KUALA LUMPUR: Selepas tular kisah tujuh pelancong di Langkawi yang mendakwa dikenakan harga ikan siakap yang didakwa terlalu mahal, hari ini muncul pula perkongsian lain yang hampir serupa.

Seorang wanita mendakwa hidangan yang dipesannya bersama 18 individu lain juga mencecah empat angka, di samping harga air dan telur yang disifatkannya mahal, lapor Utusan Malaysia.

Pada mulanya mereka beranggapan bahawa hidangan tersebut berkemungkinan berharga antara RM200 sehingga RM500, namun terkejut apabila melihat jumlah keseluruhan bil itu.

"Empat angka, air pun cekik tengkuk tahap nak mati. Inikan pula ikan siakap yang katanya dari kayangan tapi keturunan Langkawi.

“Itu baru ikan. Air kosong pun RM5, inikan pula air manis.

“Telur 4 biji pun sama harga telur sepapan, tak tahu lah mahu sumpah atau mahu doa baik-baik kat peniaga itu sebab hati ini macam tak ikhlas saja semasa bayar,” kongsi wanita itu di Facebook.


Ikan Siakap Mahal | Pemilik restoran tampil beri penjelasan

BACA: Kenapa ikan siakap di Langkawi dijual pada harga RM1,196 seekor? Ini penjelasan pemilik restoran...

Beberapa hari lepas tular mengenai kumpulan pelancong yang mendakwa dikenakan bayaran RM1,196.80 untuk ikan siakap seberat 7.48 kilogram yang dipesan mereka.

Namun pemilik restoran menegaskan ikan itu biasanya tidak dijual, tetapi dipelihara sebagai sebahagian pertunjukan untuk tontonan pengunjung pengunjung restoran, malah harga bagi ikan siakap terbabit juga sudah dinyatakan di dalam menu.