Bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mendakwa kumpulan pro-ulama PAS mendapat 'bantuan' UMNO untuk memenangi pemilihan pimpinan parti Islam itu baru-baru ini.
Dalam temu bualnya bersama Malaysiakini, Mohamad yang mesra dikenali sebagai Mat Sabu berkata media yang dikuasai UMNO bertungkus lumus berkempen untuk kepimpinan barisan ulama.
"Semua agensi media pro-UMNO seperti Utusan Malaysia, TV3 dan Bernama memberi keutamaan laporan kepada golongan ulama menjelang pemilihan parti.
"Ini jelas menunjukkan pusat strategi Umno terlibat secara aktif dalam pemilihan PAS," Mohamad dipetik sebagai berkata oleh Malaysiakini.
Dalam pemilihan pimpinan PAS awal bulan lalu, kumpulan pro-ulama menyapu bersih jawatan dalam PAS Pusat, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat manakala calon Dewan Ulama dimenangi tanpa bertanding.
Mohamad dan pemimpin PAS yang selama ini dilihat ke depan dalam memperjuangkan isu rakyat tewas pada pemilihan baru-baru ini.
Pemimpin progresif dalam PAS dianggap tidak setia kepada presiden parti Islam itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan dilabelkan sebagai 'budak DAP'.
Hanya Mazlan Aliman, calon yang tidak tersenarai dalam 'cai' pro-ulama itu, memenangi jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat.
Mazlan bagaimanapun mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan yang dimenanginya kira-kira seminggu selepas Muktamar PAS ke-61 itu berakhir.
Astro Awani
Sun Jun 21 2015
MAT SABU: Kumpulan pro-ulama menang pemilihan PAS dengan bantuan UMNO. -Gambar fail
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Kumpulan pro-ulama menang pemilihan PAS dengan bantuan UMNO - Mat Sabu
Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu berkata media yang dikuasai UMNO bertungkus lumus berkempen untuk kepimpinan barisan ulama.