KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan prestasi yang kukuh dari aspek operasi dan kewangan bagi tahun 2020 dengan mengumumkan dividen sebanyak 5.20% dan jumlah agihan sebanyak RM42.88 bilion bagi Simpanan Konvensional dan 4.90% untuk Simpanan Shariah, dengan agihan berjumlah RM4.76 bilion.
Jumlah agihan dividen bagi tahun 2020 adalah sebanyak RM47.64 bilion.
Dengan purata lima tahun dividen sebenar pada kadar 4.62% untuk Simpanan Konvensional dan 4.32% bagi Simpanan Shariah selepas diselaraskan untuk inflasi, KWSP telah melebihi sasaran strategik dengan pengisytiharan purata dividen sebenar tidak kurang daripada 2.00% dalam tempoh lima tahun berturut-turut.
KWSP telah berjaya mencatatkan prestasi yang memberangsangkan untuk tahun 2020 walaupun mengharungi situasi yang tidak terjangka iaitu pandemik COVID-19, dan dalam persekitaran unik yang menyaksikan dunia berhadapan dengan krisis berkembar iaitu krisis kesihatan dan ekonomi.
Pengerusi KWSP, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir berkata, "KWSP telah berjaya melindungi simpanan persaraan ahli dengan baik, di samping memenuhi keperluan mendesak untuk mereka menangani cabaran semasa.
"Ada ketikanya, KWSP perlu mengambil keputusan yang sukar bagi memastikan ahlinya mampu bertahan dalam situasi semasa yang mencabar dan pada masa sama mengimbangi keperluan masa depan mereka.
"Penyebaran dan kebolehjangkitan COVID-19 yang pantas telah menyebabkan ianya sukar dibendung dan dikawal.
"Namun, langkah proaktif kami dalam menangani kesan daripada wabak tersebut telah membantu kami untuk mengatasi pelbagai cabaran.
"Fokus ke arah digitalisasi telah membolehkan kami membantu ahli dengan lebih cekap dan lancar di samping memastikan KWSP tetap relevan dengan ahli yang kian celik teknologi.”
“Tindak balas pantas KWSP dalam mengadaptasi strategi dan proses pelaburan telah berjaya memastikannya mampu mencapai prestasi yang optimum.
"Kami juga akan terus memanfaatkan kekuatan kira-kira 250 anggota pelabur profesional KWSP yang komited dan proaktif dalam menguruskan portfolio pelaburan.
"Kerjasama kukuh dan infrastruktur digital yang mantap juga telah melancarkan proses penyesuaian diri kami dengan norma kerja yang baharu."
"KWSP juga telah mengimbangi semula portfolio pelaburannya berdasarkan pertimbangan teliti yang menyeluruh.
"Ini mengambil kira pelbagai peristiwa global seperti pandemik COVID- 19, ketidakpastian pilihan raya Presiden Amerika Syarikat pada bulan November 2020, perang dagangan AS-China yang berterusan serta kesan daripada perundingan Brexit kepada pasaran modal di seluruh dunia.”
Portfolio pelaburan KWSP pada tahun 2020
Berikutan caruman yang lebih rendah bagi tahun 2020, kemampuan KWSP dalam menyesuaikan diri dengan keperluan semasa telah memastikan pelaburannya dapat memberikan pulangan mampan jangka panjang dalam keadaan norma baharu.
KWSP mencatatkan pendapatan pelaburan kasar tertinggi iaitu sebanyak RM60.98 bilion, yang mana RM6.15 bilion diperuntukkan kepada Simpanan Shariah.
Prestasi yang baik ini adalah hasil daripada pendekatan yang berhemah berpandukan Alokasi Aset Strategik (SAA) yang telah memastikan KWSP tetap berdaya tahan walaupun menghadapi krisis yang tidak dijangka ini.
Berdasarkan kelas aset, instrumen Pendapatan Tetap merangkumi 46% daripada pelaburan, manakala Ekuiti sebanyak 42%. Hartanah dan Infrastruktur dan instrumen Pasaran Wang masing-masing merangkumi 5% dan 7% daripada pelaburan.
