KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang melaksanakan sesi libat urus dengan majikan berhubung pelaksanaan gaji minimum RM1,500 bagi membolehkan ia dilaksanakan secara holistik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata bagi tujuan itu, Kementerian Sumber Manusia (KSM) telah mengadakan perbincangan dengan persatuan terlibat termasuk bersama Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dan majikan.
"Kita sedang buat engagement dengan semua majikan untuk gaji minimum ini, sebab ada syarikat yang mampu, ada syarikat terlalu kecil, tidak mampu. Kita takut kalau dia tak mampu nanti dia akan hentikan pekerja dia... nanti angka pengangguran bertambah.
"Kita tidak lindungi majikan, kepentingan kita adalah pekerja...kalau pekerja dapat dinaikkan gaji minimum kepada RM1,500 memang itu yang terbaik," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Inisiatif JaminKerja Keluarga Malaysia dan Karnival Kerjaya JaminKerja Keluarga Malaysia 2022 di sini hari ini.
Beliau berkata KSM akan membentangkan hasil perbincangan dengan persatuan dan majikan kepada Kabinet sebelum ia diluluskan.
Perdana Menteri berkata kerajaan prihatin tentang kos sara hidup hari ini, namun pada masa sama tidak mahu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta PKS mikro menghadapi kesukaran berhubung pelaksanaan gaji minimum itu.
"Tujuan kita untuk membantu pekerja, tapi akhirnya mereka dibuang kerja kerana majikan tak mampu nak bayar gaji mereka.. jadi kita akan tengok pertimbangan keseluruhan, kepentingan pekerja dan dalam masa sama kita nak dengar pandangan daripada majikan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 19 2022
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan ucapan pelancaran Inisiatif Jamin Kerja pada Majlis Perasmian Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini. - Foto BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
'Kenaikan gaji minimum tahun depan dijangka rangsang sektor pengguna'
UOBKH Research berkata, kenaikan gaji seharusnya menampan perbelanjaan pengguna, lebih daripada mengimbangi kos rasionalisasi subsidi.
KUSKOP, MoF dan KESUMA perinci penyelarasan kenaikan gaji minimum bagi PMKS - Ewon
KUSKOP bersedia mengadakan perbincangan lanjut dengan MoF dan KESUMA mengenai penyelarasan gaji minimum bagi PMKS.
Gaji premium dapat halang anak muda bekerja di Singapura
Azhar berkata, usaha kerajaan berkaitan gaji premium juga memberi lebih banyak pilihan pekerjaan kepada anak muda di Johor.
MIDF sasar sedia inisiatif pembiayaan sedia masa depan RM200 juta untuk PKS
Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) mahu menyediakan RM200 juta kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui inisiatif Pembiayaan Sedia Masa Hadapan (FRF) yang baru dilancarkan.
Naikkan gaji minimum tindakan berani, cermin tekad Kerajaan Perpaduan - PM Anwar
Tindakan menaikkan kadar gaji minimum kepada RM1,700 mencerminkan tekad politik Kerajaan Perpaduan yang jelas.
PM ambil maklum kebimbangan cadangan gaji minimum, caruman KWSP wajib - Fahmi
Fahmi berkata isu berkenaan turut dibangkitkan pada mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Anwar hari ini.
Belanjawan 2025: Beri insentif syarikat PMKS patuhi dasar gaji minimum
Katanya, walaupun kenaikan gaji minimum memberi manfaat kepada pekerja, ia juga bawa kesan dari sudut mikro dan makro ekonomi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 23 Oktober 2024.
Parlimen: Kenaikan gaji minimum harus disokong dengan dasar jelas, kawalan harga - Muhyiddin
Kenaikan gaji minimum mesti disokong dengan dasar dan tindakan kawalan harga yang jelas.
Parlimen: Kerajaan dicadang naikkan ambang cukai untuk bantu IKS
Kerajaan dicadangkan supaya membantu Industri Kecil dan Sederhana (IKS) berhubung isu gaji minimum.