Orang ramai tidak seharusnya menjadikan status kurang berkemampuan sebagai alasan menghalang seseorang kanak-kanak mendapatkan pendidikan, kata Pengerusi Yayasan Eco World Tan Sri Lee Lam Thye.
Ini kerana yayasan itu yang ditubuhkan pada Mei 2014 membelanjakan RM5 juta setahun bagi membantu pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan, katanya.
Katanya yayasan itu menjalin kerjasama dengan Kementerian Pendidikan bagi mengenal pasti golongan murid dan pelajar yang layak dan cemerlang dalam pelajaran dan akan terus membantu mereka sehingga ke peringkat pengajian tinggi.
"Pendidikan merupakan satu keperluan yang sangat penting kepada semua kanak-kanak di dunia, dan ia merupakan satu-satunya pelaburan yang benar-benar dapat mengubah nasib mereka.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah Cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) 2016 Yayasan Eco World di sini malam tadi.
"Kita telah menubuhkan yayasan ini pada Mei 2014, dan sehingga hari ini kita telah berjaya membantu lebih 3,000 pelajar daripada keluarga yang kurang berkemampuan," kata Lee.
Katanya pelbagai bantuan pendidikan dihulurkan dengan Bantuan Pendidikan Sekolah Rendah berjumlah antara RM1,100 hingga RM1,200 setahun, manakala bantuan Pendidikan Sekolah Menengah adalah antara RM1,000 hingga RM1,400 setahun.
Bantuan Pendidikan prauniversiti adalah sebanyak RM5,000 untuk tingkatan enam rendah dan enam atas manakala Bantuan Pendidikan Pengajian Tinggi pula adalah antara RM5,500 sehingga RM13,500 setahun untuk pengajian asas dan RM8,000 sehingga RM20,000 setahun untuk pengajian Sarjana Muda.
Sehingga kini, 13 Pelajar Bantuan Eco World telah tamat pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan 31 orang sedang menuntut di IPT, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 08 2017
yayasan Eco World ditubuhkan pada Mei 2014 membelanjakan RM5 juta setahun bagi membantu pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan. - Gambar hiasan
Projek Jana Wibawa: PMO syor lima syarikat termasuk Nepturis - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu PMO telah mengesyorkan lima syarikat termasuk Nepturis Sdn Bhd untuk dinilai bagi pelaksanaan projek di bawah Program Jana Wibawa.
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Kurang berkemampuan bukan alasan halang kanak-kanak dapat pendidikan - Lee Lam Thye
Orang ramai tidak seharusnya menjadikan status kurang berkemampuan sebagai alasan menghalang seseorang kanak-kanak mendapatkan pendidikan, kata Pengerusi Yayasan Eco World Tan Sri Lee Lam Thye.