“KWSP ialah pelabur jangka panjang dan kekal komited dengan program diversifikasi merentasi kepelbagaian kelas aset, strategi, pengurus, pasaran, negara dan mata wang.
Pendapatan daripada aset luar negara juga memainkan peranan penting bagi prestasi kami," jelas Tan Sri Ahmad Badri.
Setakat Disember 2020, 33% daripada aset pelaburan KWSP berada di luar negara, merangkumi pelbagai kelas aset, seperti ekuiti, khususnya ekuiti asing yang terus menjadi pemacu pulangan pendapatan pelaburan sebanyak RM28.71 bilion.
Sementara itu, portfolio ekuiti persendirian menunjukkan prestasi yang kukuh dengan agihan yang konsisten.
Walaupun indeks-indeks saham utama mengalami kerugian sebanyak 40% pada suku tahun pertama, KWSP mengambil peluang bagi mengimbangi portfolio dengan membeli aset yang kukuh pada harga yang berpatutan.
Pemulihan pada separuh tahun kedua berikutan pasaran domestik dan global yang kian baik turut menyumbang kepada portfolio pelaburan KWSP. Ini memberi peluang kepada KWSP untuk meraih keuntungan, terutamanya pada suku keempat tahun 2020.
KWSP juga mengambil langkah proaktif dengan mengambil kira turun nilai kos sebanyak RM7.71 bilion daripada ekuiti tersenarainya untuk memastikan portfolio pelaburan jangka panjang kekal sihat.
Pada tahun lalu, KWSP juga memperkenalkan beberapa kemudahan pengeluaran, iaitu i- Lestari dan i-Sinar yang memerlukan rancangan kecairan yang mantap.
KWSP telah meningkatkan alokasi kepada portfolio instrumen Pasaran Wang bagi memenuhi keperluan tersebut.
Portfolio instrumen Pasaran Wang menyumbang sebanyak RM1.19 billion kepada pendapatan KWSP.
Dengan hampir separuh daripada keseluruhan peruntukan aset KWSP dalam instrumen Pendapatan Tetap, yang merangkumi Sekuriti Kerajaan Malaysia & Bon Sama Taraf serta Bon & Pinjaman, KWSP dapat mengekalkan pulangan yang stabil dan mengambil peluang untuk meraih keuntungan apabila kadar faedah mengalami penurunan, dengan pendapatan sebanyak RM25.42 bilion, atau 42% daripada jumlah keseluruhan pendapatan kasar KWSP.
Kelas aset Hartanah dan Infrastruktur merekodkan pendapatan sebanyak RM5.66 bilion.
Kelas aset tersebut berhadapan dengan cabarannya yang tersendiri, apabila Perintah Kawalan Pergerakan dan amalan bekerja dari rumah menjadi norma baharu dan memberi kesan kepada pendapatan yang lebih rendah daripada segmen tertentu dalam sektor hartanah.
Walau bagaimanapun, keseluruhan portfolio tersebut terus memainkan peranan penting sebagai pelindung nilai terhadap inflasi dengan pulangan sekitar 50 mata asas melebihi instrumen Pendapatan Tetap.
Aset pelaburan keseluruhan KWSP meningkat 7.9% kepada RM998 bilion, dengan nilai pasaran mencecah RM1.02 trilion pada hujung tahun lalu.
Jumlah ahli KWSP turut meningkat sebanyak 2% kepada 14.89 juta, sementara majikan yang berdaftar dengan KWSP adalah sebanyak 534,398.
KWSP kini memerlukan RM8.25 bilion untuk membayar setiap 1% dividen untuk Simpanan Konvensional dan RM972 juta untuk membayar setiap 1% dividen untuk Simpanan Shariah bagi tahun 2020.
Respons KWSP terhadap cabaran tahun 2020 – ekonomi, pasaran, pekerjaan, COVID- 19
KWSP bertindak balas terhadap pandemik COVID-19 pada tahun 2020 dengan melaksanakan beberapa langkah awal untuk membantu ahli dan majikan menangani masalah aliran tunai, berikutan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac 2020 hingga 12 Mei 2020 ketika kebanyakan sektor ekonomi terpaksa ditutup.
KWSP merupakan salah satu dana persaraan terawal di dunia yang memberikan bantuan kepada ahlinya ketika pandemik COVID-19 merebak dengan melancarkan Skim Pengeluaran Akaun 2 i-Lestari untuk memberi bantuan kewangan kepada ahli. Sehingga kini, sejumlah RM18.1 bilion telah dikeluarkan oleh 5.16 juta ahli di bawah kemudahan i-Lestari.
Langkah- langkah lain termasuk membenarkan ahli mengurangkan caruman wajib mereka daripada 11% kepada 7% berkuatkuasa April 2020 hingga Disember 2020.
Bagi memastikan majikan dapat menampung kos dan terus mengekalkan pekerja mereka, KWSP telah menawarkan Program Bantuan Majikan COVID-19 (e-CAP), yang ditujukan khusus untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
e-CAP memberi fleksibiliti kepada PKS yang layak untuk memohon penangguhan dan penstrukturan semula caruman majikan dan sebanyak 13,090 majikan telah memanfaatkan kemudahan ini dengan jumlah kumulatif RM84.95 juta.
Program ini diperkenalkan untuk membantu PKS menguruskan aliran tunai mereka dan juga untuk memenuhi kewajipan membayar sebahagian caruman KWSP mereka.
Untuk memastikan keselamatan pekerja dan ahli, KWSP bertindak proaktif bagi menyesuaikan diri dengan realiti baharu melalui perkhidmatan berasaskan "Kurangkan Sentuhan, Lebihkan Penjarakan" dengan pengenalan Janji Temu Online (JTO).
Melalui JTO, KWSP memastikan langkah-langkah penjarakan fizikal dan SOP dipatuhi dengan ketat sementara jumlah pengunjung dikurangkan di setiap cawangan.
Prospek untuk tahun 2021
Mengulas berkenaan prospek tahun 2021, Tan Sri Ahmad Badri berkata, "Meskipun pemberian vaksin telah dilancarkan pada tahun ini, kami tetap berjaga-jaga kerana terdapatnya strain COVID-19 yang baharu dan lebih mudah merebak.
"Bagaimanapun, kami percaya bahawa situasi kini sudah mula terkawal dengan kerajaan setiap negara berusaha memastikan rakyat mereka mendapat vaksin selancar mungkin.
"Bahkan di Malaysia juga, kelompok pertama vaksin telah pun sampai dan dalam proses pengedaran.
“KWSP sudah menjangkau usia 70 tahun dan adalah antara institusi dana persaraan tertua di dunia.
"Kami akan tetap memberi tumpuan kepada mandat kami iaitu membantu ahli mencapai simpanan yang mencukupi untuk persaraan yang mampan.
"KWSP juga akan memulakan skim pengeluaran baharu untuk membolehkan ahli membeli produk insurans atau Takaful, seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2021.
"Skim ini dijadualkan untuk dilancarkan pada akhir tahun ini.
“Selain itu, KWSP juga merupakan pelabur institusi pertama yang mewujudkan mandat pelaburan langsung / pelaburan bersama Ekuiti Persendirian patuh Syariah terbesar di dunia, dengan pelancaran Akaun Terurus Berasingan, bernilai AS$600 juta.
"Ini adalah berita baik untuk dana Simpanan Shariah KWSP, yang mana baki simpanan ahli telah melepasi nilai RM100 bilion dan terus berkembang secara berterusan.”
Sehingga kini, terdapat 1.12 juta ahli KWSP yang telah memilih Simpanan Shariah sejak ia dilancarkan pada tahun 2016 untuk memenuhi permintaan ahli agar simpanan KWSP mereka diuruskan dan dilaburkan mengikut prinsip Syariah.
