Kerajaan sedang mengumpul maklum balas daripada pelbagai pihak sebelum memuktamadkan pemansuhan pelaksanaan hukuman mati mandatori bagi semua kesalahan di negara ini.
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara berkenaan akan dibawa ke Pejabat Peguam Negara untuk diteliti terlebih dahulu sebelum dibentang ke Parlimen.
“Kita sedang dapatkan maklum balas pelbagai pihak. Media pun buat kajian, ada yang setuju, ada yang tak. Keputusan muktamad belum dibuat.
“Perkara itu akan bawa ke Peguam Negara untuk diteliti dan selepas itu pada jemaah menteri sebelum dibawa masuk ke peringkat Parlimen. Jadi kita masih belum dapat keputusan yang muktamad,” ujar Muhyiddin.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama pemimpin tempatan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Gambir di Dewan Serbaguna Bukit Gambir, petang Sabtu.
Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tangkak, Ee Chin Li; ADUN Serom, Dr. Faizul Amri Adnan dan Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd Idris Samsuri.
Mengulas kebimbangan rakyat sekiranya hukuman itu dihapuskan, Muhyiddin berkata pandangan rakyat juga akan diambil kira selain undian yang dibuat oleh beberapa media tempatan.
Ujarnya, meskipun banyak negara lain telah melaksanakan pemansuhan berkenaan, namun Malaysia perlu meneliti pelbagai sudut sebelum mengambil langkah sama.
Jelasnya, konsultasi yang adil dalam mendapatkan maklum balas daripada pelbagai sudut sebelum membuat sebarang pindaan akta adalah bagi memenuhi kehendak semua pihak dalam negara.
Shuhada Abdul Kadir
Sat Oct 27 2018
MUHYIDDIN: Keputusan muktamad belum dibuat.
TNB perkenal sistem FARA bagi mengurus risiko banjir
TNB perkenal sistem FARA untuk urus risiko banjir, pastikan keselamatan aset dan pengguna.
Banjir: 444 mangsa terjejas di empat negeri
Perak kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 220 mangsa daripada 68 keluarga dan ditempatkan di dua PPS.
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Banduan akhir: 'Ampunkan kami jika ini Syawal terakhir'
Setiap kali menjelang syawal sudah tentu rata-rata masyarakat beragama Islam sibuk dengan persiapan juadah, pakaian baharu serta kuih raya.
Penganggur dituduh bunuh bapa kandung guna botol kicap
Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh atas pertuduhan membunuh bapa kandungnya dua minggu lalu.
Kompaun RM10,000: KKM bincang dengan Peguam Negara
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengkaji semula Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).
Kerajaan tidak seharusnya mansuh hukuman mati mandatori - Keluarga mangsa
Kerajaan perlu mempertimbangkan semula langkah pemansuhan perkataan mandatori dalam hukuman mati kerana ia memberi keadilan kepada keluarga.
Hukum cucuk besi panas untuk pesalah sumbang mahram
Pelaku sumbang mahram layak dihukum dengan mencucuk besi panas agar mereka faham perasaan mangsa
Tiada cadangan pinda hukuman terhadap individu enggan bayar cukai pendapatan
Kerajaan tidak bercadang meminda atau memansuhkan hukuman sedia ada terhadap individu yang enggan membayar cukai pendapatan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai.