantai atau dindingnya rosak tidak seharusnya rumah berkenaan dirobohkan sebaliknya perlu perbaiki bahagian yang rosak sahaja.
"Merobohkan rumah itu amat mudah namun untuk membangunkannya semula amat payah," katanya.
Ahmad Zahid berkata untuk menukar kerajaan bukannya mudah sepertimana menukar baju yang juga perlukan ketelitian dari saiz dan ukuran, namun menegaskan ''baju'' yang dipakai di Sabah sekarang sesuai dengan ukuran rakyat Sabah.
"Payungan politik yang kukuh dan baik itu akan dapat memberikan perlindungan kepada rakyat keseluruhannya kerana rakyat perlukan perlindungan yang terbaik daripada kerajaan yang terbaik," jelas beliau.
Timbalan perdana menteri mengajak rakyat agar belajar daripada kesilapan lalu supaya tidak membuat keputusan apabila berada dalam keadaan marah atau sedih kerana terbukti sebelum ini bahawa keputusan yang dibuat dalam keadaan demikian adalah salah. -- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 29 2017
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tiga, kiri) dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman serta Anggota Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad (dua,kanan) ketika menghadiri Festival Antarabangsa GATA Sipitang hari ini. - Foto Bernama
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.