"Pandemik COVID-19 ini telah memberikan satu pendedahan kepada kita semua tentang keperluan mencari solusi dalam tempoh masa yang amat singkat.
"Dalam usaha KWSP untuk melindungi dan meningkatkan nilai simpanan persaraan ahli di sebalik turun naik pasaran dan persekitaran yang tidak menentu ini, penekanan terhadap pelaburan berlandaskan elemen Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus (ESG) akan berfungsi sebagai paksi dan kaedah mitigasi risiko yang berkesan, serta menjadi pemacu dalam menghasilkan dividen sosial yang dapat bertahan dan melangkaui pulangan kewangan,” jelas Tan Sri Ahmad Badri.
Kenyataan Media
Sat Feb 27 2021
KWSP catat prestasi kukuh bagi tahun 2020 dengan mengumumkan dividen sebanyak 5.20% dan jumlah agihan sebanyak RM42.88 bilion bagi Simpanan Konvensional dan 4.90% untuk Simpanan Shariah. -Gambar fail
Nahas helikopter Lumut: Hina anggota TLDM terkorban, polis siasat Saifuddin Shafik
Polis menyiasat pemilik akaun, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik hantaran jelik berkaitan insiden kemalangan melibatkan helikopter TLDM.
Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.
Pantau Agenda Reformasi: Misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza
Pantau Agenda Reformasi hari ini membawakan Profesor Hubungan Antarabangsa di Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa di UNISZA, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, yang juga merupakan bekas peserta misi Flotilla ke Gaza pada 2018, berkongsi pengalamannya ketika ditahan pihak rejim Israel sewaktu misi tersebut. Antara lain perbincangan tertumpu ke arah aspek hubungan antarabangsa serta undang-undang di perairan antarabangsa.
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi membolehkan mereka menangani cabaran industri dengan berkesan.
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Pak Lah stabil, masih perlukan rehat secukupnya
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada Rabu setelah mengalami small spontaneous pneumothorax.
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
KWSP tidak lagi jadi pemegang saham utama Affin Bank, buka laluan kepada Sarawak
Pelupusan saham Affin Bank oleh KWSP berlaku pada 12 April, namun tidak dinyatakan nilai urus niaga itu.
Lebih 200,000 pencarum KWSP cukup simpanan asas menjelang usia 55 tahun
Dewan Negara hari ini diberitahu terdapat 227,000 pencarum KWSP mempunyai simpanan asas sekurang-kurangnya RM240,000 dalam Akaun 1 menjelang usia 55 tahun, setakat Februari lepas.
AmanahRaya perjelas isu wang caruman ahli KWSP
Kandungan mesej berkaitan penamaan bagi caruman ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang kini tular melalui aplikasi WhatsApp adalah tidak benar.
KWSP peruntuk RM250 juta, pacu pertumbuhan syarikat pertengahan
Usahasama ini sebahagian komitmen KWSP meningkatkan pelaburan dalam pasaran domestik, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai pelabur terbesar dalam pasaran domestik.
Hapus skim pencen, Cuepacs tidak tolak secara total
Cuepacs tidak menolak secara total cadangan kerajaan untuk memansuhkan skim pencen, yang kononnya membebankan kerajaan.
Caruman PERKESO, KWSP antara cadangan pindaan peraturan Finas
Finas sedang melaksanakan pindaan kepada Peraturan-Peraturan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Pelesenan) 1983 dalam usaha menjaga kebajikan penggiat industri veteran.
Isu pencen: 'Ucapan Abdul Hadi tidak tepat, kelirukan orang ramai' - Nik Nazmi
Ucapan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang berkaitan isu pencen penjawat awam mengelirukan orang ramai, kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad.
Dividen KWSP: Berdosa jika degil
Pencarum KWSP beragama Islam digalakkan menukar daripada simpanan konvensional kepada syariah supaya 'simpanan' lebih bersih dan halal.