KUALA LUMPUR:Malaysia melaporkan 198 hingga 213 kes baharu penyakit kusta dengan kadar insiden kes di antara 0.57 dan 0.62 bagi setiap 100,000 penduduk berdasarkan pencapaian lima tahun.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kadar prevalen adalah di antara 0.02 dan 0.14 kes bagi setiap 10,000 penduduk.
"Malaysia telah mencapai tahap eliminasi kusta pada tahun 1994 iaitu dengan kadar prevalen 0.9 kes bagi setiap 10,000 penduduk.
"Untuk rujukan, sasaran yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) adalah kurang dari 1 kes bagi setiap 10,000 penduduk," katanya dalam satu kenyataan sempena sambutan Hari Kusta Sedunia hari ini.
Pada masa sama, kontak rapat kusta, khususnya dalam kalangan kanak-kanak, adalah di antara golongan yang berisiko dan perlu diberi perhatian.
Penekanan terhadap pengesanan kes secara aktif (active case detection) dalam kalangan golongan berisiko di lokaliti endemik adalah fokus utama di dalam kawalan dan pencegahan kusta di Malaysia.
"Sasaran untuk meningkatkan pengesanan adalah bertujuan untuk mengurangkan beban dan penularan kusta di dalam komuniti yang berisiko melalui pemberian rawatan dan mengurangkan kejadian kecacatan kekal akibat kusta.
"Komuniti dan individu yang dibebani kusta perlu bekerjasama dengan mematuhi arahan yang diberi oleh anggota kesihatan terutama di dalam menjalani aktiviti saringan dan rawatan susulan," ujarnya lagi.
Pada masa sama, stigma dan diskriminasi adalah antara permasalahan yang masih dihadapi oleh pesakit dan keluarga mereka.
Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan menyeru setiap anggota kesihatan dan pemimpin masyarakat untuk melibatkan diri di dalam mewujudkan kesedaran mengenai penyakit Kusta khusus kepada komuniti di lokaliti endemik yang berisiko tinggi.
"Kegiatan advokasi yang diiringi aktiviti pengukuhan diagnostik, rawatan, latihan dan kebajikan pesakit akan menjadikan kawalan Kusta lebih mantap dan lengkap," ujarnya lagi.
Astro Awani
Sun Jan 31 2021
Dr Noor Hisham Abdullah berkata kadar prevalen adalah di antara 0.02 dan 0.14 kes bagi setiap 10,000 penduduk. -Gambar fail
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
Pakar WHO akan bantu tangani kusta di Sri Lanka
Daripada keseluruhan 1,550 pesakit, wilayah barat yang paling ramai penduduk di Sri Lanka, merekodkan 599 kes.
Kusta bukan penyakit keturunan, rawat awal untuk elak komplikasi serius
Penyakit kusta atau Hansen's disease bukan sejenis penyakit keturunan seperti yang dianggap masyarakat selama ini.
CDC beri amaran potensi kusta beralih jadi endemik di tenggara AS
Pada 2020 hampir 160 kes dilaporkan di seluruh negara, Florida adalah antara penyumbang kes yang paling banyak.
NTD: WHO gesa pelaburan tangani jangkitan penyakit tropika terabai
NTD merupakan keadaan penyakit yang ditemui terutamanya di kawasan tropika, termasuk denggi, kusta, dan rabies.
Kes kusta di Malaysia meningkat tahun lepas
Peningkatan itu adalah hasil dari pengesanan kes secara aktif di lokaliti endemik yang dilakukan oleh anggota kesihatan di peringkat daerah.
Kusta bukan penyakit keturunan, sumpahan, masyarakat perlu cegah diskriminasi - Khairy
Kusta bukan penyakit keturunan atau sumpahan, tetapi sejenis penyakit berjangkit yang boleh sembuh.
Kusta: 198-213 kes baharu dikesan dalam tempoh lima tahun - Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham Abdullah berkata kadar prevalen adalah di antara 0.02 dan 0.14 kes bagi setiap 10,000 penduduk.
Kes tibi, kusta meningkat pada 2017 - Subramaniam
Malaysia mencatatkan peningkatan kes tibi dan kusta pada tahun 2017, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.