Kuota haji Malaysia naik kepada 31,600

Bernama
Januari 22, 2020 04:31 MYT
Kuota haji Malaysia dinaikkan kepada 31,600 berbanding 30,200 sebelum ini. - Gambar hiasan REUTERS
Kuota rasmi haji untuk Malaysia dinaikkan kepada 31,600, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.
Beliau berkata, kuota itu meningkat berbanding 30,200 sebelum ini.
“Kemudahan prapelepasan bagi jemaah haji Malaysia diteruskan untuk musim haji akan datang,” katanya.
Dalam pada itu, katanya, bayaran visa sebanyak 300 Riyal (RM325) akan dikenakan bagi jemaah haji berulang. - BERNAMA
#bayaran visa #jemaah haji #kuota haji #Malaysia